Sunday, August 17, 2014

Maksiat VS Dosa

Diri ini pernah mengangkat tangan dalam kelas suatu tika dahulu, "Ustazah, apa beza dosa dan maksiat?"

Ustazah jawab dengan lancar setelah beri satu pandangan yang menyakinkan itu soalan yang mudah baginya, "Maksiat itu apa jua jenayah yang manusia lakukan dengan sengaja ataupun tidak dengan melanggar segala perintah Allah."

Lemparan senyuman. Seakan-akan mempersoalkan kefahaman aku.

Lalu, penjelasannya bersambung, "Kita ni, sama ada lupa secara sengaja ataupun tidak meninggalkan solat tuh jenayah, meninggalkan puasa pada bulan Ramadhan itu jenayah dan apa lagi?"

"Merompak?," aku sahut secara spontan.

"Ya, merompak itu jenayah. Secara umumnya kita tahu merompak tu memang tak boleh sebab memberi kerugian kepada orang lain. Tetapi, yang saya nak tekankan ni, kita ni lupa dan kategorikan secara pisahan antara jenayah dan maksiat. Ia benda yang sama. Apa yang Allah tidak suka kita lakukan, larang sekeras-kerasnya sebenarnya menurut fitrah manusia. Manusia jua tidak suka jenayah/maksiat itu berlaku dalam kehidupan kita. Umumnya, kita nampak jenayah itu merompak, merogol, mencuri, menyamun, membunuh dan sebagainya. Tetapi, larangan Allah terhadap jangan tinggal solat, jangan tinggal puasa, jangan derhaka. Kita lupa sebab jatuhan hukumannya tak nampak berbanding dengan merompak, merogol dan membunuh?"

"Ho, patutlah hukum hudud itu ada?"

Ustazah senyum, "Hukum hudud itu hukum Allah. Segala maksiat yang Allah larang kita lakukan dah ada hukumannya di dunia mahupun di akhirat. Kenapa kita tak lakukan? Sebab ada pemerintah yang tak mengintirafkannya. Saya tanya kamu. Negara kita ni, negara Islam ataupun tidak?"
Dengan yakin aku jawab, "Negara Islam sebab dalam perlembagaan kata."

"Awak yakin? Macamana dengan pelaksanaan?"

Aku terdiam. Mulai meragui jawapan aku tadi. Namun ustazah membiarkan aku dalam persoalan itu. Ustazah seolah-olah yakin aku mampu memikirkannya. Ya. Aku tahu jawapan itu dan aku diam sendiri.

"Dosa pula adalah kesan jika kita melakukan maksiat ataupun jenayah."

"Maksiat hati dan mata pun jenayah ke ustazah?"

"Ya."

Jawapan ustazah yang pendek ni membuatkan aku mencari jawapan penuhnya sepanjang hidup aku selepas itu.

Maksiat hati tamsilnya boleh dilampirkan seperti memikirkan seseorang sehingga kita leka tanggungjawab kita kepada Allah dan agamanya. hati kita lalai memikirkan asyik masyuk tentang sesorang. Lagi-lagi kalau yang dah bercinta sebelum ijab. Allahu. 

Ia maksiat rakan-rakan. Dan Allah tak suka.

Peringatan ini dilampirkan untuk diriku sendiri dahulu.

Maksiat hati pula seperti menonton aurat orang yang ajnabi atau bukan mahram bagi kita. Kita senang-senang je melakukannya sebab kita tak pernah pun dapat surat saman daripada polis yang menyatakan RM300 kerana melihat aurat sipolan-sipolan pada hari dan waktu sekian-sekian. 
Hamboi, kalau tiapkali surat saman sampai. Aku rasa hidup aku akan sentiasa pandang tanah atau mendongak ke langit sebab tak mampu bayar saman nanti. Allahu, miskinnya aku. Allahu, ampunkan aku. 

Itu pasal dosa mata ni Allah denda melalui kurangkan nikmat beribadat kepadanya. Kalau kita punya kesukaan suka melihat sesuatu yang bukan hak kita hati kita akan hitam. Kita akan malas untuk beribadat.

Ustaz Kazim Elias pernah kata, "Jangan diendahkan setompok hitam kat muka kita tetap risaulah tompok hitam pada hati kita sebab Allah tak menilai pada rupa kita tetapi pada hati kita."
SubhanaAllah, pemurahnya Allah. Allah sangat mencintai hambaNya kawan-kawan.

Ayuh, menjadi hambaNya. Biiznillah.

Allahu.

Panjangnya refleksi al-Waqiah hari ni. Alhamdulillah. 
Al-Waqiah menceritakan perihal Hari Kebangkitan. Gerun serta menakutkan.

Moga-moga hati sentiasa ingat apa yang aku taip ini. 

Allahumma, Amin. 

***********

by Ary Kasya
17082014 | 2033H

No comments:

Post a Comment