Sunday, November 13, 2011

aDA saTU kiSAh yaNG tAK Pernah maTI

"Sahabat itu seperti subjek sejarah, silibusnya tak pernah mati...sebab tak pernah izinkan kita tutup buku Selagi tak sampai hari 'exam" ~ Ary K.

Assalamualaikum~ aku teringat satu kisah... (saper mampu tafsir...korg mmg kenal aku)

Bila manusia itu dah sukar nak bercakap, ia akan menunggu bicara mata....
apa yang terpacar itulah kata2 yang sebenarnya ingin diungkapkan...
bukan senang nak memperkatakan sesuatu yang mudah... ~hatta, paksaan itu diterima daripada pelbagai sudut..

matanya, terlalu 'jernih' aku baca.. kisah itu ada di situ, tapi mulut tidak sekali terbuka utk menanya~
p/s: matanya menceritakan sesuatu hal yang ingin aku tembusi~

bukan senang menerima apa yang kurang pada diri org lain... kerana kelemahan mereka itu amat menjelikkan mata yang memandang...bahkan suaranya pun bisa mbuatkan aku ingin berlari beribu batu dari sisinya...
bukan benci rasa ini..tapi..entah...aku sukar menterjemahkan apa yang aku rasa...
mungkin sudah lumrah...manusia itu tidak boleh menyukai apa yang mata ti dak suka...
tapi~ aku berdoa dengan khilafku, supaya aku mampu menerima sesiapa jua manusia yang pernah hadir dalam hidup aku untuk keharmonian hidupku..
kerana, tidak mustahil apa yang kita benci pada hari ini...kelak kita akan menyukainya amat~

p/s: kisah sahabat memang selalu bermula dengan kisah yang pelik...terlalu banyak yang aku dengar tentangnya..

Menghadap orang menangis bukan sesuatu yang aku selalu minta...krn diri ini pun pernah menangis atas perkara yang sama... *tapi perantaraan aku hanya aku-hati-Allah*
tetapi apabila cerita itu telah berulang...
kali ke-2~  kali ke-3~ kali ke-4...
masuk kali ke-5...mungkin aku hanya mampu jadi pendengar...
tiada kudrat lagi mampu terlaksana untuk menghukum apa yang 'terlampir' di hadapan aku~
kala telinga ini mendengar~ hati ini menginsafi apa yang berlaku dalam hidup aku...
betapa tingginya nilai maaf..tidak siapa mampu letakkan nilainya... kecuali individu seorang yang hanya mementingkan keduniaan...
ruginya manusia sekiranya hidup tak bermakna hanya kerana menunggu ucapan maaf berbalas~

diri terasa kerdil..kerana aku hanya manusia yang tidak pernah layak membenci manusia lain..
aku juga amat takut jika mereka memperlakukan kepada aku seperti mana kisah mereka lewati~

satu lagi insan~
ia mbuatkan aku lemah...aku tak mampu mengenalinya..
kerana kisah dia terlalu jauh utk aku gapai... berceritalah pada angin sekali pun...
angin takkan mampu menyampaikan yang aku sentiasa melatari kisah hidupnya dengan apa yg aku dengar...
bohong lah pada dunia mana sekali pun...
aku akan jadi satu-satunya pemegang cerita yang 'mati' bersama 'bukunya'~
dia terlalu terasing...bukan kerana hidupnya diasingkan oleh aku...
tapi...hanya himpitan masa...
yang tidak pernah membuatkan aku menelahkan apa hidupnya...

lama...dan tidak akan baru...
itu lah satu2 nama yang membuatkan aku benci bila aku mendengarnya..
agak bisa orang mengatakan... "dia takkan beritahu selagi tidak tanya"~
sikap ini membuatkan aku jelak...kerana...
entah...dah lama gila rasa meluat kala aku melihat ulahnya bercerita pada khalayak~
p/s: ikhlas pada orang terpilih membuatkan orang 'underestimated' setiap apa yang dilakukan,....

Duhai sahabat~
rentetan sebuah kisah tidak mewajibkan aku mengaranginya dgn 1001 perkataan..
kerana kadangkala..kisah itu hanya layak 'mati' di situ~
mgkin mimpi yang menjengah.. sudah cukup membantu aku membawakan 'rasa' itu lenyap bersama 'buih' rindu~ p/s:mungkin sahaja bisa~
biar sahaja ia terluput bersama kelamnya malam utk keesokan hari...
~mimpi itu aku mampu hindarnya jika aku tak teringat langsung akannya~


tuntas ceritaku:
ia mengandungi 6 cerita...aku tak pandai bercerita layaknya..
jadi...aku pulangkan kerinduan aku ini kepada Yang Akhir~Tuhan Yang Tak Pernah Mati
Sang Perindu yang tak pernah mati~ biar sahaja sujud ku membuat ku 'lelah'.. tapi ehsan manusia itu takkan pernah aku akan ku gapai... -insyallah...


layaknya...jalan cerita digarap melalui teknik penulisan yg abstrak...
hahahhah.....so...this is my style..dont pressure urself to understand it...
adakalanya...bahasa tidak perlu digarap mengikut tertil~

wassalam~







No comments:

Post a Comment