Showing posts with label UiTM. Show all posts
Showing posts with label UiTM. Show all posts

Tuesday, June 10, 2014

Hari Labu

Tunggu 1330. Serbu pintu.

Tak de sapaan yang lagi jitu.

“Akhirnya datang juga....”

Nada mengalu-alukan di situ..

“Hai Makcik....”
“Hai Makcik...”

Sapaan dan yang membalas sapaan telah mengukir senyuman..
Yap! Aku berdiri di depan Makcik... (bukan depan kot...)

Hehehe..

Hari ini adalah Program Teknologi Makanan semester 5 dan 6. Makcik inovasikan coklat berdasarkan labu. Dia telah menjemputku. Aku datang sekadar memenuhkan undangan selain aku memang ingin datang menempel di situ. Aku memang ingin melihat sendiri produknya. Niat ingin memberi sokongan. Aku dah 3 atau 4 semester berturut-turut menempel di program ni (sejak kenal senior makcik) dan ia lebih dikenali sebagai nama ‘Food Product Development’ a.k.a FPD. Suka aku hadir di program ni sebab jumpa makanan yang alien. Hehehe.. (hiperbola lebih)
Lawatan kali ini, lawatan yang terakhir...

“Herm... cuba lah.. amik rasa.”

“Okey,”

Hehehe..

Bacabismillahdulu.”

Baik.”

Aku minum air. Aku rasa lidah aku ada tak kena.

“Bismillah...”

Tawakal.

Aku amik sapuan roti dengan produknya. Coklat labu.
Aku terdiam. Lidah aku masalah!
Tidak. Momen aku mati dah. (menangis!)

“Tolong layan dia jap,” (tak berapa dengar perkataan terakhir..)

Makcik tak tengok aku makan sampai habis.

Maaf makcik. Aku makan sesuatu yang manis tadi. Lidah aku tumpul. Aku tak dapat rasa. Bahkan rasa roti dan coklat pun aku tak reti bezakan. Tidak.
(rontaan yang mengecewakan)

Menyesal tak dapat rasa apa-apa. Bukan sebab biskut bangkit itu aku rasa tetapi aku memang alah dengan benda manis melampau. Deria aku tumpul.
Tetapi, kalau difikir balik. Aku perasan aku mempunyai masalah rasa adalah sedari aku bangun tidur subuh tadi.

Alahai, adakah makcik terima alasan tak lojik ni.
Huhu, agaknya dia bukan kisah pun. Betul tak?

Tak boleh jadi... try pula produk yang diapit dengan biskut 4 segi...

Rasa coklat itu... tapi 'samar-samar'...

Tengok jam. Alamak! 1345 sudah.
Aku terpaksa pergi. Kelas wajib pergi hari ni. Takde masa langsung nak repair deria lidah. Tak sempat punya.

"Okay... gi dulu eh... thanks.."

"Oh ok..." Kak Nani menyambut... "Macam mana ok tak?"

aku angkat ibu jari.. tanda bagus...

"Bagus-bagus tapi muka tuh... hahaha"...

Maaf aku tak perasaan aku wat muka ape.. heheh..

"Heh, nak balik da.. ok bye..." Makcik toleh jap...

"Okay.."

Aku menulis peristiwa ni mungkin sebab aku terkilan. Huhu..
Tetapi aku percaya, coklat itu cukup rasa. Takde apa yang cacat. Makcik pandai wat perisa coklat. Hihi.. mesti kumpulan dia terbaik bukan? (biiznillah)
Tahniah kawan!



#SemesterAkhir

"Allahumma, amin..."

10062014 | 2006

Sunday, April 20, 2014

Kehidupan Praktikal saya dah berlalu...

"bye bye TSL.... aku janji aku tak rindu kau.. "

p/s: hanya statement gurauan semata-mata *senyum*

Assalamualaikum
huhu... dah berlalu lebih kurang  8 hari sepeninggalan aku drp kilang TSL Glove Industries Sdn Bhd.

Alhamdulillah..

byk ilmu yg aku dpt drp orang yg aku kenali kat sini..

En. Zul
Pn. Wani (mesra dipanggil k. Wani)
Sugiarti (mesra dipanggil Arty)
Gobi..

Cik Syaza (mesra dipanggil k. Syaza)

Sorfina (mesra dipanggil Fina)
Farisz

akak-akak pejabat yang turut sudi memberi bantuan yang diperlukan..

pekerja bahagian Compaunding serta Water Treatment

dan secara tidak langsung bahagian Production

yang telah banyak berkongsi cara kerja dan pengalaman dengan cemerlang...

alhamdulillah atas pengongsian itu..
moga Allah berkati, insyaAllah..


secara keseluruhannya, cara kerja aku ialah menjadi pembantu makmal.
mempelajari  perihal ujikaji tentang getah mentah a.k.a raw latex yang kuat dengan bau amonia yang sangat menusuk deria bau kita..

penglibatan aku juga berkait dengan production line dimana aku dikehendaki memahami peranan pembantu makmal dalam memastikan getah celupan a.k.a latex dipping dan coagulant di bahagian production line berada dalam kondisi spefekasi kilang...

dan juga lain-lain parameter yang terdapat di online production...

aku memahami kerja-kerjaku dimana ia juga adalah rutin aku selama 12 minggu..

*senyum*

rutin ini dikenali sebagai daily line parameter...

selain itu aku juga mempelajari dan memahami rutin mingguan serta bulanan sebagai pembantu makmal..

rutin ini menghendaki aku berkomunikasi dan berinteraksi dengan bahagian-bahagian lain..

aku suka wat kerja-kerja itu..

sebab ia bermain dengan kimia dan mesin..
aplikasi daripada ilmu yang diambil dalam bidang pengajian ku iaitu Polimer Teknologi..

aku kenal fasa getah mentah yang digunakan di production line..
aku tau fungsi ilmu getah yang aku pelajari..

sedikit sebanyak aku nampak aplikasi sebenar yang aku pernah buat eksperimen di dalam Makmal Getah UiTM masa semester 2 yang lalu..

*maaf kalau salah sebut semester*

proses celupan sarung tangan dari acuan ke acuan membuatkan aku nampak benda itu memang boleh diaplikasikan..

ingat lagi dahulu masa dlm makmal kat UiTM aku buat celupan guna test tube sahaja sebagai acuan..
dimana ia menghasilkan bentuk kondom...
hahaha..

*memori*

 



begitulah rupa kondom tak semenggah aku..
hahhaa..


diaplikasikan menjadi... begini...

Kredit

banyak lagi kenangan yang tak terungkap di sini...

secara keseluruhannya...
aku memang mempelajari dan merasai sendiri alam pekerjaan..

walaupun hanya bergelar pelajar praktikal...
namun penat sebagai seorang pekerja itu sekurang-kurangnya aku merasainya juga...

dapat elaun daripada pihak kilang, menjadi lambang bayaran gaji kepadaku...

aku sendiri merasai aura ayah..

*tetibe*

aku tahu sudah macamana penat ayah bekerja sehari-harian...

alhamdulillah...

ayah ku sihat sehingga kini..

moga-moga Allah memberkati usia kedua ibubapaku..
amin 

*senyum*



aku pun belajar buat punch card kerja juga... 

*hehe*

nampak tu, 11 April?

itulah hari terakhir dan saat terakhir aku berada di TSL Glove Industries Sdn Bhd.

*senyum*


Kredit

"Terima kasih warga TSL Glove Industries Sdn Bhd atas segala tunjuk ajar untuk diri yang kerdil ini."

Kredit
 Selamat tinggal memori TSL...

*senyum*

Regards;
Student Practical

Nurziela Aryanti Yaacob


Sunday, January 19, 2014

i Ended my Semester 5 session

assalamualaikum,

Alhamdulillah. masih sihat lagi hari ini. Moga-moga kalian jua begitu. InshaAllah.

18012014

alhamdulillah pada tarikh ini tepat pada pukul 1615H aku berjaya habiskan sesi Sem-5 aku dlm program Polymer Technology di UiTM SA. bergelut dgn waktu, kesabaran dan kesakitan (sakit bahu menaip di lappy saban hari..)

pada tarikh ini aku tamatkan sesi ku dgn paper Polymer Composites (PST634)
Allahu... agak tercabar otak aku nak meluahkan segala hafalanku sebab ada 5 soalan processing machine. Aku pun naik benak nak menghabis merapu sampai noktah terakhir sebab aku bukanlah hebat dlm bab menghafal. hehehehe.

Alhamdulillah.
terasa bebas dan merdeka.

15012014

alhamdulillah.
pada tarikh ini aku berjaya melepaskan beban penglibatan kehidupan aku dengan penulisan thesis!
ya Allah, rasa ringan beban di kepala dan bahu hanya mampu diungkapkan dengan rasa bersyukur. Maha Suci Allah ~ SSubhanaAllah... kerana sihat dan mampu menghabiskan fasa Final Year Project 2.0 aku dengan jaya.

Alhamdulillah jua kerana Allah mengizin kawan-kawan seangkatan aku menempuhinya...

cukuplah sekadar mencoret memori yg baik-baik sahaja sepanjang penglibatan aku dengan thesis kerana aku tidak mahu langsung merakam rasa pahit-pahit di sini kerana aku percaya setiap daripada kita akan melalui cabaran yang berbeza. jangan dicemburui kejayaan orang lain kerana Allah tidak pernah membiarkan kita berjaya tanpa izinNYA.

ya!
aku berjaya melalui fasa ini kerana izin Allah dan doa kalian yang tak pernah putus-putus.

Alhamdulillah.
izin Allah aku rasa diri disayangi. mashaAllah.
dengan doa kesejahteraan daripada kalian yang Allah perkenankan, aku merasai kekayaan.

terima kasih.

PM Dr. Siti Zaleha.
hahaha... alhamdulillah Dr. dalam tempoh yg singkat saya bekerja dengan Dr. saya tau apa itu term 'berdikari'.... terima kasih kerana bimbingan dan sesi membalas WhatApps saya tanpa jemu dan melayan kerenah saya untuk 'date' mendengar masalah saya...

alhamdulillah Allah izinkan...
Senyum.

mashaAllah.
terlalu banyak kenangan FYP yang amat mencabar daya tahan diri.

senyum.



Macam-macam rasa terakam dengan buku ini.
hard cover marroon itu menceritakan segalanya pada aku.

eksklusif tersimpan catatannya dalam memoriku. 

senyum
alhamdulillah~


akan datang

20012014

satu lagi fasa akan dilalui. 
iaitu Latihan Praktikal atau akronimnya L.I.

moga Allah menguatkan dan mempermudahkan urusanku dan rakan-rakan seperjuangan. 

alhamdulillah~






Sunday, November 10, 2013

FYP in Progress, inshaAllah~

Assalamualaikum,

harap sihat semua. InshaAllah. #senyum.

Alhamdulillah, kini sudah berakhir minggu ketujuh untuk semester ini kat UiTM...
#erk.
laju, cepatnya masa berlalu......

hurm...
pendekkan cerita. *ayuh*

Pada minggu keenam yang lepas, material aku untuk FYP dah sampai.
NOTE : FYP = Final Year Project.

Kesemua material, silicon nitride, stearic acid, dan poly-vinyl butyral dah selamat sampai di bilik En. Anuar dan aku dipanggil untuk meliha dan amik terus barang-barang itu.

pergi melaporkan terus kepada 'supervisor' untuk makluman tindakan kerana kuantiti yg sampai kepada aku hanya sedikit. bukan sepertimana yg telah di'oder'....maka, jadinya Formulation aku ditukar.

*maka, kena wat writing chap1-chap3 semula*

sad.

tapi berusaha untuk sabar. kerana masa da suntuk tgl kurang drp 4 minggu untuk FYP presentation..

kami pun redha. *aku n k.zira*

bersetuju untuk fighting.
inshaAllah.


janji Allah sgt pasti. dan inshaAllah semua akan baik-baik sahaja. buktinya 2:286. #senyum.

makaantara tragedi dan laporan drp makmal proses material... izinkan gambar bercerita... 

Ni tulisan supervisor aku... bukti yg formulation aku mesti diubah.... ermmmm..

Selepas penat bekerja... ini penawar segala penat...
susu = utk neutral balik sifat kimia yg dihidu secara x sengaja... but still, aku punya deria rasa akan tumpul 1 malam...
al-Quran = suka mencari ayat motivasi drp Allah. subhanaAllah. byknya hadiah motivasi dia... al-Mursalat, 7.... antara yang menjadi penolak segala kelemahan aku tatkala penat...


"sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu tetap berlaku."
al-Mursalat, 77 | 7


susunan formulation... :)

Partner saya. yg tolong angkat dan cuci mesin. 

formulation tgh blend... tggu nak angkat je ni... #erk.. 

mesin yg kami guna. 


parameter mesin

dapatlah hasil 5 bungkus... alhamdulillah..
ni bukan kerepek... tetapi hasil drp mesin ni... ni baru 1/4 punya keje... lepas ni kene wat proses yg seterusnya...
-crusher
-hot press
-testing

ho... aku dah gila... ini dah macam ape jeh... :)
hak3... 
minta tolong, doakan kelangsungan FYP kami berjalan dengan baik. Habis pada waktu yg ditetapkan. dan penulisan repot kami akan baik-baik sahaja... 


"doakan kami tidak menangis.
doakan kami sihat.
doakan kami tidak mengalah.
doakan kami kuat semangat.
doakan kami baik-baik sahaja."

terima kasih.

terima kasih kerana membaca post kali ini...

alhamdulillah.

Pesanan: jgn sesekali lupa Allah. inshaAllah wa biiznillah.





Friday, October 25, 2013

Get A Resume - Internships

Assalamualaikum...

lama rasanya tak menaip diruangan ini.

"Wo hen mang.." = "Aku sangat sibuk.."

Alhamdulillah.

setelah bergelut dengan rasa tah hapa-hapa... aku masih jua mampu dan diberi peluang untuk bernafas hari ini. alhamdulillah.

kawan, hari ini hari Jumaat. Jangan lupa jadi pemuda al-Kahfi ya. inshaAllah.

ok. alhamdulillah sekali lagi sebelum memulakan taipan berkaitan tajuk entry.

*senyum*


inshaAllah, proses sekarang tengah update alamat dan nama kompeni-kompeni yang berkaitan dengan industri polimer kat area Melaka. Berbekal ilmu yang baru ditahap permulaan dalam bidang ini Polimer Getah dan Plastik ni... inshaAllah akan mula mencari 'tapak' dalam bidang pekerjaan kelak.

YA ALLAH, bantulah aku, kami, serta mereka dalam melaksanakan urusan kami untuk menjadi khalifahMu. Amin.

banyak juga kompeni yang aku jumpai di tanah air Melaka. Lebih daripada 10. MashaAllah. 

dahulu aku pikir sikit sahaja yang ada di Melaka. tetapi ramai juga yang mempelopori industri ni di Melaka. 

Antara nama namanya ialah:


banyakkan?

Allahuakbar.. 
gemuruh sungguh rasa sebab ini adalah 'first step' aku nak mengorak langkah sebagai pekerja. memasuki alam pekerjaan.

Allah... 

terasa macam baru semalam terdengar motivasi ayah, motivasi ayah yang menceritakan harapannya kepada diriku. dan rasanya harapan itu juga sama seperti diajukan/diperdengarkan kepada anak-anaknya.

harapan ayah yang ingin menjadikan anaknya sebagai insan yang berbakti kepada agama, keluarga, bangsa dan negara. ya, ayah pernah memperkatakan juga (paling utama), semoga kami menjadi anak yang berguna.

ayah seringkali kata, tugasnya hampir habis kepada anak-anaknya. tempoh dia membesar dan menyara kami semakin tamat. *saat ayah memperkatakan ayat ini, sumpah hati aku bergeleng dan bergenang air mata.. sebab aku takut nak ke hadapan sendiri*

ayah, ayah seorang yang hebat bagi adek. sungguh, ayah adalah hero adek sedari dulu. 

*senyum*

tidak kurang juga, teringat harapan mak. mak sentiasa ingin kami, adik-beradik, sentiasa jadi yang terbaik untuk diri sendiri. ya, mak pernah memperkatakannya. terima kasih mak.. 

sebelum melangkah ke fasa permohonan ini, persiapan psikologi diserapi daripada kawan-kawan sekelas yang mana daripada penerapan diploma sudi bercerita tips di alam industri. 

terima kasih Siti, Ilya, Tini dan Farah.

cerita-cerita kalian memberi motivasi dan pencerahan macam mana untuk diri ini visualkan alam yang bakal kami masuki. sedikit sebanyak, cerita-cerita itu telah menambah jua rasa gemuruh dan takut tersalah pilih kompeni yang sesuai dengan diri ini.

moga Allah bantu. amin.
moga Allah permudahkan dalam urusanku memilih yang terbaik untuk diriku dan orang-rang sekelilingku. moga kami turut dan patuh melaksanakan perintahNya. 

Allah...






Friday, September 20, 2013

Awal Tahun Akhir

Semester baru.

Semangat baru.

Senyuman baru.

Semua bercampur gaul menjadi satu perasa. Sudah tahun akhir. Sudah masuk tahun ketiga aku di sini. UiTM Shah Alam. Pejam celik-pejam celik tak terasa. Macam baharu sahaja melepasi fasa Minggu Destini Pelajar. Jumpa teman sebilik yang suka dengar nasyid dan tengok ‘Lelaki Berlari’ a.k.a ‘Running Man’. Antara dua minatnya ini hanya nasyid sahaja jadi ikutanku. Asal dengar nasyid kadangkala teringat Ayu. Bekas teman sebilikku. Senyum. Lagi-lagi kalau lagu itu berkisar sirah. Lagilah memori it uterus terbang seketika teringat

Terima kasih ajar saya dengar nasyid.

Pada tahun satu, sesat di fakulti pada hari pertama. Turun dari bas di bus stop Seroja bersama Ayu. Sesat masuk bangunan yang tahapahapa. Aku pun rasa cuak. Perut rasa semacam nak membuang segala benda je yang ada dalam perut. ‘brrrrrrrrrr’. Kaki mengikuti sahaja langkah si kawan itu. Sampai satu tahap aku amik telefon dan dail nombor senior. Kak Amy. Terasa nak menangis. Bha! Macam lawakkan?

Sekarang masuk FSG dah tak sesat. J

Semua senario ini terpamer lagi sekali di hadapan aku. Cerita mereka seakan sama dengan ku. Aku seakan-akan melihat pantulan diriku pada gelagat-gelagatfreshie’. Sesat. Jalan berkumpulan. Rujuk HEA. Ke hulu dank e hilir mencari kelas. Terimbau sekali kenangan itu semua di layar mata secara tak semena-mena.
Tiba-tiba rasa diri ini senior. Tiba-tiba tergelak untuk diri sendiri sebab teringat gelagat sendiri pada zaman dulu-dulu. Senyum.

Selain itu, perkara yg aku ingat ialah aku sertai kelab fotografi. Ini kenangan dan pengalaman paling manis. Alhamdulillah. Dapat kamera dan mempelajari sedikit mengenainya. Terima kasih ayah sebab memahami minat anakmu ini meskipun kemahiran itu masih tumpul.

Lagi, Filza telefon aku secara tiba-tiba. Teringat lagi cuaca dan suasana itu. Segar. Dia beritahu aku dia bakal jadi pelajar ‘fast track’ AS226. Berita yang didengari seakan-akan mimpi sebab waktu aku telefonnya balik aku dalam keadaan mamai. Gelak. Hahaha.

Semester 2, Filza betul-betul terpacak depan aku. Hari pertama aku terserempak dengannya di FSG pun masih segar lagi dalam memori.

Semester satu dan semester dua dalam tahun pertama, aku mempelajari tentang kekuatan diri dan memecah ‘ice’ dalam diriku. Meskipun masih mentah dalam mempelajari tenang kekuatan diri. Aku dapat berita penempatan untuk kolej tidak dapat diteruskan. Pengakhiran tahun satu adalah sangat menyedihkanku kala itu. Sungguh aku tidak tipu. Gelak. Ha-ha.

Tahun dua apa yang paling kuat dalam ingatan aku hanya 2. Aku berhijrah daripada zaman kuno aku kepada pembaharuan yang lebih baik. Sejak sertai KEM LEAD. Alhamdulillah. Aku ingin berubah sebab mencari kekuatan diri sendiri. Tahun 2 aku mula bergelar non-resident a.k.a NR. Melalui perubahan ini aku memeluki kekuatan diri sendiri. Aku teruskan usaha memecah dan mencairkan ‘ice’ dalam diriku.

Mencari rahmat Allah. Berazam bersabar. Berazam beristigfar.

Diri terlalu mendambakan kekuatan.

Alhamdulillah.

Sedikit sebanyak aku menempuhi Tahun 2 dengan baik. Satu-persatu ditempuhi dengan doa denganNYA… Alhamdulillah.

Ha-ha.

Bila aku ‘post-mortem’ balik diari-diari aku yang lepas tentang masa-masa aku dahulu. Aku gelak juga sebab menjadi budak-budak hingusan. Menangis kerana takut lemah. Menangis kerana takut keseorangan. Menangis kerana was-was dengan kemampuan diri. Itulah aku.

Tetapi.

ALLAH Maha Kaya. Sepanjang aku merasa diriku lemah. Aku tak pernah dibiarkan sendirian. Setiap kesukaran yang aku rasai Dia sentiasa menemani. Walaupun kala itu aku rasa aku ingin berpaling jauh daripada jalan yang sangat ‘sakit’. Allah tak pernah biarkan aku sendirian. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.
Ini pelajaran yang aku belajar dalam Tahun dua.

Senyum.

Tahun Akhir.

Cabaran sudah menanti.

Doa dan tawakal ku harap mampu diteruskan untuk mengiringi usaha.

inshaAllah.



Daripada Filza

Gambar kat atas tu.

Semua manisan kan?

ha-ha..

Setiap kali aku dapat benda ni semua. Setiap kali itulah aku hilang kata-kata.

Coklat tu, cupcake, dan kek tu sampai pada aku kala aku nak something encourage me. senyum.

terima kasih. bagi aku benda sweet-sweet ni. i appreciate. always. senyum.

p/s: catatan post xde kait mengait dgn gmbr. aku mmg nak masuk gmbr ni dlm blog. cume tak pernah tertaip. ha-ha.