Showing posts with label General. Show all posts
Showing posts with label General. Show all posts

Saturday, March 29, 2014

kembali belajar..

assalamualaikum;

alhamdulillah kepada yang Pemberi Nikmat pada hari ini, Allah memberi keizinan lagi utk jari-jari ini menyentuh papan kekunci... *senyum*

KEMBALI BELAJAR..



Round Pertama;

dari Pulau Sebang > Simpang Ampat > Alor Gajah > Tampin > Tol Simpang Ampat > Tol Ayer Keroh > Durian Tunggal > Kg Menggong > Hutan Percha > Pulau Sebang.

Round Kedua;

dari Pulau Sebang > Alor Gajah > Masjid Tanah > Kg Brisu > Simpang Ampat > Pulau Sebang

Round Ketiga;

dari Pulau Sebang > Tampin > Pulau Sebang
*belajar masuk parking lot*

Round Keempat

dari Palong 12 > Pasir Besar > ***lepas tuh lost aku ikut area mana > Pulau Sebang...

alhamdulillah,

Selepas 2 tahun tak pegang stereng kereta, ayah berjaya meluangkan masa menemani aku belajar balik untuk pegang stereng...

ayah mmg uji aku lah kot, dia duk intip gerak geri aku tuh melalui jelingan jer...
***mentang-mentang pemandu darat senior lebih 20tahun++

=="

ayah kata aku da boleh kawal stereng cuma dekat selekoh ada kekok sikit nak tolak-balas stereng tuh... ayah kata lambat tapi kawalan minyak okey...takde teguran sangat...
***benefit kawal minyak motor hari-hari kot sebab ulang alik dr rumah>tempat kerja>rumah, hihi, alhamdulillah

urmm...

dugaan paling besar ialah masa round keempat;
uih, hanya Allah je tau tangan aku kebas macam mana... jauh tuh... 80km++
Dugaan silau mata sebab senja itu.. uihhh.... cabaran kot...
lagi pulak ayah duga aku dgn skill mengelak jalan yg berlubang...<< ujian stereng katanya..

sharing ayah pasal ilmu memandu yang paling aku ingat ialah

DEFENSE!

"Apa yang jadi, mata dengan telinga mesti peka. Kalau tak boleh berhenti. Jangan paksa kemampuan diri sebab kadangkala kita tak tau kalau percaturan kita itu salah, maka terlibatlah kita dengan kemalangan."
Ayah, 2014.
Ayah juga ajar cara hilang bosan. Almaklumlah, bawa kereta auto ni dugaan paling kritikal ialah mengantuk sebab kita pijak pedal minyak n kawalan stereng jer yang mana menyebabkan kemampuan peka kita lari/longgr...

JADI;

ayah pun ajar aku untuk bermonolog...
ayah kata masa memandu otak mesti bagi amaran/input/mesej kat otak sedar kita supaya kita sentiasa peka.

Contoh;
Cerita jer situasi jalan raya kat diri kita sendiri.
Motor ada kat depan dengan lebih muatan dan dia kemungkinan mudah hilang imbangan jadi aku harus hati-hati dengan utamakan laluan kepadanya.

kereta dihadapan kawalannya tidak menentu, sekejap ketengah dan ketepi. Jadi aku mesti beri laluan kepadanya supaya tidak hilang kawalan.

huhuhu..

nak dijadikan cerita, semalam masa bawa motor aku praktikkan ilmu monolog ni.. hihi..


Kalian,
Doakan keselamatan kami di jalan raya yer dan juga, doakan aku mampu bw sendiri kereta dengan baik. insyaAllah.

"Hati-hati dijalan raya, ingatlah orang yang tersayang" 







Monday, February 17, 2014

Cabaran mengenali sahabat~

Assalamualaikum...

Semua orang dalam dunia ini inginkan hubungan yang baik. Tidak kiralah sama ada dengan keluarga, sahabat, pasangan sendiri atau hubungan dengan rakan sejawat...

dan dalam mencari kriteria hubungan yang baik... seringkali aku teringat akan nasihat ini... :)

Satu cara yang terbaik untuk mengenali sahabat adalah dengan bermusafir bersamanya. Dalam permusafiran segala-galanya akan teruji. Warna sebenar seseorang akan terserlah semasa menghadapi jerih perit sebuah pengembaraan atau perjalanan. Ketika inilah baru diketahui sama ada kenalan kita itu seorang yang sabar atau pemarah, pemurah atau kedekut, bertolak ansur atau mementingkan diri sendiri dan sebagainya.

Semasa Sayidina Umar mendengar seorang lelaki memuji-muji seorang kenalannya, beliau bertanya: "Engkau pernah bermusafir dengannya?" Jawab lelaki itu: "tidak perah". Lantas Umar berkata: "Demi Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia, ssungguhnya kamu belum mengenalinya!"

Bermusafir adalah cara terbaik untuk kita saling mengenali antara sahabat. Segala kesukaran, cabaran,, masalah dan tekanan akan menzahirkan "wajah" sebenar seseorang.



Saturday, July 27, 2013

kamera. candid. karekter.

Assalamualaikum.
Dear readers. senyum.

Dia memandangi aku dengan jelingan.
Fokus mataku masih pada kamera yang ditangan. Mengakali sesuatu. Memikir ‘angle shoot’.
“Hah! Adeq ko jangan nak snap gambar tah hapa-hapa yer. Please. Don’t candid me.”

Ha-ha.

Kepala: Memang aku nak candid kau pun.

“Suka hatilah pun nak candid. Bluek!”

“alah dia  ni………………”

Redha sajalah. Belajar redha, okay?
******
“Mama, nak candid. Jangan lari tau. Hek3.”

Snap!
Muka ternganga.
Tak sedia.

Gelak. Aku yang gelak.

“heishhhhh,” Ama mengeluh. Terkena lagilah tuh.

*****

“Kau ni tak gelak pegang kamera tak boleh ke? Ni mesti ada gambar aku tak senonoh dalam tuh kan? Heish..”

“Amiklah. Amiklah cepat.”

“Adeq nak gambar…”

Kehkeh..

Akal bekerja.

Aku balas “Jangan diminta aku ambilkan gambar. Tak pernah menjadi punya.”
Tangan skrol lagi ‘display picture’ kat skrin kamera. Cun. Puas hati.

*****

Santai.

“Mama, kenapa tak kasi aku snap candid. Sedih aku. Betul ke kau marah aku amik gambar kau?”
Dia jawab, “Bukan. Kau tuh snap gambar aku yang tah hape-hape je. Mana aku nak kasi. Kadang-kadang aku tengok gambar tuh ternganga lah. Mulut tak betul lah. Mata sepet and tah pape lagilah… buang jerlah”

“Sebab tuh jer? Tau tak aku merakam ‘natural beauty’ kau? Aku jarang tengok kau ‘face to face’. Kadang- kadang kalau ‘replay moments’ aku tak tengok gambar yang kasual dan cantik. Aku tengok gambar yang candid. Hanya dengan cara ni jer aku hargai semua memori tuh. Jadi kadang-kadang kalau tengok semua gambar tuh. Aku rasa kau ada kat sebelah aku buat semua kerja gila tuh. Bila jer lagi kau duduk sebelah aku nak buat semua ni? Tengok tuh. Gambar kau menganga besar. In natural way. In my own view. You look so happy and young. I love it. My rate 5/5. Thumbs up." Senyum.

Diam.
*****

#PecahKarekter.

Bukan senang ada masa nak tilik sikap semua org yang kita sayang.
Bukan semudah itu nak menilik sikap semua orang yang ada kat sekeliling kita. Mereka semua tiada masa langsung nak membiarkan diri mereka ditilik pun. Melainkan kita sendiri yang meluangkan masa memerhati kisah hidup mereka. Memahami dalam diam tanpa penambahan perasa dan tanpa nafsu yang membuak untuk jadi pengolah cerita mereka.

Diam. Memerhati.

Ini adalah sebaik-baik cara untuk menafsir sikap sesorang selain berdialog dan diskusi. Meskipun cara ini memakan masa. Meskipun cara ini memerlukan kesabaran tetapi tetap sajalah bersabar. Senyum.
Pecah karekter bukan aku gunakan kat Ama saja.

Kat Filza.

Kat Fitrin.

My own family member. Ayah, Mak, Along, Angah, Diba, Ahul, Akak and kerabat.

Dan kat sape-sape jer aku guna akan guna method pecah kareter ini. Candid!

Scene dialog diatas itu hanya contoh. Dimana aku maksudkan melalui pengamatan aku tentang karekter orang melalui gambar candid. Aku mencari karekter kamo semua melalui gambar. Siapa faham jiwa fotografer mungkin akan faham macamana sesuatu gambar itu berbicara.

p/s: MAMA kalau kau baca post ni, maaf yer aku guna nama kau. Tapi kalau kau ingat ayat-ayat itu pernah kau jerit kat aku. Cuma dialog aku yang aku explain kenapa aku suka amik gambar candid tuh aku reka kat sini. (touch up je sebahagian daripadanya aku pernah cakap dengan kau. Kalau kau ingat…….. #senyum)

Entah.

Bagi aku, aku amat mendukung kata-kata ahli-ahli ilmuan dahulu (maaf lupa sumber). Dimana dia kata,
“Kalau nak kenal sahabat kita. Bermalam dengannya lebih daripada 3 hari. Mengembaralah dengannya dan ujilah kesabaran dan kemarahannya terhadapmu kerana sikap manusia itu tidak mampu ditapisi apabila melebihi 3hari.”
Dalam 3 hari.

Apa kita perhati?

Habit dia seperti cara makan, tidur, mandi dan lain-lain.
Kegemarannya dan kepantangannya.
Kemarahannya
Kesabaranya.
Cara dia bercinta.
Dan ketakwaannya dalam beribadat kepada Penciptanya.

Apabila dapat pakej pemerhatian ini maka lengkaplah sesi ‘taaruf’ iaitu sesi pengenalan. Aku cakap begini bukan apa. Sebab aku dah bercampur dengan pelbagai karenah orang tapi sahabat sendiri amat jarang nak ada peluang dan apabila dapat sekali terasa macam dapat bonus. Hal ini kerana, kita boleh jer tidur kat sebelah ‘stranger’  lebih daripada 3 hari tapi itu belum pasti kita dapat mengenalinya. Belum pasti sesi taaruf itu berjaya. <<< make sure same gender ok?!

Kenapa sesi taaruf tak berjaya?

Mungkin sebab kita tidak berdialog. Kita hanya tidur sahaja disebelahnya dan enggan ambil tahu kisah hidupnya. Itu pasal gagal!

Poor on me. I have been through this awkward moment almost 1 years. Hihi. So I know how to give the cold shoulder to the person. Haish! Masa ni memang zaman EGO aku memang jahil sikit bab-bab ukhwah. So sad.

So, kawan-kawan.
Apabila pecah karekter dah berlaku kita kenal suiz hatinya. Apabila pecah karekter dah berlaku kita senang nak sentuh sisi kebaikkannya.
Senyum.

Kak Atiq pesan, “Kita mesti melihat setiap orang daripada sisi kebaikkannya baru jumpa suiz nak sentuh hati untuk mengajak kebaikkan kepadanya.”
Aku sambut nasihat ini.
inshaAllah~

#Syurga Allah itu mahal.
Sekian.


Saturday, February 18, 2012

....i dont want be so bored~

salam...
kalian... aku masih lagi dlm mood cuti...
tapi aku merasakan ari ni aku bakal menjalani hariku tanpa wat pape...

seyes..dr tadi...
keje aku mbelek dan membaca ttg perkara genre 'i think u should know this'~

oyeah...
pada mulanya agak terhibur krn berjaya menmbah sesuatu yg aku tak tau ttg dunia maha luas ni di mana terdapat pelbagai ilmu yg kita tak tau...
dunia ni terdapat macam2 benda pelik....semua tuh Allah jadikan untuk kita supaya kita mmpu berpikir ttg kejadiannya...krn tiada apa yg terjadi di bumi ini berlaku tanpa izin nya...

dan tadi aku tbaca ttg perkara yg kita tak tahu di Afrika..dan amazing picture dr dua sumber iaitu.. (korg klik jer link tu)

~Fakta Menarik Tentang Afrika
~Amazing Nature
~Fakta Mengenai Tubuh Manusia

mmg hobi aku mcari trivia2 yg best..supaya aku sedar... setiap kejadian tuh ada alasannya tersendiri...
kenapa? bagaimana? mengapa?
soalan ni selalu berpusing kat kepala aku bila terbaca...sebab aku tau kejadian Allah itu sebaik2 kejadian... Dia sentiasa ada alasan mengapa Dia mencipta sesuatu perkara itu...

so back to our life...
kadang2... benda/peristiwa yg terjadi kat diri kita..kita selalunya tak dpt menterjemahkan maksudnya...
dan perkara ini dipanggil hikmah...
sebarang kejadian yg tak terduga...berlaku di luar 'kotak' kemampuan kita sebenarnya adalah hikmah Allah... dan takdir Allah itu adalah sebaik2 sifat..krn Dia yg mencipta kita... dan Dia lagi Arif ttg apa yg Dia lakukan...

subhanallah~
sila rujuk surah al-Baqarah ayat 286:
(yg bermaksud) Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

aku terlalu suka ayat ni...
sebab bila aku sedih..bila aku tak mampu wat apa2..
aku selalu ulang ayat ni...seakan ia pemanis kepada setiap kepayahan yg Dia suruh aku pikul...
kalu kita mampu revealkan hikmah setiap satu kejadian tuh...kita akn tersenyum tak sudah...

krn..
Allah sentiasa mengetahui setiap satu2 perkara ke atas kita.. -ayat ni motivasi aku yg pertama tiap kali aku terasa goyah....

erm..
terima kasih kak Imann..krn ajar saya ttg perkara ni...huhuh

ok..
wassalam..

agar pengongsian ni mmpu memperbaiki diri kita lebih baik~

Saturday, November 26, 2011

not related..

baru habis bace pasal kisah hidup Mustapa Kamal Attaturk...  (camel betul!!) ~taknak taruk pic dia...nnt makin myumpah aku...cr sndr k dr 'Mr G'..

k..jgn elobarate pasal kisah org yg takder kat cni pjg2...lg2 aku bkn sezaman dia...tapi aku nak gtau..aku mulai mnanamkan rase benci kat dia...

pasal apa??

hohoh...dialah pemusnah kgemilangan Sistem Khalifah umat Islam..dimana...Sistem yg amat digeruni oleh pemimpin2 kafir kat luar saner... sori, aku bkn phasut kejahatan...tp bila dah dewasa ni...tetibe terase tsedar...yg kita 'bertuhan' sistem demokratik sgt...shgga mgabaikan perintah Allah dgn memisahkan perihal dunia dan agama... (terkesan dgn isu assignment CTU...yg tajuknya.'pengaruh barat thadap ummah Islam kini')

dan..tokoh yg diagungkan sistem demokratik barat ni lah...pcetus segalanya...
so, umat islam...wajib mbenci dia...
huhuhu....

ermh~ sumber pasal Attaturk ni aku ce dr blog org..
sori..baca blog jer..mls nak retype balik...

so, moga2 tulisan TEME kat temeritity ni kasi info skit kat korg ttg perkara yg aku tulis ni...dan moga2 penulis ni benar lah sumbernya...sebab apa yg aku dpt info dr uztaz F. tak lari byk pon apa yg dia cer kat page dia..herm...

so...kesimpulannya kat sini...

bila jadi pemimpin...
ia bkn sekadar urusan kita dgn society...
tapi ia juga mlibatkan urusan kita dgn amalan kita...
dan melibatkan kita dgn keredhaan Allah...
seterusnya...kredit kita utk dpt tiket kesenangan di akhirat kelak...
so, jgn ingat jadi pemimpin ni...kerja memantau org n meraih populariti dunia...~harap disimpangkan perkara ni dr diri kita semua~..sebab...tanggunjawab pemimpin ni..besar..krn mgalas amanah Allah kpd kita sbg khalifah di dunia ni...

jgn jadi pemimpin yg buta dunia...
nescaya...Allah tutupkan pintu hati kita..
utk melihat dunia akhirat..
nauzubillah...
minta dijauhkan dr kita semua...
amin..

dlm proses mengingati diri sendiri ttg menjauhi perkara lagha...insyallah...


p/s... aku tak tau brp ramai bace post pasal 'monolog hati' ( yg diposkan pada hari rabu lps kalo tak silap )..... (tak payah cari...aku dah revert sbg draft...aku harap korg tak salah fhm k...mase tuh luar kawalan emosi...hahhahah)
~mengeluh..."there is no return back when u have said bad thing that can make inconvenient to your friends..." so..im sori..aku manusia biasa...yg kalah dgn emosi sbg perempuan kadang2...hahha~



k wassalam...jgn lupa tingkatkan shm akhirat yerk...    ^^
bye..