Saturday, August 25, 2012

Raya yg suram~

assalamualaikum...


p/s: Allahuakbar... aku hidup hari ini krn Kau tahu... aku masih belum puas jadi BAIK~

Tuan Asmawi Tuan Umar wrote:
Ya Allah janganlah gantungkan kecintaan dunia di hati-hati kami...Aameen
اللـهـم لا تعلق الدنيا في قلوبنا ... آمين


raya yg suram...
terbukti pada kualiti foto yg aku amik..
aku slhkan cahaya..
aku salahkan angle...
aku salahkan jari...

tp...
sebenarnya aku salahkan diri sendiri~
aku tak mmpu pujuk hati ini jadi setabah gunung yg tegak berdiri atas pasaknya...

Allahuakbar...

hari2ku..
aku mhitung... aku takut utk mgetahui yg aku bakal jauh dr shelter yg mdamaikan..
aku takut aku tggalkan usrah tuh..
sesi semggu sekali yg pgil aku 'balik' supaya aku sentiasa letakkan diri aku serapat dgn Kau...

aku kenal siapa aku..
aku tidak kuat Ya Allah~

aku selesa andai org tegur aku ttg agamaku~
org yg selalu mnegur itulah yg mengingatkan bhw aku rapat dlm pelukan rahmatMu..
aku takut nak menjauhinya...
sebab aku kenal siapa aku yg sebenar~

Allah,
pmudahkan urusan hari depanku~
aku akn berusaha lakukan yg tbaik...
akn berusaha jd tbaik... krn aku menyakini Kasih Sayang-MU...


dr raya pertama..
aku gembira aku dikelilingi family..
walaupun tak cukup lagi 3<<< Along, Bang Long, Bunyamin...
tp ia blalu dgn baik... aku serap aura itu utk jd penampan 'ombak' dlm hati~

huhu.. gambar ni takder Bang Nuar


sepupu... serta bapa2 & mak2 sedara tidak berkunjung ke rumah sini...
mungkin sahaja tidak berpeluang kali ni... huhu<<< sejak tahun2 sudah... ini tahun raya yg rumah dirasai kosong tanpa kehadiran ulah sepupu...

raya2 sudah...
penatku disempitkan dgn urusan didapur<<< operasi kosongkan peti ais...

kali ini..
tak mampu rasanya nak habiskan isi peti ais tu....

terasa... raya ini sgt lengang..

hadapan rumah dimeriahkan dgn bunyi mercun yg beraneka macam... *apa yg seronok pun aku tak tau..*
tensen dgr mercun... sebab tak suka mereka main didepan rumah aku...
hairan juga... knp depan rumah aku dijadikan pilihan...
kalau polis dtg serbu... ttu rumah aku kene attack dulu... *hahahah<<< 'brrrrrrrrrrrrrrrr'*

p/s: apb suara aku dah tinggi... puas berlari budak2 tuh selamatkan diri...

polisi ayah..
biarkan aja.. jgn ditegur... nnt org pandang kita jahat...

*huh<<< mana mungkin aku mmpu sabar damai halaman rumah direnggut*

raya pertama berlalu..
dan diteruskan dgn urusan planning raya + pencarian rumah sewa (urusan yg paling aku benci pd cuti ni)

tagging by Ma<<< dia pon tak thn nk hadap raya kali ni.


cuti aku 'hidup' disebabkan planning raya jer...
*sebab tiap2 tahun gathering pon aku yg buat... hahahha*

raya ke-5...
aku tuntut 'hadiah' dr Mphing...
1) tak pernah peluk dia.. jadi aku minta the big hug from her..
2) tak pernah amik gmbr hanya dgn dia... jadi aku minta 1 dr dia...
3) tak pernah dpt kiss dr dia... tp aku minta 1 dr dia... (n dia bg aku kiss dia) hahhah~

p/s: ni suma gara2 mimpi yg aku dpt pd masa puasa lepas... ah! <<< oh... cukuplah akk jer tau.. tak payah bgtau suma org~

suma hadiah ni <<< aku jdkan 'tangkal' tak bertanda~

insyaAllah tahun depan jumpa lagi... :P



p/s: org yg paling kurg fotonya dlm simpanan aku tulah org aku selalu rindu~ and ada a few org yg gmbrnya paling kurg dlm folder aku... sebab aku mengingatinya dgn cara aku~

dah berlalu dah 5 Syawal utk tahun ni...

terimakasih Indah, akak, Jabar a.k.a Fikri, Mirul a.k.a Alfin...
kerana menjadikan raya ni happy utk aku~ huh~

atur raya kali ni..
spt biasa dimulakan dr Pulau Sebang rumah aku..g uma Dila..
then, drive (inda yg drive) ke tmn baiduri uma Cikgu Shikin..
drive lagi ke uma Cikgu laily kat Tmn Mutiara...
then.. pusing balik pulau Sebang ke uma Alfin sambung ke rumah Fikri kat tmn Clonlee....
penamat... spt biasa.. uma Inda kat Johol~ huhu~ *20+km dr  Tampin*....

terimakasihhhhhhhhhhhhhhhhh~

insyaAllah akan ada 2nd planning~
ats pmintaan korg... *org2 yg tak beraya sama* aku akn buat...

dr kiri: Inda, Akak, Alfin, Fikri


weh Filza...
ko guna ayat mcm tu lagi.. seyes aku akn merajuk lagi...
apalah, tak ptt sgguh suh aku 'bercakap' dgn kuih raya kalo dtg uma...
herm... jauh hati sgguh aku~

terima kasih
aida... temani baki2 hari 6 Syawal~
huh...




p/s: aku tak pandai menipu, jadi jgn suruh aku menipu~

last ayat...
penutup post..~

If you ever have time and find yourself in ease, then take advantage of prayer, to draw near to Allah; If you ever wish to speak ill a word of falsehood, then instead put in its place, a word of glorification; Because taking advantage of silence is better than speaking frequently, even if you are eloquent in speech.

Ibn Al-Mubarak (rahimahullah)

“Sesungguhnya Allah mencintai orang orang yang tidak menonjolkan diri, taqwa, & shalih. Apabila tidak hadir, mereka tak dicari cari. Apabila hadir mereka tak dikenali. Mereka bagaikan -lenteralentera petunjuk yang menerangi setiap kegelapan.”

(HR. Al Mundziri dalam At Targhib wat Tarhib, hasan)


wassalam~

7 Syawal 1433H




Sunday, August 12, 2012

Pupuklah Cemburu kpd perkara yg Allah suka~



Assalamualaikum...

hai kawan2.... harp Allah mberkati kesihatan kalian~

Kisah Benar... :)

perempuan mempunyai sikap cemburu yg sgt tinggi..


kadangkala tak bertempat dan buat org mnyampah dan silap2 Allah pun tak suka...


nak tau apa sikap cemburu yg Allah suka dan wat kita lagi kita lagi dekat dgnNya??


jawapan:

pupuklah cemburu dlm hati kamu mencemburui amalan org2 ahli ibadat...

nescaya kamu tdetik hati nak mcontohi dan mengamalkannya dlm kehidupan seharian kalian...



contoh..:

one day, sorang gadis biasa ni.. cube merasai cemburu kpd sorg gadis yg hijabnya sgt labuh yg hari2 dia jumpa dekat bstop..

dia tanya dirinya pada Allah... *dan berharap pertanyaannya Allah dgr*

"ya Allah.. cemburunya aku kpdnya.."
"ya Allah.. penuhilah hajat aku nak tutup auratku sempurna spt saudaraku ini..."

then..




ZUPPP..


satu aliran sgt murni mlalui hati si gadis itu..

lalu ia bgenang air mata..

lalu mnangis...




dia tertanya sendiri..
"ya Allah... knp aku berasa begini?"

pada suatu malam.

dia hadir satu tazkirah...


ayat ustaz ni.. wat dia rasa hiba lagi...

"bila rasa nak berinteraksi dgn Allah.. teruskan aja dialog itu.. Allah Mendengar... Dia tau isi hati setiap hambaNya.. dan ketahuilah.. apabila kamu berdoa/berinteraksi.. tiba2 rasa hati seperti ada tersentuh.. itu tandanya, Allah mbalas dialog kmo.."



Allahuakbar...


si gadis terpempan... dan bsyukur.. lalu berkata..


"maniskanlah imanku sampai aku mati... amin"

Monday, August 6, 2012

Ikan Nun & Sang Semut dgn Nabi Sulaiman A.S


Surah Taha
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. [Ayat : 132]

 Assalamualaikum WBT

hye kawan2 and pembaca yg berkunjung...
harap Allah memberkati hidup kalian dgn kesihatan yg baik... >>insyaAllah :)

ditampal diatas Ayat Surah Ta-Ha 132, dimana ia menceritakan mengenai rezeki...

Dikisahkan pada malam tadi oleh ustaz yg bersuara macam Fahrin Ahmad pada tazkirah selingan masa Solat Sunat Terawih...

p/s: seperti biasa akan cuba menulis sehabis baik ttg cerita ini :)

Bismillahirrahmannirrahim~

Ikan Nun

Alkisahnya, pada suatu hari Allah memerintahkan Nabi Sulaiman mencari rezeki keseluruh dunia yakni meliputi barat, timur, selatan dan utara.

Atas arahan tersebut itu... Nabi Sulaiman memerintah semua jelatanya memenuhi perintah Allah tersebut...

*seperti diketahui ramai, jelata Sulaiman meliputi seluruh makhluk manusia, haiwan dan alam ghaib >> subhanaAllah*

Apabila telah selesai pencarian tersebut...semua rezeki tersebut dihimpunkan...

Lepas tuh... arahan Allah datang lagi...
Allah memerintah kan agar semua rezeki itu diletakkan di tepi pantai...

Setelah selesai proses tersebut...
tiba-tiba muncul seekor ikan nun yg besarnya lebih besar drp ikan paus membaham semua rezeki tanpa sedikit pun yg tertinggal~

Semua yg melihat kejadian itu terperanjat...
lalu Allah berkata lagi kepada Nabi Sulaiman dimana ayatnya berbunyi seakan gini:

"Lihatlah...kalau Aku memerintahkan kamu yg memberi rezeki kepada makhluk-Ku nescaya kamu tidak mampu.."

lalu Nabi Sulaiman langsung bersujud dan mengakui kebesaran Allah dan memuji-Nya >>subhanaAllah~

wah... besar naaaa...


Semut

kali ini semut pula...

pada suatu hari, nabi Sulaiman telah berborak dgn seekor semut dan menanyakan rezeki yg diperolehi oleh semut tersebut.

N. Sulaiman : Ya semut, berapa butir beraskah yang kau makan dlm masa sebulan?

Semut : Hanya sebutir sahaja.

lalu, Nabi Sulaiman pun menyimpan semut tersebut dlm satu bekas dan meletakkan bersama-sama dengan sebutir beras utk semut tersebut...

selepas genap 1 bulan.. Nabi Sulaiman datang kepada semut tersebut dan terkejut lalu marah kerana semut itu menipunya.

N. Sulaiman : Ya semut... mengapakah kau menipu ku? kau kata kau makan 1 butir beras sebulan tetapi kenapa hanya separuh sahaja yg baru kau makan sekarang?

Semut : Benar. Memang aku perlukan sebulan hanya sebutir beras. Tetapi ketika itu aku yakin yg Allah berikan rezeki itu utkku.. tapi kali ini kau mengurungi ku didalam bekas ini aku khuatir kau akan lupa kepada ku dan terbiarlah aku mati kelaparan jika aku bergantung rezeki itu drp kau.. aku hanya memakan separuh hanya kerana ingin mnyambung nyawaku seandainya kau lupa.

N. Sulaiman terdiam mendengar hujah tersebut.... krn ia benar sama sekali. lalu nabi Sulaiman pun memohon ampun Allah atas kekhilafannya...

semut


melalui 2 cerita ini..
jelaslah bhw setiap rezeki yg kita perolehi utk kelangsungan hidup kita dianugerahkan oleh Allah... tiada siapa pun mampu memberi rezeki keatas sesuatu makhluk itu tanpa izin Allah..

Allah yg menjaga kita... Allah yg memberi nikmat kpd kita..
yakinlah kpd janji-Nya :)

>> subhanaAllah

>> pesanan utk diri sendiri jg catatan ni

p/s: maaf sekiranya tulisan ini banyak cacat drp cantiknya... :)



Saturday, August 4, 2012

Pengembala Kambing VS Sang Pendeta

assalamualaikum....
kawan2 dan strangers (kamo pun kawan saya juga)

p/s:
kisah ini mungkin byk cacatnya. mungkin byk lupanya.. sebab tidak mcatat semasa mendengar... tapi akan berusaha mnaip dgn baik...

ini kisah Pengembala Kambing VS Sang Pendeta...

kisah ini kisah tauladan yg dicerita menerusi para sahabat Rasulullah S.A.W dan diperturunkan kpd kita utk kita berpikir..

1st thg 1st.. kpd sesiapa yg tak clear Sang Pendeta tuh apa...
meh aku habaq mai... Sang Pendeta bermaksud Cendiakawan.. org yg mkaji kitab.. dan ilmunya banyak berbanding org kebanyakkan...

dijadikan kisah....


disuatu kampung pada zaman Rasulullah S.A.W.
ada seorg pendeta yg amat arif mengenai ilmu kitab...
diperkatakan tiada siapa pun mampu menanding beliau dlm sesi bersoal jawab secara ilmiah... bahkan dlm kalangan pendeta sendiri pun dia menjadi rujukan dlm menanyakan sesuatu perkara..

*hebat sungguh*

pada suatu hari...
ada seorg pengembala kambing dlm kawasan kampung tersebut tampil dan menemui beliau utk mencabar beliau mengadakan sesi soal jawab dgn dia dihadapan seluruh org kampung...

p/s: maaf tak egat sama ada sesi ini ada pertaruhan or tak~

sang pendeta setuju mnerima cabaran tersebut krn tak mahu dikatakan tidak mmpu menandingi cabaran si pengembala kambing tersebut.....

dlm cabaran tersebut... pengembala kambing yang menetapkan syarat2nya... dimana ia menginginkan sang pendeta menanyakan dia soalan dlm bahasa isyarat....

soalan tidak boleh disebut secara lisan...
jawapan juga akan dijawab oleh pengembala kambing dlm bahasa isyarat juga~
dan pendeta pun setuju....

sesi soal jawab itu diteruskan dihadapan khalayak....

soalan pertama:

sang pendeta mengisyaratkan soalannya dengan menunjukkan jari telunjuknya ke langit...
si pengembala kambing jawab dengan menunjuk 2 jarinya ke langit...

sang pendeta jerit "Betul!"

soalan kedua:

sang pendeta memberi isyarat soalannya dengan menunjukkan 2 jari ke langit..
si pengembala jawab dengan menunjukkan 4 jarinya ke bawah....

sang pendeta jerit "BETUL!"
*kali ni penduduk kampung sudah mula menganggumi si pengembala kambing dan sang pendeta berasa hairan...*

soalan ketiga diteruskan:

sang pendeta melakarkan satu bulatan di tanah dan menunjuk jarinya ke dalam bulatan itu...
si pengembala jawab dengan mengisyaratkan sekepal penumbuk kepada pendeta...

kali ni dgn rasa terkejut gila...
sang pendeta jerit "BETUL!!!"

seluruh penduduk kampung yg menyaksikan peristiwa itu pun bersorak utk pengembala kambing yg telah menjawab semua soalan itu dgn tepat....

utk penjelasan,
seorg penduduk kampung telah menanyakan setiap makna soalan sang pendeta tadi dan mengapa jawapan pengembala kambing semua tepat....

sang pendeta menjawab,

soalan isyarat pendeta bermaksud,
"Apakah satu iktikad utk semua muslim?"
pendeta menjelaskan jawapan pengembala kambing betul dengan menunjukkan 2 jari keatas dimana ia bermaksud 2 iktikad setiap muslim ada dua iaitu bersaksi bahawa Allah itu Esa dan Nabi Muhammad itu pesuruhNya (kalimah syahadat).

soalan isyarat kedua pendeta bermaksud,
"Berapa lama lagi jumlah hari bumi dijadikan?"
jawapan pengembala jawab betul dgn menunjukkan 4 jari ke bawah dimana ia bermaksud 2 hari langit (isyarat pendeta) dijadikan dan 4 hari lagi (isyarat pengembala kambing) baki bumi dijadikan...

soalan isyarat ketiga pendeta bermaksud,
"Bagaimanakah utk menguasai bumi?"
jawapan pengembala kambing betul lagi sekali dimana sekepal penumbuk bermaksud kekuatan...
muslim harus kuat utk menguasai bumi...

Allahuakbar...
begitu rupanya~

tapi lain pulak tanggapan pengembala kambing bagi mnafsirkan setiap persoalan yg diajukan oleh sang pendeta tersebut terhadapnya..

soalan pertama pengembala beranggapan sang pendeta inginkan seekor dr kambingnya...
dia pun tunjuk 2 jari ke langit sebab dia mampu bagi lebih dr seekor pun kalau pendeta mahu...

soalan kedua pengembala menafsirkan 2 jari tunjuk ke langit itu tanduk kambing...
maka spontan dia jawab 4 jari ke bawah sebab kambing ada 4 kaki...

huhuh.. time ni aku dah gelak dah duk dgr ustaz cerita...
p/s: suara ustaz ni macam Fahrin Ahmad...

soalan ketiga pengembala kambing jawab dgn isyarat sekepal penumbuk kerana ingat sang pendeta inginkan seluruh ternakan kambingnya dgn isyarat melukis bulatan dan tunjukkan seluruhnya dgn jarinya...
pengembala kambing kata... "mana boleh! nak kene tumbuk apa pendeta ni..."

hahha...
aku dah habis gelak........

kesimpulannya disini...
ustaz yg macam suara Fahrin Ahmad ni (tak pernah tgk mukanya... dgr suara jer) kata....

nabi pernah kata, apabila kita mendengar pendapat sesorang... jgn sesekali pandang darjat dan pangkatnya.. tetapi pandang lah setiap kata-kata dan pandangannya...

hal ini terbukti pada para sahabat di mana Saidina Umar selalu dikritik tetapi dia tetap mendengar pendapat setiap rakyat dengan sabar dan memperbaiki diri nya....

hal ini dipratikkan oleh para sahabat...
jadi.. ayuh kita jua menuruti nasihat Rasulullah ini... :)
insyaAllah...

p/s: maaf kalo banyak cacat dari cantiknya... akan menerima pendapat korg kalau ada mana kesalahan dlm catatan ini~

p/s:: aku selalu tak sabar mendengar semua crt Uztaz setiap crtnya best2... hehheh...
ada kisah pasal Nabi dan sejarah2 serta perihal crt yg menginsafkan~ hihihi... hari2 dgr beliau crt time terawih ni~


selamat beribadat dlm Ramadhan ke-16





Muhasabah diri~



SELAMAT MEMBACA. KAWAN! KOPIPES dr page Dato VC UiTM Uhu.



salam.. sahabat semua..

for those yg tengok result n whatever pun result korg...

TAHNIAH kerana result itu adalah usaha kalian berkat dorongan parents, lecturer dan kawan2..

buat renungan bersama.. =)

1. kenapa aku tak dapat DEKAN?

Allah tangguhkan dulu dekan kita kat dunia mungkin sbb nak bagi dekan di akhirat nanti.. =) Barangkali, mungkin dengan result DEKAN yang kita dapat ni kita semakin bongkak dan lupa nak sujud patuh sembahTuhan.. (nauzubillahminzalik) jadi, Allah masih nak kita ni jadi hamba yg patuh dan taat pd DIA sebab tu DIA tangguhkan dulu dekan kita.. n most important thing.. Allah nak kita dapatkan AD DEEN LIST dulu kot.. Baru DIA kasih DEAN LIST.. =)


2. Kenapa aku failed paper ni! =(

Pernah dengar kan? orang yang berjaya, mesti mengharungi kegagalan dulu, I've experienced it before. and trust me. Korang akan lebih apprecciate apa yg korang ada lepas ni.. lagi sungguh2! nak belajar n of course la kan.. nak struggle habisan tu dapatkan A+ for paper yg korang failed tu.. don't worry guys.. Bukankah Allah mengatur yg terbaik dalam hidup kita, so, from that, DIA tahu, hanya dengan merasa sakitnya kegagalan je yg mampu membuat kita bangkit kembali.. dan yang pastinya, Allah nak kita jadi orang yang BERJAYA! It's takes time..I know.. ambillah sebanyak manapun, masa kalian.. but trust me, hidup mesti diteruskan.. this is not the end of the world.. so, just keep on moving with all ur heart on the right path! Selak surah Al Baqarah ayat 216 dan 286...hadam dengan mata hati.. =)


3. Pointer aku rendah aku boleh dapat lebih ni.. =(

Lulus sume tapi pointer rendah.. inilah juga ada kaitannya dengan yg nbr dua.. Allah suruh kita belajar bersyukur.. Manusia,klo dapat sedikit nak banyak.. klo dpt 2.** nak 3**.. sedangkan usaha kita mmg usaha org yg dapat 2** pointer kan..kita renung balik, kita study last minute, 2 hari sebelum exam baru bukak.. past year pun baru nak jumpa.. sedangkan, nak keja nak bjaya bukan makan masa 2.3 hari jek... (dush! tepat kena muka saya sendiri) hurm.. apapun berlapang dada terima segalanya dan bersyukurlah dengan nikmat ujian yg Allah berikan.. Allah mengetahui apa yg terbaik untuk kita.. =)

laslty, jom kita muhasabah kembali.


yang dapat dekan- JANGAN LUPA TUHAN..

yang tak dapat dekan - JANGAN BURUK SANGKA PADA TUHAN

yang gagal paper - JANGAN SALAHKAN TUHAN..

yang pointer rendah - JANGAN ALPA DENGAN TUHAN...


Sahabat2 yg saya sayangi sekalian,

trust me!

Di atas sana Allah sedang mengatur yg terbaik untuk hamba2NYA...

Siapa HAMBA2NYA?

Cer tengok diri..

YES, KITALAH HAMBANYA...

Kita da berusaha, tugas menentukan bukan kita, jadi tak perlu kecewa andai takdir tak selalu berpihak pada kita, itulah resam kehidupan.. nak jadi HEBAT kena ada HENTAKAN KASIH SAYANG dari TUHAN..

Agar kelak da berjaya masih ingat tuk sujud penuh kehambaan pada DIA pemilik sekalian...


Lookin forward to second year school of law..


"Allahumma robbi yassir wala tu'assir.
Rabbi tammim bilkhoir.
Birokhmatikaya Arhamarrohimin."

bait2 ini buat diri, juga buat sahabat2 yg dikasihi kerana Allah sekalian..

salam jumaat~~

jom hayati kisah surah Al Kahfi~

dan yg penting.. sujud syukur atas apa saja result kita...



LAW IS HARD..
BUT GIVING UP IS NOT AN OPTION =)

Friday, August 3, 2012

alhamduLillah~ nikmat Allah Sem. 2

assalamualaikum...

hye kalian...
apa khabar.....? ~sihatlah hendakNya

sebelum bercerita... meh tgk ni~


#1


#2


Ad-Deen VS Dean List:

wahai kawan2 seperjuangan...
berilmulah kita dgn ilmu Allah yg benar..

berjuanglah atas nama Allah..
hindarkan keluh-kesah..
jauhkan ragu2...

pelihara iman..
pelihara hati..
kalau gagal usaha lagi..

sehingga kamu tak mampu menoleh lagi 
kepada prasangka hatimu terhadap kemampuan diri..

doa itu senjata..
restu itu berkat..
redha itu rahmat...

mintalah pada yg Khalik..
dgn sebenar-sebenar ikhlas..

pelihara hati..
pelihara iman...

menangislah jika kamu mahu...
tp jgn menangis sehingga kamu lupa keEsaan Allah...

jgn berputus asa sehingga lupa yg Rahmat Allah meliputi apa yg kita ada...

getir itu ujian..
ujian yg manis utk kesabaran..
mengajar tabah dlm hati..
membangun dgn teguh....

sebut nama Allah dgn sebenar-sebenarnya...
tanam hati dgn benih ikhlas...
usaha dgn yakin utk memeluki rahmat Allah..

yakin dgn janjiNya...
insyaAllah perjalanan kita serta urusan kita dipermudahkan~

Allahurabbi~
terimakasih atas 'keberadaaMu' disisiku...
mnemani payahku...
menemani tangisku..
mkabulkan doa kecilku..
melunasi apa hajatku..

ini kemanisan ku...
ini kemenanganku..

aku takkan memiliki apa yg aku rasa skrg kalau tak menempuhi Sem. 2..

alhamdulillah..
hebat atau tak hebat result ku..
ia dah tertulis..
aku menang atas rahmatNya..

allahurabbi...
alhmdulillah~

:)


akhir kalam...

spirit warrior (deep inside myself) said : Dont give up~


Surah Ta-ha
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.
Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu), kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi.
[ayat: 6,7]


~selamat beribadat dlm ramadhan ke-15~






Thursday, August 2, 2012

puisi..

assalamualaikum... harap kalian sihat hendakNYA.. insyaAllah~

puisi...

da lama tak mencoretkan ayat2 bunga..

dulu selalu jerp capai pen dan kertas bila bosan dan menulis tanpa sedar idea2 yg logik dan tak logik mengenai  ayat2 bunga tu..

sekarang jadi rindu pulak kat hobi nan satu tu....

mungkin tlalu sibuk mbaca ayat org.
sampai malas nak menulis...

atau mgkin sahaja...
apabila idea itu dtg..
waktunya tak sesuai lgsung...

idea tu..
selalu kunjung tibe time nak tidur...

aish... mane jer aku nak raba pen dan kertas kat sebelah bantal?

kat kolej je aku wat tabiat letak pen dan kertas kat sebelah bantal..

kat umah..
haram jadah pen dgn kertas nak menampakkan diri...

aku 'senyapkan' mereka... ontok2 dlm kotak or bag kuliah...
nnt buka semester j ru jumpa liq....
*moga2 dpt rayuan kolej kelak*

wah byk betul rugi idea2 'basah' tu aku tak catatnya dimana2..

rindu dgn tulisan puisi..........

takper...

mulai hari ni..
aku akn cube sehabis baik menulisnya kalo terlintas..



"ulah pemimpin itu senyap..
kerana dia kerap berpikir..
pemimpin selalu mencari mana cacatnya aturannya..
dia bukan melatah selalu..
melainkan menyemai sifat sabar dan amanah dlm dirinya..

ikhlas.
itu adalah sesuatu yg cuba dizahirkan sampai mati...


dan ketahuilah dgn benar..
sabar dan ikhlas itu identiti Islam yg sering diuji..."

~pena : Ary Kasya~


p/s: hehhe... yes... tpanggil jua idea dua hari lepas dimana ia tlintas apabila mlangkah kat kaki surau~