lama rasanya tak menaip diruangan ini.
"Wo hen mang.." = "Aku sangat sibuk.."
Alhamdulillah.
setelah bergelut dengan rasa tah hapa-hapa... aku masih jua mampu dan diberi peluang untuk bernafas hari ini. alhamdulillah.
kawan, hari ini hari Jumaat. Jangan lupa jadi pemuda al-Kahfi ya. inshaAllah.
ok. alhamdulillah sekali lagi sebelum memulakan taipan berkaitan tajuk entry.
*senyum*
inshaAllah, proses sekarang tengah update alamat dan nama kompeni-kompeni yang berkaitan dengan industri polimer kat area Melaka. Berbekal ilmu yang baru ditahap permulaan dalam bidang ini Polimer Getah dan Plastik ni... inshaAllah akan mula mencari 'tapak' dalam bidang pekerjaan kelak.
YA ALLAH, bantulah aku, kami, serta mereka dalam melaksanakan urusan kami untuk menjadi khalifahMu. Amin.
banyak juga kompeni yang aku jumpai di tanah air Melaka. Lebih daripada 10. MashaAllah.
dahulu aku pikir sikit sahaja yang ada di Melaka. tetapi ramai juga yang mempelopori industri ni di Melaka.
Antara nama namanya ialah:
banyakkan?
Allahuakbar..
gemuruh sungguh rasa sebab ini adalah 'first step' aku nak mengorak langkah sebagai pekerja. memasuki alam pekerjaan.
Allah...
terasa macam baru semalam terdengar motivasi ayah, motivasi ayah yang menceritakan harapannya kepada diriku. dan rasanya harapan itu juga sama seperti diajukan/diperdengarkan kepada anak-anaknya.
harapan ayah yang ingin menjadikan anaknya sebagai insan yang berbakti kepada agama, keluarga, bangsa dan negara. ya, ayah pernah memperkatakan juga (paling utama), semoga kami menjadi anak yang berguna.
ayah seringkali kata, tugasnya hampir habis kepada anak-anaknya. tempoh dia membesar dan menyara kami semakin tamat. *saat ayah memperkatakan ayat ini, sumpah hati aku bergeleng dan bergenang air mata.. sebab aku takut nak ke hadapan sendiri*
ayah, ayah seorang yang hebat bagi adek. sungguh, ayah adalah hero adek sedari dulu.
*senyum*
tidak kurang juga, teringat harapan mak. mak sentiasa ingin kami, adik-beradik, sentiasa jadi yang terbaik untuk diri sendiri. ya, mak pernah memperkatakannya. terima kasih mak..
sebelum melangkah ke fasa permohonan ini, persiapan psikologi diserapi daripada kawan-kawan sekelas yang mana daripada penerapan diploma sudi bercerita tips di alam industri.
terima kasih Siti, Ilya, Tini dan Farah.
cerita-cerita kalian memberi motivasi dan pencerahan macam mana untuk diri ini visualkan alam yang bakal kami masuki. sedikit sebanyak, cerita-cerita itu telah menambah jua rasa gemuruh dan takut tersalah pilih kompeni yang sesuai dengan diri ini.
moga Allah bantu. amin.
moga Allah permudahkan dalam urusanku memilih yang terbaik untuk diriku dan orang-rang sekelilingku. moga kami turut dan patuh melaksanakan perintahNya.
Allah...
No comments:
Post a Comment