"Kawan bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua
Kawan di hadapan oh indahnya
Kita bersama berkelana
Namun kita jauh
Di dunia sendiri
Bekalan sendiri (semangat sendiri)
Impian sendiri
Meski pun jauh namun
Kita tetap bersama
Dek ruang yang memisahkan kita
Kawan hidup ini umpama langit
Yang tidak selalu cerah
Kawan hidup ini umpama awan
Yang tidak selalu putih
Ingatlah (ingatlah kawan ingatlah)
Bintang-bingtang di langit
Takkan terus berkelipan
Ingatlah pelangi yang indah
Pasti akan hilang
Kawan jangan biarkan dirimu
Seperti rama-rama
Cantik namun akhirnya
Menjadi perhiasan di dinding
Kawan jangan biarkan dirimu
Umpama lipan dan kala
Berbisa namun akhirnya
Menjadi perhiasan dimeja tulis
Oh kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi umat semesta"
by UNIC
kawan...
8tahun+ sudah kita bersama...
dekat dan jauh itu semua rencah yang kita dah rasa.
cerita-cerita semasa berjauhan walaupun kita jarang berkongsi... tapi aku percaya masing-masing Allah telah kirimkan sesorang untuk memahami kita. kan?
Allah jauhkan kerana itu ketetapanNYA ke atas kita..
kita bertemu pula atas izinNYA...
kemanisan doa kita bersama, jadi Allah tunaikan permintaan kita.
doa yg ikhlas.
Allah pasti makbulkan. ini pasti. sebab Allah suka kepada hambaNYA yang suka meminta.
8tahun+
aku kira ini adalah tempoh yang lama untuk mendewasakan sesebuah hubungan itu.
kiranya sudah cukup matang untuk menilaikan ayat perpisahan.
ayat perpisahan TIDAK pernah wujud untuk hubungan yang matang.
kerana apa yang ingin dilakukan ialah mencipta momenta yang seterusnya.
mengukuhkan keakraban. mengalirkan pemahaman agar momenta itu terus manis. <<< mungkin. #senyum
terimakasih Allah.
Alhamdulillah.
8tahun+ ni.
walaupun kami pernah berpisah.
tetapi Kau takdirkan hati kami 'thabat' << tetap pada keikhlasan
ikhlas dalam ikatan persahabatan ini.
walaupun suatu ketika dahulu kami gila-gila.
dan masih lagi gila-gila. dan akan berterusan. inshaAllah.
tapi kami gila-gila dalam kematangan. :)
mencari redhaMu.
mencari keikhlasan diri dalam menempuhi makna DEWASA.
persefahaman.
walaupun dulu kurang faham.
tapi melihat interaksi tanpa suara/dialog situasi ini cukup membuktikan makna 8tahun+.
aduh!
kawan aku mulai rindu sudah.
mana mungkin aku boleh lupa Ama masak untuk aku selama hampir dua minggu.
mana mungkin aku boleh lupa siapa yang ajak makan malam hampir setiap hari sepanjang 2 bulan setengah.
mana mungkin aku lupa..
hihi..
masakan aku lupa aku telah menukar nama panggilan Ama >> MAMA...
meskipun 2 bulan tidaklah satu kepastian aku memahami seluruh diarinya yang lepas.
tetapi bagiku cukup sudah aku mengenalinya kembali karekter aku dan karekternya dalam memegang watak dalam bersahabat. #senyum.
Alhamdulillah.
dalam kemanisan ada kemanisan.
mana mungkin aku lupa sekali lagi yang Allah izinkan kami bermalam dan bershoping semula bersama-sama.
dah lebih 4 tahun tak shoping raya bersama.
mana mungkin aku lupa aku boleh bershoping dengan mereka dari akhir waktu dhuha sehingga isyak masuk.
habis longgar skrew kaki.
habis peluh membasahi baju.
habis semua terasa tak mampu kata apa-apa..
setiap raut wajah.
mimik karekter.
ulah bercakap.
membuatkan aku rasa itu dendam kesumat rindu untuk sekian lama...
hahahha... <<< izinkan aku guna 'dendam kesumat'
dah lama bukan tak gelak.
aku rasa kali terakhir aku gelak dengan kalian dah sangat lama.
mana mungkin aku lupa setiap meja yang menyediakan 4 kerusi.
kerana dimana ada 4 kerusi. disitu ada kita.
memori terakam tidak banyak.
mungkin 'internal memori' lebih bermakna bagi aku.
sahur.
MAMA masak.
buka.
MAMA masak.
sahur.
bangun sama.
gelak sama.
buka sama.
lutut bertemu lutut...
meskipun tiada kesempatan makan nasi talam.. tapi cukuplah macam tuh. sebab Allah yang kasi..
terawih.
amboi comelnya kita terawih sama-sama.
comelnya Mama.
comelnya Fitrin.
comelnya akak..
berdiri dalam saf yang sama...
huhu... << moment ini sudah menghampiri momenta Contengan Jalanan by Hlovate.
lalu aku teringat doaku selepas tutup buku ni...
"Allah izinkan aku nikmati kemanisan Ramadhan bersama sahabat yang aku sayang walaupun hanya sekali dalam tempoh hidupku ini...."<<< *doa ni panjang tapi aku catatkan yang ni jer...*
mana mungkin nak lupa.
tidur 'bersepah'..
*banyak jer doa yang Allah da tunaikan... tak boleh sebut sangat...*
maniskan..
kalian dah lupa ker?
harap tak lupa...
kalau tanya aku..
aku akan simpan memori ni kat internal memori. then lock! hehhe
minta maaf.
minta halalkan apa yang kurang.
kalau terkasar..
minta maaf.. mungkin ada sisi kekurangan diri yang belum diperhalusi menjadi lembut dan berhemat..
inshaAllah.
nanti ketemu lagi.
inshaAllah.
nanti Allah bagi lagi peluangkan kepada kita...
inshaAllah.
teruskan berdoa.
sebab Allah Pendengar paling setia.
:)
#terawih #sahabat #rindu #Ramadhan
#LOVE this picture... |
"Saya sayang kamo kerana Allah.."
No comments:
Post a Comment