Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Sunday, August 17, 2014

Maksiat VS Dosa

Diri ini pernah mengangkat tangan dalam kelas suatu tika dahulu, "Ustazah, apa beza dosa dan maksiat?"

Ustazah jawab dengan lancar setelah beri satu pandangan yang menyakinkan itu soalan yang mudah baginya, "Maksiat itu apa jua jenayah yang manusia lakukan dengan sengaja ataupun tidak dengan melanggar segala perintah Allah."

Lemparan senyuman. Seakan-akan mempersoalkan kefahaman aku.

Lalu, penjelasannya bersambung, "Kita ni, sama ada lupa secara sengaja ataupun tidak meninggalkan solat tuh jenayah, meninggalkan puasa pada bulan Ramadhan itu jenayah dan apa lagi?"

"Merompak?," aku sahut secara spontan.

"Ya, merompak itu jenayah. Secara umumnya kita tahu merompak tu memang tak boleh sebab memberi kerugian kepada orang lain. Tetapi, yang saya nak tekankan ni, kita ni lupa dan kategorikan secara pisahan antara jenayah dan maksiat. Ia benda yang sama. Apa yang Allah tidak suka kita lakukan, larang sekeras-kerasnya sebenarnya menurut fitrah manusia. Manusia jua tidak suka jenayah/maksiat itu berlaku dalam kehidupan kita. Umumnya, kita nampak jenayah itu merompak, merogol, mencuri, menyamun, membunuh dan sebagainya. Tetapi, larangan Allah terhadap jangan tinggal solat, jangan tinggal puasa, jangan derhaka. Kita lupa sebab jatuhan hukumannya tak nampak berbanding dengan merompak, merogol dan membunuh?"

"Ho, patutlah hukum hudud itu ada?"

Ustazah senyum, "Hukum hudud itu hukum Allah. Segala maksiat yang Allah larang kita lakukan dah ada hukumannya di dunia mahupun di akhirat. Kenapa kita tak lakukan? Sebab ada pemerintah yang tak mengintirafkannya. Saya tanya kamu. Negara kita ni, negara Islam ataupun tidak?"
Dengan yakin aku jawab, "Negara Islam sebab dalam perlembagaan kata."

"Awak yakin? Macamana dengan pelaksanaan?"

Aku terdiam. Mulai meragui jawapan aku tadi. Namun ustazah membiarkan aku dalam persoalan itu. Ustazah seolah-olah yakin aku mampu memikirkannya. Ya. Aku tahu jawapan itu dan aku diam sendiri.

"Dosa pula adalah kesan jika kita melakukan maksiat ataupun jenayah."

"Maksiat hati dan mata pun jenayah ke ustazah?"

"Ya."

Jawapan ustazah yang pendek ni membuatkan aku mencari jawapan penuhnya sepanjang hidup aku selepas itu.

Maksiat hati tamsilnya boleh dilampirkan seperti memikirkan seseorang sehingga kita leka tanggungjawab kita kepada Allah dan agamanya. hati kita lalai memikirkan asyik masyuk tentang sesorang. Lagi-lagi kalau yang dah bercinta sebelum ijab. Allahu. 

Ia maksiat rakan-rakan. Dan Allah tak suka.

Peringatan ini dilampirkan untuk diriku sendiri dahulu.

Maksiat hati pula seperti menonton aurat orang yang ajnabi atau bukan mahram bagi kita. Kita senang-senang je melakukannya sebab kita tak pernah pun dapat surat saman daripada polis yang menyatakan RM300 kerana melihat aurat sipolan-sipolan pada hari dan waktu sekian-sekian. 
Hamboi, kalau tiapkali surat saman sampai. Aku rasa hidup aku akan sentiasa pandang tanah atau mendongak ke langit sebab tak mampu bayar saman nanti. Allahu, miskinnya aku. Allahu, ampunkan aku. 

Itu pasal dosa mata ni Allah denda melalui kurangkan nikmat beribadat kepadanya. Kalau kita punya kesukaan suka melihat sesuatu yang bukan hak kita hati kita akan hitam. Kita akan malas untuk beribadat.

Ustaz Kazim Elias pernah kata, "Jangan diendahkan setompok hitam kat muka kita tetap risaulah tompok hitam pada hati kita sebab Allah tak menilai pada rupa kita tetapi pada hati kita."
SubhanaAllah, pemurahnya Allah. Allah sangat mencintai hambaNya kawan-kawan.

Ayuh, menjadi hambaNya. Biiznillah.

Allahu.

Panjangnya refleksi al-Waqiah hari ni. Alhamdulillah. 
Al-Waqiah menceritakan perihal Hari Kebangkitan. Gerun serta menakutkan.

Moga-moga hati sentiasa ingat apa yang aku taip ini. 

Allahumma, Amin. 

***********

by Ary Kasya
17082014 | 2033H

Monday, February 17, 2014

Cabaran mengenali sahabat~

Assalamualaikum...

Semua orang dalam dunia ini inginkan hubungan yang baik. Tidak kiralah sama ada dengan keluarga, sahabat, pasangan sendiri atau hubungan dengan rakan sejawat...

dan dalam mencari kriteria hubungan yang baik... seringkali aku teringat akan nasihat ini... :)

Satu cara yang terbaik untuk mengenali sahabat adalah dengan bermusafir bersamanya. Dalam permusafiran segala-galanya akan teruji. Warna sebenar seseorang akan terserlah semasa menghadapi jerih perit sebuah pengembaraan atau perjalanan. Ketika inilah baru diketahui sama ada kenalan kita itu seorang yang sabar atau pemarah, pemurah atau kedekut, bertolak ansur atau mementingkan diri sendiri dan sebagainya.

Semasa Sayidina Umar mendengar seorang lelaki memuji-muji seorang kenalannya, beliau bertanya: "Engkau pernah bermusafir dengannya?" Jawab lelaki itu: "tidak perah". Lantas Umar berkata: "Demi Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia, ssungguhnya kamu belum mengenalinya!"

Bermusafir adalah cara terbaik untuk kita saling mengenali antara sahabat. Segala kesukaran, cabaran,, masalah dan tekanan akan menzahirkan "wajah" sebenar seseorang.



Sunday, September 22, 2013

LDK 7 : Kenegaraan

Appreciation.

Penghargaan.

Belajar untuk menghargai memerlukan masa. Mungkin seumur hidup ini diperlukan untuk memahami konsep menghargai.

Menghargai dengan ikhlas.

Ilmu ikhlas sampai mati perlu sentiasa diulangkaji.

Tadi ada Latihan Dalam Kumpulan, LDK Kemahiran Insaniah a.k.a K.I di FSG.
Hari ini punya LDK agak menarik sebab dapat kumpulan yang dinamik dan fasilitator yang matang dan memahami apa yang diajar dalam penyampaiannya.

Alhamdulillah.

Terima kasih Pn. Junaidah Jamal, HSE Consultant a.k.a Alumni UiTM SA, FSG.

Apa yang nak diceritakan tentang hari ini ialah bengkel yang dijalani oleh kami hari menyuntik satu kesedaran mengenai perihal penghargaan.

Alhamdulillah. Terima kasih Allah.

PALACE
'PALACE' direka sebagai negara baru dengan 'wang suntikkan' sebanyak RM1j. Inspirasi nama 'PALACE' adalah atas negara PALESTIN. Negara ini merupakan impian kami. *aku berharap ia menjadi kenyataan*

Unsur dakwah.

Alhamdulillah...

'PALACE' adalah negara yang berkonsepkan ISLAMIK. Dimana MASJID dijadikan pusat tumpuan ramai. Banyak urusan dilakukan disana. Antaranya, pusat ekonomi dan perdagangan, pusat ilmu dan pusat dakwah. Konsep ini adalah ingin mengembalikan fungsi masjid. Masjid bukanlah sekadar tempat tumpuan untuk beribadat secara rohaniah semata-mata tetapi masjid adalah tempat dimana semua perkara tertumpu. Bukan sebagai kemegahan dan simbolik negar tetapi itulah, kita semakin lupa fungsi utama masjid. kan?

'PALACE' mempunyai hasil bumi yang melimpah ruah kerana dek rahmat Tuhan. Seoptimum mana seharusnya sebagai cendiakawan yang cerdik pandai adalah pengerak dan pemangkin bagi membentukkan sebuah negara yang dinamik dan dihormati serta bermaruah.

Penyampaian dan perkongsian yang santai tetapi apabila disebut Palestin, hati tersentuh tiba-tiba. :(

Aku suka ayat 'PALACE adalah inspirasi PALESTIN'.

Moga Allah redha dengan pembentangan kami. Moga hati kami sentiasa ingat untuk berjihad bersama mereka. Biiznillah.

 


Terimakasih kerana memberi respon positif tentang diri ini.

KAWAN-KAWAN.

Tadi 'ice-breaking' kat bengkel... for '1st impression..' they tell me a little thing bout me. thanks.

SEBELAH kiri: LDK K.I Kenegaraan
SEBELAH kanan : Program SAHABAT SURAU.

Alhamdulilah.

moga diri ini istiqomah dalam mengekalkan ciri-ciri positif ini. inshaAllah.

Sunday, July 28, 2013

Ramadhan 2013

Assalamualaikum kalian.
Macamana puasa hari ini?

Harap mampu diteruskan. InshaAllah sampai ke akhir.
Alhamdulillah, hari ini dah hari ke -20 kita berpuasa. Dah masuk fasa 10 malam terakhir. 10 malam terakhir ini kita digalakkan merebut malam lailatulqadar. Malam ini adalah ganjaran yang terbaik kerana dijanjikan pahala seumpama 1000bulan. Besar betul ganjaran ini kawan-kawan. Marilah kita sama-sama merebutnya lantas menjadi ummah yang beruntung. InshaAllah.

Alhamdulillah ini adalah Ramadhan yang ke-2 ku menyambutnya dalam kesederhanaan bersama keluarga. Kalau dahulu Ramadhanku agak meriah dengan makanan yang beraneka di atas meja. Air yang berjenis-jenis sampai kembung perut dan rasa agak sendat selepas berbuka tetapi sejak 2 tahun ini kami berbuka dengan apa yang ada sahaja bersama dengan keluarga. Bagiku cukuplah Ramadhanku tanpa pembaziran. Aku tidak mahu membazir kerana terlalu ramai saudara seiktikad denganku tidak mampu berpuasa dengan senikmatku. Ada sahaja dalam kalangan mereka yang tidak cukup makan pakai. Hidangan untuk berbuka dan bersahur hanya seteguk air.

Sekadar air kawan-kawan.

Kita?

Kita ini dilimpahi nikmat.

Kadangkala membazir dan semua lauk dibiarkan terbuang. Adakah puasa kita hanya memikirkan nikmat makanan sahaja kawan-kawan?

Kadangkala puasa kita ini hanya menjadi sesuatu yang dibudayakan. Puasa itu hanya diisikan dengan lapar dan dahaga. Pengisian jadual harian penuh dengan tidur dan aktiviti yang lagha. Beginikah kita mengisi Ramadhan kita? Hanya  dengan penat dan keluhan.

“Aku penat.”“Aku lapar.”“Aku haus.”“Aku mengantuk.”

Sepanjang hari ini sahaja yang kita luahkan. Kita tidak langsung memikir kebesaran Ramadhan. Kita langsung tidak muhasabah diri kita. Kita langsung tidak meletakkan situasi kita kepada nasib yang kurang bernasib baik. Kita hanya tahan LAPAR & DAHAGA dan ini adalah perkara yang sia-sia dan merugikan, wahai kawan-kawanku.

Dimanakah kita letakkan makna Ramadhan?

Dimanakah kita letak kemampuan diri untuk mengejar nikmat Ramadhan?

Adakah hanya di bazar-bazar dan senarai makanan?

Adakah hanya di katil?

Adakah hanya dengan kerja perihal dunia semata-semata?

Adakah hanya dengan keluhan dan demi keluhan?

Mana kesedaran kita?

Mana?

Pernah tak kita cari?

Pernah tak cuba cari makna pengisian Ramadhan?

Pernah tak kita cuba kawan-kawan?

Tanyalah diri kita sendiri kawan-kawan kerana hanya diri kita sahaja tahu siapa diri kita.

Jangan dijadikan Ramadhan ini hanya sesuatu ‘benda’ yang datang dan pergi sahaja kawana-kawan.

Di Syria, Mesir, Gaza dan merata-rata lagi saudara kita ada yang menyambutnya dengan bersahur dan berbuka dengan darah dan mayat.

Kita?

Makanan?

Ini sajakah?

Mana doa kita untuk mereka?

Mana sifat perjuangan kita untuk Allah?

Mana?

*semua pertanyaan ini dituju khas untuk diri aku sendiri*

Disana, para ibu menyiapkan kelengkapan senjata untuk anak-anak mereka untuk berjihad. Kita kat sini?

Kita lemah bukan?

Sedar tak?

Kerana terasa diri masih terbatas aku merasa sedih.
Aku harap aku hanya mampu memperbaiki diri aku untuk lebih baik. Mengajak kebaikkan dan melaksanakan kebaikkan. Sebab aku sedar aku alpa.

Nasihatku, jangan diisi Ramadhan dengan lapar dan dahaga sahaja. Ini masa kita muhasabah untuk menjadi hambaNYA.
Nasihatku, carilah makna Ramadhan dalam diri kita.
Nasihatku, berpuasa dalam bulan Ramadhan bukan budaya masyarakat ia adalah satu rahmat Allah. Kejarlah ia kerana Ramadhan dah makin laju memacukan lariannya.
Masih belum terlambat. Masih belum terlambat mencari kemanisannya. InshaAllah.

JANGAN JADIKAN RAMADHAN BUDAYA kerana dah terlalu banyak perihal Islam di Malaysia yang dibudayakan.

JANGAN JADIKAN RAMADHAN HANYA SEMATA-MATA UNTUK MERAIKAN AIDILFITRI kerana ia bukan target utama RASULLUALLAH dan para sahabat.

RAMADHAN DAH SEMAKIN LAJU MEMACUKAN LARIAN.

ADAKAH KITA SEDAR?

“jangan dikejar perihal dunia terlalu banyak, kita dah lama leka.jangan dikejar nafsu terlalu rakus, kita da lama kalah.jangan dikejarkan lailatuQAMDAR kerana lailatuQADAR sedang menunggu. tetaplah pada bonus-bonus RAMADHAN.kejarlah nikmatnya kali ini.
inshaAllah”~ Ary Kasya.

p/s: nasihat utk diri sendiri.

#ubah


AYUH #UBAH #RAMADHAN #INSAFKU…


Tuesday, July 23, 2013

Spirit warrior...

Assalammualaikum..

ini adalah momenta ayah memberi wish Goodluck kepada ku utk paper sem 3...

believe me..
im cried like a baby...


#thanks ayah.

#1st


#2nd


aku nangis bukan sebab ape...
sebab takut dgn diri sendiri tak mampu buat sehabis baikkk..

takut tak mampu..

semester 4 sangat susah..

tapi apa nak diherankan..
ramai jer student lain lagi susah.. <<< ayat pemujuk hati

so ni kesusahan yang aku rasa..

no story longer..

i know everybody have own part to pass through journey as student..

so ignore my story..

:)

semangat drp ayah sgt2 diperlukan..

minggu exam ni aku tak bercakap dgn ayah pun..
wlpn rindu.

sebab aku tak sggup tipu ayah..

ayah mesti tanya...

"paper macam mana?"
"anak ayah kan hebat mesti dpt buat punya. betul tak?"

mana blh aku jawab jujur..
habis jer paper..
aku murung..
paper susah ayah..

tak nak menipu so aku just text ayah and mak bila 2 jam sebelum masuk hall..

Alhamdulillah..

Allah bagi saya ibu bapa yang hebat..

satu jer pengharapan aku.

aku harap aku lepas sumua paper..

dgn pointer aku tak jatuh below 3.0..


doakan utk aku..
inshaAllah~






Sunday, July 14, 2013

Sedekah + Quran

Assalamualaikum.


lps subuh selalunya menjadi waktu muahasabah bagi aku kala aku jadi perantau.
lps waktu subuh aku selalu termenung utk menunggu matahari mlabuhkan cahayanya di bumi perantauan aku ini. Alhamdulillah tanah perantauan aku masih lagi bumi Shah Alam.

Alhamdulillah~

waktu lepas subuh tak baik tidur balik sebab Nabi tak suka. jadi aku cuba bersungguh2 didik diri aku tak 'collapse' diri aku balik lepas bnr2 subuh... terasa Nabi mcm taknak kawan aku... jadi kalo tertidur lajak... aku akan termenung. sedih sebab tak mampu lawan nafsu. :)

ok..

jum cuba baca pengongsian aku...

aku teringat kata-kata ayah;

"harta itu bkn milik kita. guna sehabis baik. ia bukan utk digenggam. ia bukan dibiarkan selonggok. apalah sgt duit dan harta berbanding kasih sayang?"

hurm..

harta.

apa sgt harta yg aku ada?

yg ada pun duit PTPTN. alhamdulillah masih ada lg berbaki.

setakat ni aku selalu pujuk diri aku kalau sedih atau gembira ringankan tgn sedekah.
memberi kemanisan kpd org lain. memberi peluang kepada org merasai nikmatNya yg mungkin merekatidak mampu merasai dgn usaha sendiri...

istilah situasi ini ialah sedekah.

sedekah adalah cara paling mudah utk meningkatkan saham akhirat.
sebab sedekah guna konsep Multi Level Marketing, MLM.
sekali kita labur ia akan bergerak macam air... kita selalu dpt % kita. masuk terus dalam akaun kita.

:)

subhanaAllah.

syarat ia satu je...
iaitu IKHLAS..

byk manfaat sedekah ini.

antara yg menjadi motivasi aku utk jadikan sedekah sebagai habit aku ialah;

"sekali kita sedekah. kita akan dapat imbuhannya 10x ganda."

apalah sgt harta yg kita pegang kat dunia ni.
semua akan akan jadi debu.
harta dunia kalo digenggam sgt akan pengarui jadi hamba yg menyombong.
dan org yg sombong adalah golongan org2 yg rugi. Allah tak suka. bahkan Allah campak golongan ini ke dalam Jahim. ada dalam ayat Quran. apa jua tertera kat Quran adalah janji2 Allah.


nauzubillah.

harap kita tak termasuk dalam golongan ini. amin.

kawan2.
yg seiktikad dgn ku..

aku seru.
bacalah Quran.
jadikanlah ia habit kita.

sehari sekali 1page pun jadilah.
sehari pandang2, jeling2 kat Quran.
kalau tak terlintas nak amik n baca.... kutuk diri sndr...

kutuk yg sekutuknya krn malas nak memBACA....

sebab apabila kita putus nafas kelak.
kita akan termasuk dalam golongan yg rugi kalau tak didik diri kita.

jangan jadikan diri kita rugi.

nauzubillah.

byk perumpamaan betapa manisnya org yg mengamalkan Quran. secara konsisten..
antara Quote yg jadi favourite ialah;

"AYAT Quran itu ada penjaga bg hati2 yg baik. ia diibaratkan air sungai yg mengalir. pembersih hati yg kotor dan tidak tenang. apabila dibaca berulang-ulang maksudnya kita cuba membersihkan hati kita. dahulu hati jahil. tapi sekarang asyik sedar jer... inshaAllah..."

bacalah.
bacalah dgn lidah yg ringan.

bacalah.
pujuklah hati agar menjadi tenang.

bacalah.
sebab Allah suka.


sekali kita pujuk diri kita buat kebaikkan..
itu bermakna kita dlm proses jihad.
kita berjihad melawan nafsu diri yg membawa kita kpd kerugia...

inshaAllah..

moga ada keberkatan..

:)







Friday, April 12, 2013

Petunjuk~


Istikharah?

Solat istikharah.. herm..
aku bukan pengamal tegar solat ni  tp bukan bermaksud aku tak pernah bgantung pada istikharah dan tak pernah melakukannya dlm setiap kecelaruan membuat pilihan atau kecelaruan yg tak keruan.

Ada byk jer sebab kenapa manusia membuat istikharah.
Dan SEBAB paling utama ialah berkaitan dengan jodoh.
Dulu.. aku dah salah tafsir juga pasal method istikaharah ni. Aku dengar org selalu kaitkan dgn jodoh.. jadi ia taklah sgt penting utk dlm hidup aku. *aku mmg jahil agama dulu kalo bab solat sunat ni, nauzubillah*

Tapi Alhamdulillah,

Dengan pendedahan yg banyak, pencerahan minda melalui medium pembacaan. Aku faham sudah tujuan solat istikharah ni.

Solat Istikharah ialah salah satu cara kita meminta petunjuk kpd yg yg Maha Pembuka. Kita dah meletakakkan salah satu ikhtiar dlm gerak kerja kita ataupun dlm pemilihan kita kepada yg Mencipta kita.

inshaAllah.
Pengamal solat istikharah akan dipermudahkan urusan dlm membuat pilihan yang sukar.
Ingat ia bukan berkaitan dgn JODOH semata-mata.
Istikharah adalah harapan kita supaya diberi pilihan yg tbaik dalam setiap perkara yg mendatangi hidup kita.
J

Jawapan istikharah tak semestinya hadir dlm bentuk mimpi.
Ia boleh dtg dlm pelbagai bentuk..

Contoh,
Dlm pengalaman aku, selepas aku mlakukan istikharah aku minta pada Allah agar fikiran aku tak diganggu sgt dgn apa jua perkara yg aku istkharah tuh. Aku minta Allah jadikannya secara natural. Jawapan itu datang dlm keadaan yg aku tak sedar pun.

Kadang2 memang aku tak tipu petunjuk itu hadir dlm imej mimpi.
Tp pelik aku hanya akan berfikir pasal mimpi itu sesudah peristiwa itu berlaku. Dan aku akan tersenyum. Manisnya cara Allah. Allah biarkan aku lakukan dgn caraku dgn bimbinganNya. Alhamdulillah.

selain itu, penanda yg manis pernah mendatangi aku…
Setiap urusanku dipermudahkan. Alhamdulillah.
Memang ada kesukaran, tp kesukaran yg mendatang tu tak pernah menyusahkan. Herm…

Hati tenang.
walaupun padat dgn pelbagai isu. Multitasking event yg memenuhi pundakku. Tp urusan itu semua berlalu dgn mudah. Seolah-olah ada ‘tangan’ yg tolong mengalih semua kelelahan bekerja.
 subhanaAllah. Terimakasih Allah.

So, klonkusinya…
lakukanlah istikharah dlm apa jua isu.

terutama, sebagai pelajar ni… rajin2 lah wat…

tak kira waktu.

kalo tak sempat dlm sepertiga malam.

buatlah bila2 pun…

berdoa sungguh2 dgn hati yg penuh bertawakal.

diselit juga dgn solat sunat hajat , taubat dan tahajud.
kerana solat2 inilah pemantap setiap pilihan dlm hidup kita.

kalau tak dpt apa2 sign.
teruskan usaha. inshaAllah, Allah sgt rapat dgn kita. Dia pemimpin hati kita yg hebat kalau kita selalu ingat padaNya.

Dialah penjaga hati-hati kita. Jadi biarlah Dia yang mengetahui dlm setiap urusan kita dan setiap masalah kita..

Oleh itu..
JANGAN sesekali lupa neh… update status kita kat Allah setiap kali lepas solat…
walaupun sekadar nak bgtau :

“Saya penat, Ya Allah… hilangkanlah penat ini”
“Saya sedih Ya Allah… hilangkanlah sedih ini”
“saya gembira ya Allah… berikanlah kegembiraan ini kepada org sekelilingku jua…”

mintalah apa2 jua..
Allah Maha Pendengar dan Memahami.
Maha Kaya dan Maha Pemurah..

J

p/s: udah2 ler tu update status kat FB/Twitter utk tarik perhatian org.. Allah jeles tau.. tu pasal byk sgt cubaan yg mendatang sebab Dia nak tau siapa yg kita letakkan dlm hati kita bila ada masalah. Nauzubillah.. jgn minta Allah jeles dgn perbuatan kita kawan2..
bina gap setingginya drp status yg lagha kat FB/Twitter ataupun kat medan social mana2.
Allah tak suka kita mengadu-domba kpd org lain… minta aja padaNya…
J

pesanan wat diri sendiri jua~


waAllahualam...


:)




wassalam.




Saturday, March 23, 2013

Senyum krn Allah



Assalamualaikum,

Erm, ni dah habis minggu ke-3 utk semester kali ini iaitu semester ke-4.
Alhamdulillah kepada Tuhan yg memberikan kesempatan kepada aku utk terus bernafas dan melaksanakan peranan aku sbg anak, pelajar, dan kawan-kawan kpd komuniti yg terlibat dalam diari harian aku.
Alhamdulillah masih sihat walafiat.

Alhamdulillah utk masa yg dipinjamkan kepadaku utk mengecapi segenap ruang dan waktu utk aku mengenali diriku dan Penciptaku.

Terimakasih atas segala anugerah ini Allah.

J

Mengukir senyuman tanpa sebab amat mudah.

Mengukir senyuman dalam kepayahan, adalah sesuatu kekuatan.

Mengukir senyuman kepada insan yg memerlukan adalah sedekah.

Senyuman adalah salah satu komunikasi yg hebat kawan-kawan.
Ia tak perlu diterjemahkan.

Cukuplah andai kita sendiri tahu kenapa kita tersenyum.

Senyumlah.
Walaupun ia payah.

Senyumlah.
Walaupun kala itu hati meronta payah.

Senyumlah.
Walaupun seribu kekuatan dan dalih/helah terpaksa dilupuskan.

Senyumlah.
Kerana…
 Senyuman dengan merasai rahmat Allah.
Senyuman dgn menyakini Allah menemani.
Terasa diri lebih dipelihara.

Allahu.
Hebatnya Allah.
Terima kasih Allah.
Akan dilatih diri ini sentiasa mengucapkan ucapan ini.

p/s:
Terimakasih Allah kerana menjagai insan-insan yg aku SAYANG dengan menganugerahkan kami kesihatan dan nikmat kurniaanMU.
Jadikanlah kami hambaMu yg sentiasa mentaatiMU.
Jadikanlah kami hambaMU yg sentiasa mensyukuri nikmatMU.
Alhamdulillah~




Monday, February 4, 2013

disebalik tabir 21st ku...

Assalamualaikum...


terimakasih kpd Allah krn melimpahi kurnian rahmatNya kpd aku...
terimakasih kpd Allah krn dgn rahmatNya ini aku merasai jg nikmat mencapai 21tahun... insyaAllah :)

optimis!

berfikiran positif!

ermm.
tak semua orang mampu berterusan berfikiran positif..

bila goyah melanda..
hati carca marba...
hati bersimpang-siur..

lalu tingkah menunjukkan rasa...
gerak kerja memberikan jawapan setiap apa yg dilakukan...

21 tahun.

hehe.
sebelum 21tahun lagi aku diajukan soalan cepumas...

~apa pandangan aku thadap negara?
~apa pandangan aku thadap politik?
~apa pandangan aku thadap agama?
~apa pengerak utama motivasi kendiri aku?

*** nak taip jawapan semua soalan ni mmg mlalut j aku taip nnt..

make it short!

negara ku adalah Malaysia... apa yg ada didalamnya buat aku bersyukur sekali aku sbg rakyatnya..
bumi yg kaya... dan aku ingin sekali jd penyumbang thadap kemajuannya..

aku teringin mjadi insan yg mberi pencerahan minda thadap generasi akn dtg..
teringin sekali bahu-membahu dgn rakan2 yg sealiran pemikiran sebagai pemacu generasi...
dan berterusan berada dlm kelompok mereka...

"bukan senang nak jadi senang, dan bukan susah nak jadi susah..."
***Malaysia... ayuh bgkitlah.. ramai lagi dibelakangmu ingin menumpang teduh.. mharapkan pelindungan drmu...

***Malaysia... sbg ank watanmu.. aku mendoakan kesejahteraan sampai generasi akan dtg~

ayuh Malaysia...
jgn terjebak 'apply'kan konsep 3rd law thermodynamic... entropy law..
*membiarkan unused energy tlalu byk akibat pemikiran egois dan kepentingan peribadi*

"kita bisa menyatu.. kerana kita adalah satu.. "~ Rako Prijanto
agamaku satu...
syahadahku satu..
"bertuhankan Tuhan yg satu,iaitu Allah..
bersaksikan N. Muhammad itu pesuruhNya.. "
kiblat kita sama..
akidah kita sama...

ku harap kita bisa melestarikan apa yg dipesan melalui kitabNya..
ku harap kita mengikuti sunnahnya..

*Allahu, sesungguhnya zaman kita ini adalah zaman yg penuh dugaan.. tetapi kita inilah yg sering dirindui oleh N. Muhammad SAW... beliau mnangis kerana risaukan akidah dan akhlak kita... dia amat merindui kepada sesiapa yg mengamalkan sunnahnya...

*tapi syg... ramai kelompok yg mengamalkan sunnahnya utk tujuan kepentingan sendiri... Allahu Rabbi.. nauzubillah!

moga ditetapkan iman kita...
moga ditetapkan agama kita..

ayuh bangsa!
tegarlah kamo dgn ajaran Islam..
hidup dan matilah kerana syahadah...

"syahadah itu bukan sekadar lafaz, ia adalah tanggungjawab dlm mengESAkan Allah dlm kehidupan kita"
*ku berharap, politik itu hanya alat dan cara utk menyatukan ummah.. bkn alat perpecahan ummah*

aku adalah diriku..
melatih diri menjadi lebih baik adalah agendaku..

usiaku berterusan meningkat..

70 kali Malaikat Maut menjengah wajah kita kurang drp sejengkal TIAP-TIAP hari...

dlm penyaksianku..
ramai sudah rakan sebayaku yg baik2.. dan soleh2 telah dijemput dahulu..
*aduh... manisnya iman mereka...*

hati terlalu sedih krn org baik2 dah dijemput Ilahi..

kalian tak jeles ke nak mati dlm iman...
diberi hadiah mati dlm kelazatan iman...

Allahu..
mereka adalah pejuangMu...
aku ingin menjadi sebahagian drp mereka...

insyaAllah...

***al-Fatihah..


maniskan iman kami ya Allah..
hidupkan kami dgn iman..
matikan kami dgn iman...
dan bangkitkan kami dgn iman...

insyaAllah..

Amin ya Rabb...

"doa drp sahabat.. dan doa drp insan2 yg disayangi adalah hadiah paling hebat"<<<< terimakasih!

moga iman kita kuat..
moga kita berterusan ingat Allah..

:)

wassalam~



Saturday, February 2, 2013

Different

Assalamualaikum..




different....
berbeza~

ia adalah watak dalaman...
ia adalah corak pemikiran kita...
ia adalah penampilan kita...

dah umur 21..

nk wat paradigma thadap 3 perkara yerp...
mnimbulkan kontras dlm diri yg boleh mbuat kmo unik...
berbeda drp individu2 di luar sana...
*kualiti ni selalu ditanya dlm sesi temuduga... kan??? 

whats make u different?
apa yg mbuatkan kamo berbeza..?

setiap individu punya kualiti personaliti..
yg dicorak melalui persekitaran hidup,pembacaan dan kepercayaan dalaman.. *internal believes*

setiap individu...
diamanahkan tujuan hidup yg berbeza..
utk mjadi khalifah dimuka bumi ini...

mcm kwn aku ni pesan lah... utk 21st bday...


pencarian masih dilakukan...
insyaAllah~

dulu masa g Kem LEAD pun..
Apb. aku diajukan soalan al-Quran dan pencarian hidup.. 
aku jawab aku mahu mencari makna pengisian hidupku malaluiNya..

Seimbang Dunia Dan Akhirat
Dari Abu Hurairah r.a katanya:Nabi saw. bersabda yang maksudnya:Sesungguhnya agama (Islam) itu ringan. Sesiapa yang memperberat-beratkannya maka dia akan dikalahkan oleh agama. Oleh itu kerjakanlah (agama itu) mengikut sepatutnya atau mendekatinya dengan yang sepatutnya dan gembiralah (kerana akan beroleh pahala) serta beribadatlah (mohonlah pertolongan Allah) pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam.

:)

Happy 21st Birthday..

thanks kepada yg wish and doa utk saya...

thanks yg sudi menyambutnya dgnku...

Diba
Angah
a. Nuar..

lot of love....



Potong kek tiramisu sorang2... my twins sambut atas gunung kinabalu~ 











Friday, January 25, 2013

lost??



Assalamualaikum...
hai, ada org tak?

ada tak org myinggah hari ni??

Alhamdulillah kalau ada... hihi...

"LOST?"

"SESAT?"

ermph.... 
yup..yup...

aku dah lama teringin sgt mnaip pasal entry ni...

bkn ingin mgongsi apa aku rs *boleh lah alo nak tau sikit<<

disini aku ingin mencerita crt yg separuh bnr..tp aku harap ia dpt iktibar... 
*knp separuh benar?<<< adalah... baca jer dulu :)

LOST...SESAT(in BM)....

aku yakin kat luar sana ramai yg mrasai apa itu kehilangan dan kesesatan dlm bentuk psikologi o fizikal...

dan, aku juga tak boleh elak... yg aku jg mgalami 'kehilangan' psikologi and fizikal.... 
*maaf...penulisan istilah ini tidak ditulis secara rujukan ilmiah drp buku psikologi...tp ia adalah pdgn aku*

dahulu...

aku tak pernah fhm kenapa org yg jarang2 ckp dgn aku dlm episod seharian aku.. blh dtg meet up me.. and sharing apa perasaan,pengalaman, and persoalan... aku jadi hairan sendiri... sebab, i afraid to judge ppl that entering my life suddenly...

and persoalan yg aku kerap dgr ialah... 
"apa konteks baik?"

p/s: aku bukan dlm kategori yg baik k... aku hanya mnusia biasa... yg sntiasa tlps mlakukn kesalahan juga... tp minta sgt dkt Dia... aku sntiasa sedar kesilapan aku... 

aku hairan sndiri...
knp ajukan pertanyaan kpd aku yg aku rs diri aku sm dlm klgn mereka....
kerana.. aku adalah org biasa yg tlalu biasa dlm melakukan kesilapan.... 

lost...

konteks baik tlalu subjektif kwn2..
definasi baik selalunya mengikut perspektif seseorg itu... apa pendapat dia ttg jwpn itu tletak pada diri sndri...
jd... suka aku ingatkan mereka... dan mpersoalkan mereka balik... 

"apa maksud baik itu sndr pada diri kau?"

maka... terdengarlah byk bentuk jwpn yg aku terima dan dgr...

antaranya...

~ baik itu mletakkan diri jauh drp gejala tak sihat...
~ baik ialah jadi anak yg baik...
~ baik ialah tak pernah aniayai org...
~ baik ialah sentiasa mnolong org dan tidak bprasangka...
~ baik ialah tahu mbezakan perkara buruk dan baik sebelum bertindak...

dan 'baik' adalah.... blablablablabla...........

tp...

bg aku... definasi 'baik' yg paling bagus ialah...
sentiasa memperbaiki diri mjadi lebih baik drp sebelum ni... dgn tekad bersungguh2.... mengelakkan perkara yg blh mbawa perkara yg merugikan diri sndiri utk masa depan... dan sentiasa berada dlm jalan yg Allah sukai... iaitu mengamalkan konsep amar maaruf nahi mungkar... 

dlm usaha baik itu..
kita ajak sekali org keliling kita kpd kebaikkan..
jangkitkn penyakit 'baik' itu dlm kalangan kenalan kita~
dan sentiasa muhasabah diri, saling memaafkan dan bantu mbantu...

ini full konteks 'baik' bg aku...


tak dinafikan...
kita selalu shj mempunyai peluang tgelincir drp mpercayai diri sndr...
kita selalu tergelincir and mbuang keyakinan drp diri sndr...
krn ada faktor negatif yg masih tersisa...

lost...

ia buat kita goyah...
ia buat kita lemah...

tp tau tak...

lost tuh sbnrnya kayu pengukur tahap kekuatan fizikal and dalaman kita...
kita tak kan tau kita ni mmpu achieve kekuatan fizikal kita sampai tahap mana kalau tak terjatuh atau merasai kesakitan...
kita takkan tau kekutan dalaman kita kalau kita sentiasa berada dlm keadaan yg selamat tanpa dihentam or dikritik...
kita takkan pernah dewasa kalau tak benarkan diri sendiri mlakukan sesuatu yg luar biasa...
sebab manusia mpunyai kesuaian cara utk mjadikan apa jua rasa sakit itu sbgai 'kekuatan'~

in thermodynamic 1st law said, energy cannot be created and conserved..

begitu juga masalah...
masalah tak blh created n conserved..

*eh, bkn kita ni pembuat masalah yg pro ker...? hahhaha
yap... dulu pun aku berfikiran macam ni...
tapi... cuba korg renung ayat al-Baqarah 2: 286

ayat ni kata... kita takkan dibebani sesuatu ujian itu luar drp kemampuan kita sendiri...
maksudnya...Allah dah janji dgn kita, setiap manusia itu akan diuji mengikut kemampuan kita... jadi.. semua ujian ini dtg drp Allah.. Dia nak lihat sejauh mana kita yakin dgn pertolonganNya.. dan sejauh mana kita mmpu mencari potensi diri kita sendiri...

betul tak kalo aku kata...
kita jadi kuat kerana masalah2 yg pernah datang..?

betul tak aku kata ...
kita jadi tabah kerana kita pernah melalui rasa sakit...

betul tak??

kalo salah... sila bg pandangan anda...

p/s: fyi, ayat al-Baqarah, 2:286 ni ayat kekuatan motivasi internal aku.. aku yakin Allah selalu menemani aku dlm setiap kesusahan yg aku hadapi...insyaAllah.. amin ya Rabb~

nak cerita sedikit...

contoh paling dekat...
as a student... kita selalu hilang punca visi dan misi apabila dtg sesuatu yg tak tduga yg mgugat kekuatan kita... punca dia sng jer... *sebab aku mgalaminya sendiri...*
puncanya selalu dtg dgn percaturan masa yg kita perjudikan...
kita hilangkan masa2 bharga kita dgn bnd yg mmpu mbuatkan kita lagha...
*tak payahlah aku ckp apa perkara tu...


apa?
nak aku gtau...?

aduimak...
FB,Twiter,WhatsUp,BBM... gadjet... muvies,berjmba n etc... <<< direct sebab aku bg~ hoho.. blh buat penambahan list yg bersesuaian kalo korg nak~ :)
.
*aku bkn baik sgt... dan aku juga terlayan dgn semua benda ni and selalu hanyut... so penulisan aku mmg mhentam diri sndr bebanding diri readers yg aku hormati~ jgn heart feeling~ plssssssssss~ 

ok berbalik dlm perbincangan lost..
*slps bbrp hujah yg mnurut pandangan sndr..

kita jgn sesekali biarkan gagal merajai rs utk jd loser...
jgn biarkan diri kita lemah...
jgn biarkan internal spirit warrior kita -ve value sampai kerak bumi...

JANGAN!!

pls...

kita diuji..
sebab Allah kenal kekuatan kita apa... sebab Dia pencipta kita... 
Dia cipta kita dr hujung rambut sampai hujung kaki dgn sebaik2 kejadian...

dan ingatlah...
Allah menjanji satu kenaikkan darjat keimanan kalau kita melepasi segala ujian itu dgn tabah..

yakini Dia...
Pembantu terhebat kita....

kerana.. Dia pesan kat kita...

Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat
[al-Ikhlas, 112: 2]

ingat!

Allah Hebat...
krn Dia tak menganiayai usaha kita..
Dia tak pernah menyakiti kita melainkan nak mjadikan kita insan thebat...

sabar adalah ubat segala kesakitan...
sabar adalah bukti iman seseorg thadap takdir/dugaanNya...

krn, sabar itu separuh drp iman~

senyumlah dgn hebat..
sebab Allah yg Terhebat... rasai kasih sayangnya...
kerana Dia adalah Guru kita paling Baik~

Senyumlah dgn Hebat...
kerana... InsyaAllah semua akan baik2 sahaja...

yakini...
dan sabar...

:)

hermmm~
tlalu byk aku mbebel...
hahaha.. maaf kalau bhs sy tak indah..maaf kalau bahasa sy kasar... 

saya hy buat refleksi apa sy rasa..
sy hy buat rumusan thadap rs mendapat kemanisan mendapat pertolongan dariNya...

Allahu... Kau mmg sentiasa TERHEBAT..
terima kasih atas segala nikmat dan kurniaan yg Kau anugerahi..
terima kasih atas segalanya... terimakasih!

#Alhamdulillah~

kawan2.. ayuh...
amalkan 3 konsep ni kalau terlupa...

USAHA, DOA, TAWAKAL...

insyaAllah...

terimakasih kerana mbaca..
*maaf jk contengan ini byk cacat drp baiknya...
*mohon teguran yg ikhlas uk mendidik dan dikongsi...


assalamualaikum~

p/s: separuh drp crt bnr? <<< ia separuh benar sebab aku tak mau berkongsi kepayahku apa... cukuplah apa aku kongsi knp aku kuat... sebab aku yakin... masing2 ada kisah sendiri kenapa kita 'LOST'....


ikhlas...
Aryanti Yaacob..

~insan yg ingin menjadi motivator tp xdpt... hihi..

pesanan penaja:
JADILAH ORANG TERHEBAT UTK DIRI KAMU..KERANA TIADA SESIAPA YG LEBIH HEBAT DRP KAMU DLM MENGENALI KEKUATAN DIRI SENDIRI~







Thursday, January 24, 2013

blh tak..... tak payah ada tajuk...?

assalamualaikum readers sekalian...

harap2 sihat hendakNya... berterusan berada dibawah perlindunganNya, insyaAllah... :)




hurm.. dah lama gila tak menaip kat sini... terasa kekok pulak nak mbebel dan mluahkan idea..

*benak tepu n beku.. hahhaa


hurm.. apa yap??


ok lah...

meh aq kongsi bbrp hari yg penting dlm hidup aku ttg hari2 yg sudah.. :)



9 Sept 2012 ~ Check in rumah sewa
10 Sept ~ lecture Semester 3 begin.
15-17 Sept ~ Home Sweet Home
22 Sept ~ Merayau sorang-sorang dgn Bas Saranas. *kikikiki*
28 Sept ~ FENU
29 Sept ~ Qiamulail Perdana
12-14Okt ~ Program: Leaders Action and Decission (LEAD), Tmn. Kem Herba Hulu Langat Selangor. [PMH]
18Okt ~ my 1st iftar together.. :)
23Okt ~ my 1st travel with Komuter alone...
24Okt ~ Cuti Raya Aidil Adha Mid-Semester Break ;-)
4Nov ~ End Mid-Sem
16-18Nov ~ Balik hujung minggu..
15 Nov ~ Malam Tilawah Muzikal (PMH)
16 Dis ~ SAF (Chess Competition)
21 Dis ~ Jumaat terakhir kuliah.

3 Jan 2013 ~ Exam Week begin..
11-14 Jan~ Melepak kat Mid-Valley and Ampang...
21 Jan ~ Exam Week End
22 Jan ~ my break sem begin~


:)


berdasarkan tarikh terbaru iaitu 22 Jan, aku dah mula break sem...

herm.. yurp.. skrg aku tgh bercuti setelah hmpir 3 mggu bergelumang dgn kesenakkan otak mhadapi mggu exam... hihi...


alhamdulillah, dgn pertolonganNya.. aku berjaya mhadapi minggu itu dgn lancar...

menjawab paper pun blhlah tahan... harap lulus dgn cemerlang.. amin!!!

hahha...
ada cerita disebalik markah ini...

meh aku cerita kejap... blh?

ceritanya mcm ni, 
nama paper ni ialah pysical testing PST540..
jumlah test ada 3... sedih tul, 2 drp paper ni aku fail dgn teruk n corot...
major klsmate aku dptlah cope teknik jawab paper ni...
tp aku tak tau what wrong with me... knp aku blh teruk sgt dlm ppr yg org anggap kacang n petik jari blh jawab...

sedih...
yap! amat sedih... sebab aku ni leka n lalai masa jawab...
tgn kayu!
melukis rajah pun out! 
so 4 markah hilang mcm tuh jer..

grammar out!
wat procedure pun tunggang langgang...

aku tak pernah salahkan lecturer aku bg mrkh gitu...
sebab dia mdidik aku dgn kejujurannya...
dia tak letak aku dlm khayalan.. dan ikhlas sentak aku drpd kemalasan...

jadi...
nak kurangkan sebal + sedih..
aku salu minta maaf dgn dia..
sebab aku tak tau... sama ada aku ni sengaja atau tak dah wat slh dgn dia..
aku tak sedar atau tak aku ni salu wat dia marah o tak...
jadi aku prepare utk redha..

teruskan belajar...

pulun ni..
pulun utk mhafal satu2 apa jua nota aku n mperbaiki nota aku.. dgn rujuk balik dgn nota klsmate yg tulisannya kemas2.. :)

rajin2 n paksa diri repeat mnulis procedure n defination and mlukis rajah byk kali...
supaya dia masuk dlm memori bwh sedar aku..

*ini cara paling kuno nak mhafal... repeat mnulis..

cara ni j yg aku blh apply... sbb aku tak suka mbaca n mhafal... 

alhamdulillah..
Allah kasi aku dpt gak merasa dpt markah baik2... wlpn utk test yg kali ke-3... iaitu test terakhir sblm final...

drp ciput je...
iaitu

11/30
8/30

dpt juga merasa...

21/30

utk final ppr.. aku dah berusaha hbs baik... harap nasib myebelahi aku... amin ya Rabb... hanya AKu tempat aku serahkan harapan... :)

p/s: jgn sesekali myerah kalah sebelum berjuang.. setiap kegagalan ada cr nak mengatasinya... muhasabah and selalulah pikir and bertindak cr2 nak perbaikinya... dan selebihnya doa and tawakal Allah... insyaAllah~




memori mengenai gmbr ni??

herm.. ini adalah pil ubt yg aku tpaksa telan sepanjang stady week...

yap!
aku demam ms ni...

Alhamdulillah.. setiap dugaan Allah itu ada kemanisannya... :)

kenapa?

sebab,
ms stady week aku baru check balik jadual exam..

*jgn sesekali check jadual exam ms stady week...!

:(

mental aku terkejut tgk jadual exam 4 ppr awal...
selang sehari j gapnya...

aku tak blh terima..
lantas terus efek body imuniti aku..

aku lemah, takut n demam.. 
*pakej!

tp entah..
aku endure sndr rasa takut tu dgn serah segalanya pada Rabb..
aku mengadu kat Dia setiap kali usai solatku.. aku mengharapkan Dia sangat2.. 
alhamdulillah.. Allah Hebat!!

aku bgkit and berjaya fight ketakutan aku..

yerlah.. 
saper tak takut 3 paper yg berderet tuh..
Applied Math, Thermodynamic... and Mechanical Behaviour..

suma subjek ni 'keras'!!!
byk calculation... erm...

PENGSAN..

6 hari berturut aku tido 3pg...
tdo 3j...

alhamdulillah.. aku sht smpai hari ni~

hahhahaha!!

habis suffer dgn rasa gembira!

alhamdulillah!
Terima Kasih Allah..

p/s: aku just sekadar seronok dpt jwb ppr tuh dgn usahaku sndr...meskipun ppr thermo amatlah kronik susahnya.. hanya doa aku berjaya lulus jer.. *doakan aku kawan2... tolong lah... :')






hahah...
ni just nak tunjuk jer... yg aku stady...
kiki...

ok.. mmg bersepah.. mata aku pun sakit gila... tp biasalah.. budak sains mmg tak sah tak bersepah~ 
*eh, yeke... 


kah2...



ok.. itu mmg mnensenkan lps ppr thermo..

setelah diberi gap seminggu...
aku decide nk g treat otak aku dgn berjimba...dgn sesiapa yg sudi...

ayah ada juga suruh aku balik Tampin... tp aku mnolak..

sbb, hajat hati nak jumpa kembar aku ni...

kikiki...

so 10/1
aku bertolak dr Batu 3 direct sampai Mid Valley...

makan2 dgn dia... pusing2 1 Mid Valley... and etc...

very fun day...!!

dgn dia..aku merasa Durian Crepe ku yg pertama...

hahhaha... :)

lps jer gap seminggu..

17, 19, 21 Jan
aku kene hadap lagi ppr..

dan 22hb, malam baru aku gerak balik Tampin.. abang aku amik...
*Fitrin berhajat suh aku naik public transport... hihi... insyaAllah~ nnt k~

Durian Crepe

Twins Gila..


ok... sekian.. laporan dr aku...


hari ni..
12 Rabiul Awal 1434... Maulid Nabi... meh2 jum selawat ke atas Baginda... yg sentiasa merindui kita...
harap2 kita boleh pupuk rindu kita thadapnya.. insyaAllah... 
ikut sunnah and amalkan.. insyaAllah~



p/s: wei.. kuat semangat... jgn lunturkan diri ko dgn ketakutan ok...? insyaAllah, Allah ada... jg diri and yakini diri! :)