Sunday, July 28, 2013

Ramadhan 2013

Assalamualaikum kalian.
Macamana puasa hari ini?

Harap mampu diteruskan. InshaAllah sampai ke akhir.
Alhamdulillah, hari ini dah hari ke -20 kita berpuasa. Dah masuk fasa 10 malam terakhir. 10 malam terakhir ini kita digalakkan merebut malam lailatulqadar. Malam ini adalah ganjaran yang terbaik kerana dijanjikan pahala seumpama 1000bulan. Besar betul ganjaran ini kawan-kawan. Marilah kita sama-sama merebutnya lantas menjadi ummah yang beruntung. InshaAllah.

Alhamdulillah ini adalah Ramadhan yang ke-2 ku menyambutnya dalam kesederhanaan bersama keluarga. Kalau dahulu Ramadhanku agak meriah dengan makanan yang beraneka di atas meja. Air yang berjenis-jenis sampai kembung perut dan rasa agak sendat selepas berbuka tetapi sejak 2 tahun ini kami berbuka dengan apa yang ada sahaja bersama dengan keluarga. Bagiku cukuplah Ramadhanku tanpa pembaziran. Aku tidak mahu membazir kerana terlalu ramai saudara seiktikad denganku tidak mampu berpuasa dengan senikmatku. Ada sahaja dalam kalangan mereka yang tidak cukup makan pakai. Hidangan untuk berbuka dan bersahur hanya seteguk air.

Sekadar air kawan-kawan.

Kita?

Kita ini dilimpahi nikmat.

Kadangkala membazir dan semua lauk dibiarkan terbuang. Adakah puasa kita hanya memikirkan nikmat makanan sahaja kawan-kawan?

Kadangkala puasa kita ini hanya menjadi sesuatu yang dibudayakan. Puasa itu hanya diisikan dengan lapar dan dahaga. Pengisian jadual harian penuh dengan tidur dan aktiviti yang lagha. Beginikah kita mengisi Ramadhan kita? Hanya  dengan penat dan keluhan.

“Aku penat.”“Aku lapar.”“Aku haus.”“Aku mengantuk.”

Sepanjang hari ini sahaja yang kita luahkan. Kita tidak langsung memikir kebesaran Ramadhan. Kita langsung tidak muhasabah diri kita. Kita langsung tidak meletakkan situasi kita kepada nasib yang kurang bernasib baik. Kita hanya tahan LAPAR & DAHAGA dan ini adalah perkara yang sia-sia dan merugikan, wahai kawan-kawanku.

Dimanakah kita letakkan makna Ramadhan?

Dimanakah kita letak kemampuan diri untuk mengejar nikmat Ramadhan?

Adakah hanya di bazar-bazar dan senarai makanan?

Adakah hanya di katil?

Adakah hanya dengan kerja perihal dunia semata-semata?

Adakah hanya dengan keluhan dan demi keluhan?

Mana kesedaran kita?

Mana?

Pernah tak kita cari?

Pernah tak cuba cari makna pengisian Ramadhan?

Pernah tak kita cuba kawan-kawan?

Tanyalah diri kita sendiri kawan-kawan kerana hanya diri kita sahaja tahu siapa diri kita.

Jangan dijadikan Ramadhan ini hanya sesuatu ‘benda’ yang datang dan pergi sahaja kawana-kawan.

Di Syria, Mesir, Gaza dan merata-rata lagi saudara kita ada yang menyambutnya dengan bersahur dan berbuka dengan darah dan mayat.

Kita?

Makanan?

Ini sajakah?

Mana doa kita untuk mereka?

Mana sifat perjuangan kita untuk Allah?

Mana?

*semua pertanyaan ini dituju khas untuk diri aku sendiri*

Disana, para ibu menyiapkan kelengkapan senjata untuk anak-anak mereka untuk berjihad. Kita kat sini?

Kita lemah bukan?

Sedar tak?

Kerana terasa diri masih terbatas aku merasa sedih.
Aku harap aku hanya mampu memperbaiki diri aku untuk lebih baik. Mengajak kebaikkan dan melaksanakan kebaikkan. Sebab aku sedar aku alpa.

Nasihatku, jangan diisi Ramadhan dengan lapar dan dahaga sahaja. Ini masa kita muhasabah untuk menjadi hambaNYA.
Nasihatku, carilah makna Ramadhan dalam diri kita.
Nasihatku, berpuasa dalam bulan Ramadhan bukan budaya masyarakat ia adalah satu rahmat Allah. Kejarlah ia kerana Ramadhan dah makin laju memacukan lariannya.
Masih belum terlambat. Masih belum terlambat mencari kemanisannya. InshaAllah.

JANGAN JADIKAN RAMADHAN BUDAYA kerana dah terlalu banyak perihal Islam di Malaysia yang dibudayakan.

JANGAN JADIKAN RAMADHAN HANYA SEMATA-MATA UNTUK MERAIKAN AIDILFITRI kerana ia bukan target utama RASULLUALLAH dan para sahabat.

RAMADHAN DAH SEMAKIN LAJU MEMACUKAN LARIAN.

ADAKAH KITA SEDAR?

“jangan dikejar perihal dunia terlalu banyak, kita dah lama leka.jangan dikejar nafsu terlalu rakus, kita da lama kalah.jangan dikejarkan lailatuQAMDAR kerana lailatuQADAR sedang menunggu. tetaplah pada bonus-bonus RAMADHAN.kejarlah nikmatnya kali ini.
inshaAllah”~ Ary Kasya.

p/s: nasihat utk diri sendiri.

#ubah


AYUH #UBAH #RAMADHAN #INSAFKU…


No comments:

Post a Comment