Showing posts with label Monolog. Show all posts
Showing posts with label Monolog. Show all posts

Sunday, August 17, 2014

Maksiat VS Dosa

Diri ini pernah mengangkat tangan dalam kelas suatu tika dahulu, "Ustazah, apa beza dosa dan maksiat?"

Ustazah jawab dengan lancar setelah beri satu pandangan yang menyakinkan itu soalan yang mudah baginya, "Maksiat itu apa jua jenayah yang manusia lakukan dengan sengaja ataupun tidak dengan melanggar segala perintah Allah."

Lemparan senyuman. Seakan-akan mempersoalkan kefahaman aku.

Lalu, penjelasannya bersambung, "Kita ni, sama ada lupa secara sengaja ataupun tidak meninggalkan solat tuh jenayah, meninggalkan puasa pada bulan Ramadhan itu jenayah dan apa lagi?"

"Merompak?," aku sahut secara spontan.

"Ya, merompak itu jenayah. Secara umumnya kita tahu merompak tu memang tak boleh sebab memberi kerugian kepada orang lain. Tetapi, yang saya nak tekankan ni, kita ni lupa dan kategorikan secara pisahan antara jenayah dan maksiat. Ia benda yang sama. Apa yang Allah tidak suka kita lakukan, larang sekeras-kerasnya sebenarnya menurut fitrah manusia. Manusia jua tidak suka jenayah/maksiat itu berlaku dalam kehidupan kita. Umumnya, kita nampak jenayah itu merompak, merogol, mencuri, menyamun, membunuh dan sebagainya. Tetapi, larangan Allah terhadap jangan tinggal solat, jangan tinggal puasa, jangan derhaka. Kita lupa sebab jatuhan hukumannya tak nampak berbanding dengan merompak, merogol dan membunuh?"

"Ho, patutlah hukum hudud itu ada?"

Ustazah senyum, "Hukum hudud itu hukum Allah. Segala maksiat yang Allah larang kita lakukan dah ada hukumannya di dunia mahupun di akhirat. Kenapa kita tak lakukan? Sebab ada pemerintah yang tak mengintirafkannya. Saya tanya kamu. Negara kita ni, negara Islam ataupun tidak?"
Dengan yakin aku jawab, "Negara Islam sebab dalam perlembagaan kata."

"Awak yakin? Macamana dengan pelaksanaan?"

Aku terdiam. Mulai meragui jawapan aku tadi. Namun ustazah membiarkan aku dalam persoalan itu. Ustazah seolah-olah yakin aku mampu memikirkannya. Ya. Aku tahu jawapan itu dan aku diam sendiri.

"Dosa pula adalah kesan jika kita melakukan maksiat ataupun jenayah."

"Maksiat hati dan mata pun jenayah ke ustazah?"

"Ya."

Jawapan ustazah yang pendek ni membuatkan aku mencari jawapan penuhnya sepanjang hidup aku selepas itu.

Maksiat hati tamsilnya boleh dilampirkan seperti memikirkan seseorang sehingga kita leka tanggungjawab kita kepada Allah dan agamanya. hati kita lalai memikirkan asyik masyuk tentang sesorang. Lagi-lagi kalau yang dah bercinta sebelum ijab. Allahu. 

Ia maksiat rakan-rakan. Dan Allah tak suka.

Peringatan ini dilampirkan untuk diriku sendiri dahulu.

Maksiat hati pula seperti menonton aurat orang yang ajnabi atau bukan mahram bagi kita. Kita senang-senang je melakukannya sebab kita tak pernah pun dapat surat saman daripada polis yang menyatakan RM300 kerana melihat aurat sipolan-sipolan pada hari dan waktu sekian-sekian. 
Hamboi, kalau tiapkali surat saman sampai. Aku rasa hidup aku akan sentiasa pandang tanah atau mendongak ke langit sebab tak mampu bayar saman nanti. Allahu, miskinnya aku. Allahu, ampunkan aku. 

Itu pasal dosa mata ni Allah denda melalui kurangkan nikmat beribadat kepadanya. Kalau kita punya kesukaan suka melihat sesuatu yang bukan hak kita hati kita akan hitam. Kita akan malas untuk beribadat.

Ustaz Kazim Elias pernah kata, "Jangan diendahkan setompok hitam kat muka kita tetap risaulah tompok hitam pada hati kita sebab Allah tak menilai pada rupa kita tetapi pada hati kita."
SubhanaAllah, pemurahnya Allah. Allah sangat mencintai hambaNya kawan-kawan.

Ayuh, menjadi hambaNya. Biiznillah.

Allahu.

Panjangnya refleksi al-Waqiah hari ni. Alhamdulillah. 
Al-Waqiah menceritakan perihal Hari Kebangkitan. Gerun serta menakutkan.

Moga-moga hati sentiasa ingat apa yang aku taip ini. 

Allahumma, Amin. 

***********

by Ary Kasya
17082014 | 2033H

Wednesday, February 5, 2014

blink blink.....

assalamualaikum~
sedikit contengan, izinkan~



"Somehow..... Someday... Somewhere...
They will leave us...
Make us empty... Make us lonely...
Make us miss them much............"

"Somehow..... Someday... Somewhere..."

petikan ini menggambarkan ketidakpastian..
tetapi ia tetap berlaku... dimana, macammana dan bila?

entah..
aku tidak tau...

boleh jadi ia kesunyian yg nyata bila kita merindui macam nak rak... tapi tiada sesiapa menyahut...

keseorangan disimpan rasa...

seseorang akan hilang...

bila?

masanya tidak ketahuan..
kerana ajal dan jodoh tidak pernah diberitahu...
yang pasti maut itu pasti menjengah...

dikala orang lain tersenyum.. kita mungkin suka mengintai senyumannya...
*barangkali ingin menyerapi sesuatu, semangat mungkin...*

dan dikala orang tersenyum, mungkin giliran kita pula yg memberi senyuman itu..
maksudnya kita puncanya..

dan dikala kita mampu membuat orang lain tersenyum tanpa hadir kita..
maksudnya, kita sudah mampu membuatkan mereka-mereka dan kita-kita selesa antara satu sama lain...

pecah karekter...
pecah emosi...

raut wajah mencerminkan segala ekpresi rasa...

harap dipenghujung nyawa kelak, dapat meninggalkan kenangan yg baik kepada kalian...
senyuman yang indah...

insyaAllah..

imam ghazali pesan;

"kala kita lahir, kita menangis dan orang keliling kita ketawa..
kala kita mati, harap orang menangis tetapi kita ketawa..."

moga ketemu di syurga Allah kelak..

*senyum*

:)


p/s: weih aku pinjam gambar ni jap...

***sekadar gambar hiasan...







Sunday, November 10, 2013

sahabat. terimakasih.

Assalam..

Dia...
tidak tahu apa yg dia lihat menerusi mataku.

memegang kejap kedua bahuku...
lelahku mengalir hilang...
hilang penat.

itu tangan sahabat.

dan saban waktu.

apabila sendirian...

terasa amat sunyi.
inginkan pelukan sahabat...
aku memeluki diriku.
mengusapi bahuku.

dimana ada bekas pegangan seorang sahabat...

"Allahu, aku rindu... rindu seorang sahabat yang pernah mbuat diri ketawa dan menangis"...

dia..

memegang kejap kedua belah pipiku.
mengusapinya seakan memujuki supaya jangan bhenti berehat...
supaya jangan menangis...

terasa, terasa sangat kasih sayang seorang sahabat...

dia..
sahabat aku...

aku memandangi matanya...
terasa ikhlas mebahangi dadaku...

dia sahabat...
dan sedang memujuki ku supaya kuat..

"Allahu, saya tak kuat.... tapi Kau sentiasa kirimkan pengecas kepada ku melalui tangan sahabat... sesungguhnya Kaulah Maha Pemujuk.... aku ketahui Engkau yang kirim semua ini.. alhamdulillah"

aku gosoki mataku...menahan airmata barangkali...
memandang wajahnya kembali...
sedikit terharu, dan tersentuh...
tidak pernah dlm hidupku dia begitu lembut dengan aku...
begitu lembut dalam memahami aku...

Dia sahabat aku...

sedang memujuki ku..
sedang meyelami beban aku dengan sentuhan itu...
aku malu, dan aku segan...

"Allah terima kasih..."

ini sahaja aku mampu ucap dalam dadaku...

aku memandangi lantai...
dan terasa tangannya membetulkan tudungku...

dia sahabat aku...
dan aku malu..
malu kerana terlalu sayangkannya...

sahabat.
moga Allah jagai kamo.
moga Allah tidak membebani kamo sgn sesuatu yg kamo tak mampu pikul...

sahabat, terima kasih...
sebab selalu ada tatkala aku lemah...

meskipun aku tahu...
aku tak pernah memberitahu sesuatu yg aku sayang kau...
tapi Allah sentiasa kirimkan kau pada aku tepat pada masanya..

semuanya dengan izin Allah.

terima kasih.
Alhamdulillah..

demi Allah...
aku tak mahu kau merasai dan mengintai apa yg aku rasa...

"Allahu, peliharalah dia...."

dia sahabat...
sedang menyuapi aku....
mengisi kekosongan perut ku...

demi Allah...
aku berdoa semoga suapan mu kpd aku ikhlas...
aku berdoa agar Allah permudahkan kehidupan mu...

itu sahabat...
yg merasai laparku...

alhamdulillah..

terima kasih Allah...

Dia sahabat..

setiap apa yg dia rasa aku ingin rasa...
susah dan sedihnya...

sahabat yg selalu aku risau dan merasai sedihnya...

doaku... aku doakan dia kuat dlm menolaki dirinya utk jadi sesorang khalifah Allah yg hebat...
doaku... aku doakan dia jadi solehah yg dicemburui bidadari langit...
doaku... aku doakan suatu hari nanti aku boleh pinjam kekuatan jiwanya...
doaku... aku mahu memelukinya dan menyerapi segala sedihnya dan risaunya...

Allah... jagailah dia..

dia sahabat yg memerlukan perhatian..
tetapi aku tahu kadangkala aku tlalu ego dalam ingin memahaminya..

lalu aku berdiam... menjauh..
menanamkan sesuatu yang mgkin suatu hari nanti aku, dia,... tidak saling bergantung....

dia sahabat.
tidak saling bergantung?
kejam sungguh doaku..

tapi aku tau apa niatku..

aku tak mahu diri ini.. melukainya....

Allahu, peliharanya...

terima kasih..

moga kalian,
akan menjadi jiran ku di syurga,
amin..


Ary Kasya.
1817H
10112013

Sunday, March 31, 2013

S.A.H.A.B.A.T (Part2)


Assalamualaikum

Sahabat,
Tersenyum aku kala ini kerana gembira.
Menyatakan kegembiraan dengan penuh kesyukuran.
Bertemu dengan seorang sahabat yang baik bukanlah senang.
Ia memerlukan proses taaruf yang lama.


**************
Ada yang berkata padaku,

“Aku suka jaga kawanku,”
“Aku suka punya banyak kawan,”
“Aku suka punya kawan baharu,”

Hailah,
Kawan, apa punya kawan yg baru dan banyak jikalau yang lama terbiar.
Mana dia makna ukhwah.?
Jadi, kalau punya kawan baru jangan lupa kawan lama.

Ini prinsip!


*************
Sahabat,

Dengan izin daripadaNya, aku merindui kamu.
Aku tak pernah punya kudrat menyatakan aku mampu menjaga kamu dengan menjadi sahabat yang baik pada kamu.
Sebab Allah lagi hebat dalam menjaga perihal kamu.

*tear drop*

*************

UNIC pernah bagitahu aku.
Rindu itu datang dalam hati yang nurani.
Rindu pada seorang sahabat mempunyai satu aura ukhwah.
Dan ia boleh jadi kerinduan yang sangat hebat!

“Allahuakbar..
Demi Tuhan ku dan Tuhan mu. Iaitu Allah yang Satu.
Aku merindui kalian.” ~ Adeq

**************

Rindu akan senyuman itu.
Rindu akan meja itu.
Rindu akan perbualan itu.
Rindu itu, membuatkan aku terpaku merenung pada gambar lama yang kaku.
Rindu pada waktu itu.
Rindu pada waktu kita tidak ‘dewasa’.
Allahu, hebatnya rasa ini…

Demi Tuhan ku dan Tuhan mu.
Iaitu Allah.

Aku sisipkan kerinduanku bersama doa..

***************

“Allah, Tuhanku.
Peliharanya, sejahterakan hidupnya, jagai hatinya kerana aku tak mampu menjadi sahabatnya yang sempurna seperti mana kesetiaan Abu Bakar terhadap Nabi Muhammad, kekasih-Mu..
Jadikan dia insan hebat.
Seorang yang hebat dibawah jagaanMu..
Mendapat nikmat dan keredhaanMu.
Amin ya Rabb..” ~ Adeq.

**************

Allahu,
Rindunya saya akan senyuman-senyuman ini.
J

**************

#np “Langit Biru” by Ary Kasya
#np “5 Sahabat” by Ary Kasya
#np “After 5 Year” by Ary Kasya
#np “Bonus Sekuel| 4 Sahabat” by Ary Kasya.

***************

Itu rindu aku.
Aku dah kirim kepada Allah.
Moga Allah pelihara kamu.
Moga Allah pelihara kalian.

“Allah hebat”

***********
1147H
31 March 2013
Adeq a.k.a Ary Kasya
***********


Thursday, February 28, 2013

S.A.H.A.B.A.T

Assalamualaikum...



entry kali ni berkaitan ttg sahabat..

perihal yg mendewasakan seseorg..

perihal yg menceritakan ttg kisah seseorang..

perihal ttg makna sahabat, teman, atau kawan...

***

sahabat,

wujud dlm suatu ruang lingkup dimana ia hadir kala mata inginkan sapu tgn.
wujud dlm suatu ruang lingkup yg sendiri buat aku hilang..

"tet..tettt"

***

telefon berbunyi...

"hello bos, hari ni ada baik tak mood?"

atau..

"morning bless, hope u will be happy today *smile*."

atau..

"..... erm..."

atau

*smile........*

atau...

"jum mkn..."  >>> dah terlalu lama aku  TAK dpt text berbunyi mcm ni... *rindu*

*tsk.. tsk...tsk*


***

baru ragam sapa melalui mesej...

adakah ini dah mberi maksud sahabat?

mcm mana pulak yg jenis mcm aku ni?

call, mesej, IM...

even..

nak STALK wall dia pon...

aku tak pernah...

post dia update pon.. mata antara pandang tak pandang...

SAHABAT ke aku ni?

***

org kata...
what u give u get back...

wlpn dgn CARA ucapan ataupun perbuatan...

hasilnya tetap sama... akan ada 'pulangan' semula dlm setiap tingkah laku kita...


sahabat.......

aku ni layak ke panggil kau sahabat...?

***

sejauh mana diri berusaha...

sejauh mana dicuba lempar ego dlm gaung yg mencuram..

sejauh mana marah dikawal...

yang telah mengucapkan keikhlasan sahabat itu hy beberapa sahaja...

oh...OHHH..

benarlah... sang sahabat tak boleh dinamai dgn beribu2..

ia hanya ada 1,2 atau 3...

*kadangkala telah punyai seorang sahaja sudah cukup*

***

hulamak...
apa aku merepek ni..


T.T"

***

sebenarnya aku takde modal nak mnaip pon...

hahahha...

#sigh

***

sahabat...

10 tahun?
7 tahun?
5 tahun?

usia pengenalan menentukan ke?

benarkah?

naaa..

bagi aku kematangan pengenalan itu...

kita terlalu byk mengetahui sifat bodohnya..
kita terlalu byk mengetahui ulah cerdiknya..
kita terlalu byk mengetahui 'suiz' marahnya..

itu ini..

itu ini........

perihal peribadinya...
walaupun taklah sefasih sepertimana seorang ibu mengenalinya..

tapi...

seorang sahabat akan mengetahui kelemahan dan kekuatannya...

dia TAKKAN sesekali membenarkan ia tersungkur...

walaupun masa tuh.. empunya badan dah tak terlarat nak tanggung semua kisah sendiri..

sahabat takkan biarkan hanya kerana sekelumit beban yg dia rasa...
menggagalkan sesi luahan hati sahabatnya...

dia tak kejam...

p/s:
tu pasal kadang2 dia tertanya sendiri... "kenapa ekh aku tak pernah share crt ni kat dia.. tp kat stranger laju jer.. mana sahabat aku?"<<< so many time happen to me...

so i assume... im not belong to tittle sahabat yet...

***


kisah tuh tertutup dlm pekung rahsia...

dapat cop mohor 'P&C'

sekali dah cerita...

sahabat takkan buka fail tuh di hadapan mana2 pihak...

last2 terkubur sama kot dgn kain kapannya...

***

"der... hang banyak nar story kata nak habaq mai... bilanya? apanya? aq da redi ni ha..."

"nantilah... aku tak der mood..."

.........

"der, gtaulah.. knp mcm tuh..? dulu hang janji nak crt..."

"emph... ntah.. tak tau lah..."

........

"ermph........"

"ermph???"

..........

***

ah..
sudah kusut!

kalo ada.. adalah..
aku tak pernah sembunyi pape..

kalo tak story tuh fhm2 jela..


=.="

FAHAM??

pemahaman memerlukan situasi..
pemahaman tanpa situasi sama ada secara literal atau tidak...
pemahaman itu blh jd judgemental yg sgt teruk kalo tanpa dibimbing dgn kesahihan~

pemahaman itu bkn main serkap jarang...

pemahaman itu bukan sesuatu yg boleh ACI main redah nak faham...

pemahaman itu memerlukan situasi...

anda faham apa itu SITUASI??

good!

***

apa yang aku merepek taip seberono ni?

***


10 tahun...
7 tahun...

atau paling baru,....

3 semester..

sahabat itu hidup dlm keikhlasan dan pemahaman...

***

sahabat..

apa konklusinya?

missing in action<<< M.I.A

kamo hilang sekarang!

jgn biar tlalu byk story tergantung..

kmo bolehlah yakin aku ni FAHAM..

tapi aku tak yakin yg diri aku FAHAM...

faham?


ARGH!

watpe  nak kecoh...
meladeni diri dgn masalah org...

"syuhhh..syuhhhh"


***

Tuhan...
damaikan hatinya...

***

.....

rindu buat pelbagai ulah gila melanda..

aku rindu dgn ramai sahabat...

bkn seorang dua...

tapi adalah dlm 5...

alhamdulillah...
semua baik2 belaka...

***


kalo tak jumpa hari ni...

esok mungkin ada...

kalo tak der .. itu bukan REZEKI...

Allah TAHU apa yg lebih baik..

dan itu dinamakan TAKDIR kawan!

***

"hidup insyaAllah, mati itu PASTI!"

........

***

ulahnya... buat aku ingat diri aku yg lama...

itu aku.. diri aku...!

kalo ada cermin.. aku amat yakin pantulan cermin itu akan memantulkan diri aku 7-9 tahun yg lalu...

org yg sentiasa senyum...

hahahah<<< perasan...

*ok skrg pon tgh senyum.. so what?*
*shut up!*

yes sahabat...


bila bersama kau...
diri ingin jadi pelindung kesdihan kamo...

dan itu saya...


***

ah..

TERINGAT lirik muse- undisclosed desires

***


PENUTUP MONOLOG:

lagu random... ghhahahaha~

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina


Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman


***

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
[al-Hujurat, 49: 10]


***

wassalam~




Thursday, November 24, 2011

lantak lah!! dunia kau...~

monolog~

"udah2 lah dik....wat penat jer ada kawan macam tuh...wat per egat...watper msg andai semua tuh mcm lalu angin jer....wat sakit hati bertambah sakit...dan jemu bertambah bosan...itu lah manusia yg lama kau kenal..manusia yg sering tak endah kau bila kau cari...kau pelupa lah dik oi~"~ cik hati.

"wah...weih hati...kau cakap macam mana pon..kau pesan macam mana pon...aku ni pelupa lah weih...kdg2 keinginan tu tak der pon..tapi anggota aku yg tergerak cari no dia dan send tah apa jadah mesej merapu pon aku tak egat...lain kali...pls alert...remaind aku dan anggota aku supaya skip pdg list name tak guna tuh!! tgk skrg...aku yg sakit jiwa balik...dah lah lama gila nak built semangat tuh...'tembok pemisah'.... tolong aku weih hati...'" ~aku...

......

sepi mengisi ruang...

"dik...betulkan ayat kau...knp kau panggil dia list tak guna weih??! kau tau tak kau terlepas ckp pasal saper ni??"~ cik hati...

"sedar....sedar sgt....geram weih...geram sgt...at least respons...at least balas...at least concern...egat sng ker nak wat penghargaan...egat sng ker nak cube cover balik apa makna 'shbt'...egat senang ker nak curi mase...pujuk ruang..wat semua ni...tolong lah...plsss lah....aku dah jemu jadikan dia dlm list tuh..."~ aku...mengeluh.. "yerlah...hati aku tau apa nasihat kau lepas ni..."

"tau pon...mmg aku tak der ayat lain nak bg kat kau...cume ayat ni jer aku tau mmpu pujuk kau...~ sabarlah dik, egat...gembirakan hati kawan...gembirakan hati shbt...dan paling besar...gembirakan hati family itu lebih baik dan byk ganjaran...biarlah mereka tak egat kau...biar lah list yg myedihkan itu sepi ditelan mase...janji kau sedar apa kau harus wat sekarang adalah fokus...tak semua mmpu berikan perhatian kpd kita apa yg kita nak...bsgka baik adalah sebaik2 alasan utk tidak mhukum org...ini jer ayat aku mmpu aku ulang dik...ni jer aku mmpu pesan...egat Allah...Pcipta yg Agung yg tak pernah terlepas pun menemani kau...aku tau adeq kuat..jadi teruskan wat yg terbaik...k??"~ cik hati..

deeply breath~

"ai...ai sir!! erm..baik lah..terima kasih keep remaind n support me...always...thax krn jadi kuat lebih dr kudrat aku sendiri...thx sgt...kita sama2 jadi hambaNya yg terbaik k...insyaAllah.."~aku..

"ok dik!! always be...don worry...m always u!! huhuh"~ cik hati...

"tima kasih sayang....hahhah"~aku..

"poyos...g blajar k...jgn lupa exam...try harder...it will be sweet for us later...keep smiling..n FIGHT!!" ~cik hati..

"ai..ai...n chaw!"




p/s: kehairanan myinggah hati ini...makin ramai lak yg singgah blog picisan ni...thx ya readers!!

Sunday, November 13, 2011

aDA saTU kiSAh yaNG tAK Pernah maTI

"Sahabat itu seperti subjek sejarah, silibusnya tak pernah mati...sebab tak pernah izinkan kita tutup buku Selagi tak sampai hari 'exam" ~ Ary K.

Assalamualaikum~ aku teringat satu kisah... (saper mampu tafsir...korg mmg kenal aku)

Bila manusia itu dah sukar nak bercakap, ia akan menunggu bicara mata....
apa yang terpacar itulah kata2 yang sebenarnya ingin diungkapkan...
bukan senang nak memperkatakan sesuatu yang mudah... ~hatta, paksaan itu diterima daripada pelbagai sudut..

matanya, terlalu 'jernih' aku baca.. kisah itu ada di situ, tapi mulut tidak sekali terbuka utk menanya~
p/s: matanya menceritakan sesuatu hal yang ingin aku tembusi~

bukan senang menerima apa yang kurang pada diri org lain... kerana kelemahan mereka itu amat menjelikkan mata yang memandang...bahkan suaranya pun bisa mbuatkan aku ingin berlari beribu batu dari sisinya...
bukan benci rasa ini..tapi..entah...aku sukar menterjemahkan apa yang aku rasa...
mungkin sudah lumrah...manusia itu tidak boleh menyukai apa yang mata ti dak suka...
tapi~ aku berdoa dengan khilafku, supaya aku mampu menerima sesiapa jua manusia yang pernah hadir dalam hidup aku untuk keharmonian hidupku..
kerana, tidak mustahil apa yang kita benci pada hari ini...kelak kita akan menyukainya amat~

p/s: kisah sahabat memang selalu bermula dengan kisah yang pelik...terlalu banyak yang aku dengar tentangnya..

Menghadap orang menangis bukan sesuatu yang aku selalu minta...krn diri ini pun pernah menangis atas perkara yang sama... *tapi perantaraan aku hanya aku-hati-Allah*
tetapi apabila cerita itu telah berulang...
kali ke-2~  kali ke-3~ kali ke-4...
masuk kali ke-5...mungkin aku hanya mampu jadi pendengar...
tiada kudrat lagi mampu terlaksana untuk menghukum apa yang 'terlampir' di hadapan aku~
kala telinga ini mendengar~ hati ini menginsafi apa yang berlaku dalam hidup aku...
betapa tingginya nilai maaf..tidak siapa mampu letakkan nilainya... kecuali individu seorang yang hanya mementingkan keduniaan...
ruginya manusia sekiranya hidup tak bermakna hanya kerana menunggu ucapan maaf berbalas~

diri terasa kerdil..kerana aku hanya manusia yang tidak pernah layak membenci manusia lain..
aku juga amat takut jika mereka memperlakukan kepada aku seperti mana kisah mereka lewati~

satu lagi insan~
ia mbuatkan aku lemah...aku tak mampu mengenalinya..
kerana kisah dia terlalu jauh utk aku gapai... berceritalah pada angin sekali pun...
angin takkan mampu menyampaikan yang aku sentiasa melatari kisah hidupnya dengan apa yg aku dengar...
bohong lah pada dunia mana sekali pun...
aku akan jadi satu-satunya pemegang cerita yang 'mati' bersama 'bukunya'~
dia terlalu terasing...bukan kerana hidupnya diasingkan oleh aku...
tapi...hanya himpitan masa...
yang tidak pernah membuatkan aku menelahkan apa hidupnya...

lama...dan tidak akan baru...
itu lah satu2 nama yang membuatkan aku benci bila aku mendengarnya..
agak bisa orang mengatakan... "dia takkan beritahu selagi tidak tanya"~
sikap ini membuatkan aku jelak...kerana...
entah...dah lama gila rasa meluat kala aku melihat ulahnya bercerita pada khalayak~
p/s: ikhlas pada orang terpilih membuatkan orang 'underestimated' setiap apa yang dilakukan,....

Duhai sahabat~
rentetan sebuah kisah tidak mewajibkan aku mengaranginya dgn 1001 perkataan..
kerana kadangkala..kisah itu hanya layak 'mati' di situ~
mgkin mimpi yang menjengah.. sudah cukup membantu aku membawakan 'rasa' itu lenyap bersama 'buih' rindu~ p/s:mungkin sahaja bisa~
biar sahaja ia terluput bersama kelamnya malam utk keesokan hari...
~mimpi itu aku mampu hindarnya jika aku tak teringat langsung akannya~


tuntas ceritaku:
ia mengandungi 6 cerita...aku tak pandai bercerita layaknya..
jadi...aku pulangkan kerinduan aku ini kepada Yang Akhir~Tuhan Yang Tak Pernah Mati
Sang Perindu yang tak pernah mati~ biar sahaja sujud ku membuat ku 'lelah'.. tapi ehsan manusia itu takkan pernah aku akan ku gapai... -insyallah...


layaknya...jalan cerita digarap melalui teknik penulisan yg abstrak...
hahahhah.....so...this is my style..dont pressure urself to understand it...
adakalanya...bahasa tidak perlu digarap mengikut tertil~

wassalam~







Sunday, May 29, 2011

sepi

rase sepi wat aku mati....
rase rindu mbuat aku sepi...

mane satu rase itu yg btandang dulu..??
hati sendiri pun tidak faham...

sepi yg enak dicengkam malam...
berbunga dipagari bintang...
senyap aku mgamatinya shingga tiada jemu....

rindu itu senyap mgikut angin....
mcari deria yg tdampar pada Sang Hakiki----

lantas,
rase ini lenyap bsama indahnya alam...

adakah rindu itu mnakjubkan??

jawapan itu belum mutlak...
krn aku sdg mnikmatinya....




~hahahahar~

mungkin kita duduk di suatu sudut....
bkumpul dgn semua rase yg celaru...
tapi bisu itu tetap mbuatkan aku kelam....



aku harap....
mereka...
yg selalu 'mnepuk' belakang aku...
tidak pernah mninggalkan aku myusuri denai hiduup yg gelap.....







p/s: rase  itu masih same spt semalam....... ^^

Monday, June 21, 2010

salah satu madah jiwang...

KAU SEPERTI…


BUNGA AKAN LAYU BILA TIBA MASANYA, PANTAI AKAN BERUBAH MENGIKUT OMBAK… BULAN ITU TERLALU JAUH UNTUK DICAPAI…
JADI APAKAH YANG HARUS AKU UMPAMAKAN UNTUK ENGKAU… ENGKAU…
TERLALU LEMBUT UNTUK DIBAHASAKAN, MENEMANI HARIKU SEPERTI ANGIN MENYAPA DAN MENYEJUKKAN DIRI INI. NAMUN AKU JUGA TAHU, ANGIN BISA BERUBAH MENJADI GANAS…
CAHAYA?!
IA AKAN HILANG JIKA TIADA SINARNYA… SEPERTI LILIN YANG MENEMANI MALAMKU, NAMUN AKU JUGA TAHU LAMBAT LAUN IA AKAN HABIS DIMAMAH API YANG PANAS… ADAKAH ENGKAU SEPERTI ITU?! AH, TIDAK SAMA SEKALI!!!
ENGKAU ADALAH DIRIKU, LAYANANKU MENGAMBARKAN BETAPA AKU MENYENANGI KEHADIRAN ENGKAU DALAM HIDUPKU… TANPA ENGKAU HILANGLAH SEPARUH DIRIKU… JADI MANUSIA KEJI ATAU HINA. TANPA PERASAAN!!!
WAH!!!
ALANGKAH MENARIKNYA DUNIA INI BERSULAMKAN KASIH SAYANG YANG TERJALIN. SALING BERGANTUNG DAN MENDAPAT FAEDAH MASING-MASING. PENDEK KATA, SESUATU BENDA YANG TIDAK MENARIK AKAN MENJADI MENGASYIKKAN JIKA DIGABUNGKAN DENGAN PERKARA YANG MENYERONOKKAN. WAH!!! SUNGGUH SEMPURNA PASANGAN ITU.
ENGKAU DAN CINTA ENGKAU,
DATANG MENYAPA KAMAR HATI INI, MENGISI RUANG YANG KOSONG. DAN JIKA ENGKAU PERGI ATAU MENGHILANG… GERSANGLAH JIWA INI, MUSNAHLAH NIKMAT KEHIDUPAN.
TETAPI AKU TETAP SEDAR SUATU HARI NANTI ENGKAU AKAN PERGI
JUGA JAUH DARI ALAM SEMESTA INI BERSAMA TUHAN…
JADI!!!
SIAPAKAH ENGKAU SEBENARNYA DI SISI AKU… A’HA HANYA PENEMAN SEUMUR HIDUP DI DUNIA FANA INI, SEBAGAI PANDUAN MENCARI CINTA SEJATI… SERTA MENGAJAR SEGALA PERKARA UNTUK AKU MENJADI MANUSIA PALING GEMBIRA DI DUNIA INI. TERIMA KASIH KERNA PERNAH HADIR DALAM HIDUP INI… 



PENA.
ARY-KASYA


p/s: da lama ayat ni aku cipta...aku tak egat bila....saja nk update blog aku...hahahha