Showing posts with label Daie. Show all posts
Showing posts with label Daie. Show all posts

Sunday, August 17, 2014

Maksiat VS Dosa

Diri ini pernah mengangkat tangan dalam kelas suatu tika dahulu, "Ustazah, apa beza dosa dan maksiat?"

Ustazah jawab dengan lancar setelah beri satu pandangan yang menyakinkan itu soalan yang mudah baginya, "Maksiat itu apa jua jenayah yang manusia lakukan dengan sengaja ataupun tidak dengan melanggar segala perintah Allah."

Lemparan senyuman. Seakan-akan mempersoalkan kefahaman aku.

Lalu, penjelasannya bersambung, "Kita ni, sama ada lupa secara sengaja ataupun tidak meninggalkan solat tuh jenayah, meninggalkan puasa pada bulan Ramadhan itu jenayah dan apa lagi?"

"Merompak?," aku sahut secara spontan.

"Ya, merompak itu jenayah. Secara umumnya kita tahu merompak tu memang tak boleh sebab memberi kerugian kepada orang lain. Tetapi, yang saya nak tekankan ni, kita ni lupa dan kategorikan secara pisahan antara jenayah dan maksiat. Ia benda yang sama. Apa yang Allah tidak suka kita lakukan, larang sekeras-kerasnya sebenarnya menurut fitrah manusia. Manusia jua tidak suka jenayah/maksiat itu berlaku dalam kehidupan kita. Umumnya, kita nampak jenayah itu merompak, merogol, mencuri, menyamun, membunuh dan sebagainya. Tetapi, larangan Allah terhadap jangan tinggal solat, jangan tinggal puasa, jangan derhaka. Kita lupa sebab jatuhan hukumannya tak nampak berbanding dengan merompak, merogol dan membunuh?"

"Ho, patutlah hukum hudud itu ada?"

Ustazah senyum, "Hukum hudud itu hukum Allah. Segala maksiat yang Allah larang kita lakukan dah ada hukumannya di dunia mahupun di akhirat. Kenapa kita tak lakukan? Sebab ada pemerintah yang tak mengintirafkannya. Saya tanya kamu. Negara kita ni, negara Islam ataupun tidak?"
Dengan yakin aku jawab, "Negara Islam sebab dalam perlembagaan kata."

"Awak yakin? Macamana dengan pelaksanaan?"

Aku terdiam. Mulai meragui jawapan aku tadi. Namun ustazah membiarkan aku dalam persoalan itu. Ustazah seolah-olah yakin aku mampu memikirkannya. Ya. Aku tahu jawapan itu dan aku diam sendiri.

"Dosa pula adalah kesan jika kita melakukan maksiat ataupun jenayah."

"Maksiat hati dan mata pun jenayah ke ustazah?"

"Ya."

Jawapan ustazah yang pendek ni membuatkan aku mencari jawapan penuhnya sepanjang hidup aku selepas itu.

Maksiat hati tamsilnya boleh dilampirkan seperti memikirkan seseorang sehingga kita leka tanggungjawab kita kepada Allah dan agamanya. hati kita lalai memikirkan asyik masyuk tentang sesorang. Lagi-lagi kalau yang dah bercinta sebelum ijab. Allahu. 

Ia maksiat rakan-rakan. Dan Allah tak suka.

Peringatan ini dilampirkan untuk diriku sendiri dahulu.

Maksiat hati pula seperti menonton aurat orang yang ajnabi atau bukan mahram bagi kita. Kita senang-senang je melakukannya sebab kita tak pernah pun dapat surat saman daripada polis yang menyatakan RM300 kerana melihat aurat sipolan-sipolan pada hari dan waktu sekian-sekian. 
Hamboi, kalau tiapkali surat saman sampai. Aku rasa hidup aku akan sentiasa pandang tanah atau mendongak ke langit sebab tak mampu bayar saman nanti. Allahu, miskinnya aku. Allahu, ampunkan aku. 

Itu pasal dosa mata ni Allah denda melalui kurangkan nikmat beribadat kepadanya. Kalau kita punya kesukaan suka melihat sesuatu yang bukan hak kita hati kita akan hitam. Kita akan malas untuk beribadat.

Ustaz Kazim Elias pernah kata, "Jangan diendahkan setompok hitam kat muka kita tetap risaulah tompok hitam pada hati kita sebab Allah tak menilai pada rupa kita tetapi pada hati kita."
SubhanaAllah, pemurahnya Allah. Allah sangat mencintai hambaNya kawan-kawan.

Ayuh, menjadi hambaNya. Biiznillah.

Allahu.

Panjangnya refleksi al-Waqiah hari ni. Alhamdulillah. 
Al-Waqiah menceritakan perihal Hari Kebangkitan. Gerun serta menakutkan.

Moga-moga hati sentiasa ingat apa yang aku taip ini. 

Allahumma, Amin. 

***********

by Ary Kasya
17082014 | 2033H

Tuesday, May 20, 2014

#Kempen :: Sayangi Aurat



"Gatallah, kena serang dengan nyamuk"…
"Padan muka, siapa suruh pakai lengan pendek. Allah kan da suruh kita pakai lengan panjang. Kita kan perempuan."
Ayat ni macam pedas.
Ayat ni macam sentap.
Tapi ayat ni permulaan bagi segala pencarianku. Alhamdulillah.
Dah lama dah. Masa zaman sekolah lagi.
Ia umpama ‘babystep’ bagi aku mencari ‘turning point’ dalam pencarianku..
Aku tak tau macamana nak ucap terima kasih kepada empunya diri.. Jadi aku sentiasa akan mendoakannya hampir setiap hari sebab dia kata hadiah paling besar maknanya ialah doa. *senyum*
Aku sentiasa merasai kasih sayang dalam ukhwah tiapkali teringatnya.
Tak semena-mena bibir akan tersungging senyum.
JazakaAllahukhairan ya ukhti..
Uhibbuki fillah, insyaAllah.
p.s: Tiapkali bersua, aku sentiasa merakam nasihatnya. Aku dahagakan nasihat yang terpacul daripadanya. Dia kayu pengukur untuk aku. Meskipun kami berada dalam lingkaran yang sama. Sebahagian daripada hidupku, aku ikut nasihatnya.
Allah, saya rindu.
Moga Allah permudahkan urusanmu segalanya dalam minggu ni dan seterusnya. InsyaAllah. Alhamdulillah.
p.s (lagi sekali): Jangan tayang aurat kita², dan mereka².. Kalau terasa nak jumpa kita semua ni dalam syurga Allah. Jom kita tapis gambar medium sosial kita. Jom kita tapis cara kita bergambar. Jom kita tapis apa gambar yang kita kongsi. Jom dan jom kita jaga aurat kita, keluarga kita, dan kawan² kita. InsyaAllah, #kitaubah apa yang mampu kita buat. Walaupun manusia tak pandang tindakan kecil ni tapi Allah akan pandang kita dengan rahmatNya. InsyaAllah.
"Gambar yang mahal, aku nekad tak nak kongsi di laman yang murah. Aku nak kongsi dalam memoriku untuk ke laman syurga Allah. Amin". - Ary Kasya

Tuesday, May 13, 2014

Surat Jemputan

Assalamualaikum,

Akhwat...
Ukhti..

membentuk...
Ukhwah.

JazakaAllah...

Terima kasih terima saya sbg kawan..

Wlpn kadang² saya ni agak kurang sempurna..tapi kalian tetap sudi bergelak tawa, berserius sama serta melayan shj perangai keanak-anakkan ini..

Tadi murabbi kata..

"Allah dah bagi surat cinta kepada kita berserta surat jemputan untuk ke syurgaNya. Dalam jemputan itu kita diajak bersantap bersamaNya dan kekasihNya Rasulullah"

Tak sedar..

Kita selalu lupa, itulah 'hadiah' yang harus kita kejar daripada Tuhan kita.

Syurga Allah...

Hati nan kecil ini terasa sungguh..lalu terasa panas di bibir mata..

Allah Tuhan ku..

Aku rindu..

Tapi aku belum cukup sempurna..
Aku sudah dapat 'jemputan' itu...

Harap Kau kirimkan hati kami sahabat² yg solehah/soleh..

Amin ya Rabb..

Aku rindu..

Harap masih mampu terus berlari..insyaAllah

Dapat seorang ukhwah pun sudah mendamaikan hati kecil ini..sebab Allah kirimkannya sesuai dgn fitrah..

Alhamdulillah...

p/s: kepada yang berkenaan, saya guna gambar anda jangan marah naa... (senyum)
 — at Perkampungan Budaya Bukit Cerakah.


Sunday, July 28, 2013

Ramadhan 2013

Assalamualaikum kalian.
Macamana puasa hari ini?

Harap mampu diteruskan. InshaAllah sampai ke akhir.
Alhamdulillah, hari ini dah hari ke -20 kita berpuasa. Dah masuk fasa 10 malam terakhir. 10 malam terakhir ini kita digalakkan merebut malam lailatulqadar. Malam ini adalah ganjaran yang terbaik kerana dijanjikan pahala seumpama 1000bulan. Besar betul ganjaran ini kawan-kawan. Marilah kita sama-sama merebutnya lantas menjadi ummah yang beruntung. InshaAllah.

Alhamdulillah ini adalah Ramadhan yang ke-2 ku menyambutnya dalam kesederhanaan bersama keluarga. Kalau dahulu Ramadhanku agak meriah dengan makanan yang beraneka di atas meja. Air yang berjenis-jenis sampai kembung perut dan rasa agak sendat selepas berbuka tetapi sejak 2 tahun ini kami berbuka dengan apa yang ada sahaja bersama dengan keluarga. Bagiku cukuplah Ramadhanku tanpa pembaziran. Aku tidak mahu membazir kerana terlalu ramai saudara seiktikad denganku tidak mampu berpuasa dengan senikmatku. Ada sahaja dalam kalangan mereka yang tidak cukup makan pakai. Hidangan untuk berbuka dan bersahur hanya seteguk air.

Sekadar air kawan-kawan.

Kita?

Kita ini dilimpahi nikmat.

Kadangkala membazir dan semua lauk dibiarkan terbuang. Adakah puasa kita hanya memikirkan nikmat makanan sahaja kawan-kawan?

Kadangkala puasa kita ini hanya menjadi sesuatu yang dibudayakan. Puasa itu hanya diisikan dengan lapar dan dahaga. Pengisian jadual harian penuh dengan tidur dan aktiviti yang lagha. Beginikah kita mengisi Ramadhan kita? Hanya  dengan penat dan keluhan.

“Aku penat.”“Aku lapar.”“Aku haus.”“Aku mengantuk.”

Sepanjang hari ini sahaja yang kita luahkan. Kita tidak langsung memikir kebesaran Ramadhan. Kita langsung tidak muhasabah diri kita. Kita langsung tidak meletakkan situasi kita kepada nasib yang kurang bernasib baik. Kita hanya tahan LAPAR & DAHAGA dan ini adalah perkara yang sia-sia dan merugikan, wahai kawan-kawanku.

Dimanakah kita letakkan makna Ramadhan?

Dimanakah kita letak kemampuan diri untuk mengejar nikmat Ramadhan?

Adakah hanya di bazar-bazar dan senarai makanan?

Adakah hanya di katil?

Adakah hanya dengan kerja perihal dunia semata-semata?

Adakah hanya dengan keluhan dan demi keluhan?

Mana kesedaran kita?

Mana?

Pernah tak kita cari?

Pernah tak cuba cari makna pengisian Ramadhan?

Pernah tak kita cuba kawan-kawan?

Tanyalah diri kita sendiri kawan-kawan kerana hanya diri kita sahaja tahu siapa diri kita.

Jangan dijadikan Ramadhan ini hanya sesuatu ‘benda’ yang datang dan pergi sahaja kawana-kawan.

Di Syria, Mesir, Gaza dan merata-rata lagi saudara kita ada yang menyambutnya dengan bersahur dan berbuka dengan darah dan mayat.

Kita?

Makanan?

Ini sajakah?

Mana doa kita untuk mereka?

Mana sifat perjuangan kita untuk Allah?

Mana?

*semua pertanyaan ini dituju khas untuk diri aku sendiri*

Disana, para ibu menyiapkan kelengkapan senjata untuk anak-anak mereka untuk berjihad. Kita kat sini?

Kita lemah bukan?

Sedar tak?

Kerana terasa diri masih terbatas aku merasa sedih.
Aku harap aku hanya mampu memperbaiki diri aku untuk lebih baik. Mengajak kebaikkan dan melaksanakan kebaikkan. Sebab aku sedar aku alpa.

Nasihatku, jangan diisi Ramadhan dengan lapar dan dahaga sahaja. Ini masa kita muhasabah untuk menjadi hambaNYA.
Nasihatku, carilah makna Ramadhan dalam diri kita.
Nasihatku, berpuasa dalam bulan Ramadhan bukan budaya masyarakat ia adalah satu rahmat Allah. Kejarlah ia kerana Ramadhan dah makin laju memacukan lariannya.
Masih belum terlambat. Masih belum terlambat mencari kemanisannya. InshaAllah.

JANGAN JADIKAN RAMADHAN BUDAYA kerana dah terlalu banyak perihal Islam di Malaysia yang dibudayakan.

JANGAN JADIKAN RAMADHAN HANYA SEMATA-MATA UNTUK MERAIKAN AIDILFITRI kerana ia bukan target utama RASULLUALLAH dan para sahabat.

RAMADHAN DAH SEMAKIN LAJU MEMACUKAN LARIAN.

ADAKAH KITA SEDAR?

“jangan dikejar perihal dunia terlalu banyak, kita dah lama leka.jangan dikejar nafsu terlalu rakus, kita da lama kalah.jangan dikejarkan lailatuQAMDAR kerana lailatuQADAR sedang menunggu. tetaplah pada bonus-bonus RAMADHAN.kejarlah nikmatnya kali ini.
inshaAllah”~ Ary Kasya.

p/s: nasihat utk diri sendiri.

#ubah


AYUH #UBAH #RAMADHAN #INSAFKU…


Sunday, July 14, 2013

Sedekah + Quran

Assalamualaikum.


lps subuh selalunya menjadi waktu muahasabah bagi aku kala aku jadi perantau.
lps waktu subuh aku selalu termenung utk menunggu matahari mlabuhkan cahayanya di bumi perantauan aku ini. Alhamdulillah tanah perantauan aku masih lagi bumi Shah Alam.

Alhamdulillah~

waktu lepas subuh tak baik tidur balik sebab Nabi tak suka. jadi aku cuba bersungguh2 didik diri aku tak 'collapse' diri aku balik lepas bnr2 subuh... terasa Nabi mcm taknak kawan aku... jadi kalo tertidur lajak... aku akan termenung. sedih sebab tak mampu lawan nafsu. :)

ok..

jum cuba baca pengongsian aku...

aku teringat kata-kata ayah;

"harta itu bkn milik kita. guna sehabis baik. ia bukan utk digenggam. ia bukan dibiarkan selonggok. apalah sgt duit dan harta berbanding kasih sayang?"

hurm..

harta.

apa sgt harta yg aku ada?

yg ada pun duit PTPTN. alhamdulillah masih ada lg berbaki.

setakat ni aku selalu pujuk diri aku kalau sedih atau gembira ringankan tgn sedekah.
memberi kemanisan kpd org lain. memberi peluang kepada org merasai nikmatNya yg mungkin merekatidak mampu merasai dgn usaha sendiri...

istilah situasi ini ialah sedekah.

sedekah adalah cara paling mudah utk meningkatkan saham akhirat.
sebab sedekah guna konsep Multi Level Marketing, MLM.
sekali kita labur ia akan bergerak macam air... kita selalu dpt % kita. masuk terus dalam akaun kita.

:)

subhanaAllah.

syarat ia satu je...
iaitu IKHLAS..

byk manfaat sedekah ini.

antara yg menjadi motivasi aku utk jadikan sedekah sebagai habit aku ialah;

"sekali kita sedekah. kita akan dapat imbuhannya 10x ganda."

apalah sgt harta yg kita pegang kat dunia ni.
semua akan akan jadi debu.
harta dunia kalo digenggam sgt akan pengarui jadi hamba yg menyombong.
dan org yg sombong adalah golongan org2 yg rugi. Allah tak suka. bahkan Allah campak golongan ini ke dalam Jahim. ada dalam ayat Quran. apa jua tertera kat Quran adalah janji2 Allah.


nauzubillah.

harap kita tak termasuk dalam golongan ini. amin.

kawan2.
yg seiktikad dgn ku..

aku seru.
bacalah Quran.
jadikanlah ia habit kita.

sehari sekali 1page pun jadilah.
sehari pandang2, jeling2 kat Quran.
kalau tak terlintas nak amik n baca.... kutuk diri sndr...

kutuk yg sekutuknya krn malas nak memBACA....

sebab apabila kita putus nafas kelak.
kita akan termasuk dalam golongan yg rugi kalau tak didik diri kita.

jangan jadikan diri kita rugi.

nauzubillah.

byk perumpamaan betapa manisnya org yg mengamalkan Quran. secara konsisten..
antara Quote yg jadi favourite ialah;

"AYAT Quran itu ada penjaga bg hati2 yg baik. ia diibaratkan air sungai yg mengalir. pembersih hati yg kotor dan tidak tenang. apabila dibaca berulang-ulang maksudnya kita cuba membersihkan hati kita. dahulu hati jahil. tapi sekarang asyik sedar jer... inshaAllah..."

bacalah.
bacalah dgn lidah yg ringan.

bacalah.
pujuklah hati agar menjadi tenang.

bacalah.
sebab Allah suka.


sekali kita pujuk diri kita buat kebaikkan..
itu bermakna kita dlm proses jihad.
kita berjihad melawan nafsu diri yg membawa kita kpd kerugia...

inshaAllah..

moga ada keberkatan..

:)







Monday, February 4, 2013

disebalik tabir 21st ku...

Assalamualaikum...


terimakasih kpd Allah krn melimpahi kurnian rahmatNya kpd aku...
terimakasih kpd Allah krn dgn rahmatNya ini aku merasai jg nikmat mencapai 21tahun... insyaAllah :)

optimis!

berfikiran positif!

ermm.
tak semua orang mampu berterusan berfikiran positif..

bila goyah melanda..
hati carca marba...
hati bersimpang-siur..

lalu tingkah menunjukkan rasa...
gerak kerja memberikan jawapan setiap apa yg dilakukan...

21 tahun.

hehe.
sebelum 21tahun lagi aku diajukan soalan cepumas...

~apa pandangan aku thadap negara?
~apa pandangan aku thadap politik?
~apa pandangan aku thadap agama?
~apa pengerak utama motivasi kendiri aku?

*** nak taip jawapan semua soalan ni mmg mlalut j aku taip nnt..

make it short!

negara ku adalah Malaysia... apa yg ada didalamnya buat aku bersyukur sekali aku sbg rakyatnya..
bumi yg kaya... dan aku ingin sekali jd penyumbang thadap kemajuannya..

aku teringin mjadi insan yg mberi pencerahan minda thadap generasi akn dtg..
teringin sekali bahu-membahu dgn rakan2 yg sealiran pemikiran sebagai pemacu generasi...
dan berterusan berada dlm kelompok mereka...

"bukan senang nak jadi senang, dan bukan susah nak jadi susah..."
***Malaysia... ayuh bgkitlah.. ramai lagi dibelakangmu ingin menumpang teduh.. mharapkan pelindungan drmu...

***Malaysia... sbg ank watanmu.. aku mendoakan kesejahteraan sampai generasi akan dtg~

ayuh Malaysia...
jgn terjebak 'apply'kan konsep 3rd law thermodynamic... entropy law..
*membiarkan unused energy tlalu byk akibat pemikiran egois dan kepentingan peribadi*

"kita bisa menyatu.. kerana kita adalah satu.. "~ Rako Prijanto
agamaku satu...
syahadahku satu..
"bertuhankan Tuhan yg satu,iaitu Allah..
bersaksikan N. Muhammad itu pesuruhNya.. "
kiblat kita sama..
akidah kita sama...

ku harap kita bisa melestarikan apa yg dipesan melalui kitabNya..
ku harap kita mengikuti sunnahnya..

*Allahu, sesungguhnya zaman kita ini adalah zaman yg penuh dugaan.. tetapi kita inilah yg sering dirindui oleh N. Muhammad SAW... beliau mnangis kerana risaukan akidah dan akhlak kita... dia amat merindui kepada sesiapa yg mengamalkan sunnahnya...

*tapi syg... ramai kelompok yg mengamalkan sunnahnya utk tujuan kepentingan sendiri... Allahu Rabbi.. nauzubillah!

moga ditetapkan iman kita...
moga ditetapkan agama kita..

ayuh bangsa!
tegarlah kamo dgn ajaran Islam..
hidup dan matilah kerana syahadah...

"syahadah itu bukan sekadar lafaz, ia adalah tanggungjawab dlm mengESAkan Allah dlm kehidupan kita"
*ku berharap, politik itu hanya alat dan cara utk menyatukan ummah.. bkn alat perpecahan ummah*

aku adalah diriku..
melatih diri menjadi lebih baik adalah agendaku..

usiaku berterusan meningkat..

70 kali Malaikat Maut menjengah wajah kita kurang drp sejengkal TIAP-TIAP hari...

dlm penyaksianku..
ramai sudah rakan sebayaku yg baik2.. dan soleh2 telah dijemput dahulu..
*aduh... manisnya iman mereka...*

hati terlalu sedih krn org baik2 dah dijemput Ilahi..

kalian tak jeles ke nak mati dlm iman...
diberi hadiah mati dlm kelazatan iman...

Allahu..
mereka adalah pejuangMu...
aku ingin menjadi sebahagian drp mereka...

insyaAllah...

***al-Fatihah..


maniskan iman kami ya Allah..
hidupkan kami dgn iman..
matikan kami dgn iman...
dan bangkitkan kami dgn iman...

insyaAllah..

Amin ya Rabb...

"doa drp sahabat.. dan doa drp insan2 yg disayangi adalah hadiah paling hebat"<<<< terimakasih!

moga iman kita kuat..
moga kita berterusan ingat Allah..

:)

wassalam~



Sunday, August 12, 2012

Pupuklah Cemburu kpd perkara yg Allah suka~



Assalamualaikum...

hai kawan2.... harp Allah mberkati kesihatan kalian~

Kisah Benar... :)

perempuan mempunyai sikap cemburu yg sgt tinggi..


kadangkala tak bertempat dan buat org mnyampah dan silap2 Allah pun tak suka...


nak tau apa sikap cemburu yg Allah suka dan wat kita lagi kita lagi dekat dgnNya??


jawapan:

pupuklah cemburu dlm hati kamu mencemburui amalan org2 ahli ibadat...

nescaya kamu tdetik hati nak mcontohi dan mengamalkannya dlm kehidupan seharian kalian...



contoh..:

one day, sorang gadis biasa ni.. cube merasai cemburu kpd sorg gadis yg hijabnya sgt labuh yg hari2 dia jumpa dekat bstop..

dia tanya dirinya pada Allah... *dan berharap pertanyaannya Allah dgr*

"ya Allah.. cemburunya aku kpdnya.."
"ya Allah.. penuhilah hajat aku nak tutup auratku sempurna spt saudaraku ini..."

then..




ZUPPP..


satu aliran sgt murni mlalui hati si gadis itu..

lalu ia bgenang air mata..

lalu mnangis...




dia tertanya sendiri..
"ya Allah... knp aku berasa begini?"

pada suatu malam.

dia hadir satu tazkirah...


ayat ustaz ni.. wat dia rasa hiba lagi...

"bila rasa nak berinteraksi dgn Allah.. teruskan aja dialog itu.. Allah Mendengar... Dia tau isi hati setiap hambaNya.. dan ketahuilah.. apabila kamu berdoa/berinteraksi.. tiba2 rasa hati seperti ada tersentuh.. itu tandanya, Allah mbalas dialog kmo.."



Allahuakbar...


si gadis terpempan... dan bsyukur.. lalu berkata..


"maniskanlah imanku sampai aku mati... amin"

Monday, August 6, 2012

Ikan Nun & Sang Semut dgn Nabi Sulaiman A.S


Surah Taha
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. [Ayat : 132]

 Assalamualaikum WBT

hye kawan2 and pembaca yg berkunjung...
harap Allah memberkati hidup kalian dgn kesihatan yg baik... >>insyaAllah :)

ditampal diatas Ayat Surah Ta-Ha 132, dimana ia menceritakan mengenai rezeki...

Dikisahkan pada malam tadi oleh ustaz yg bersuara macam Fahrin Ahmad pada tazkirah selingan masa Solat Sunat Terawih...

p/s: seperti biasa akan cuba menulis sehabis baik ttg cerita ini :)

Bismillahirrahmannirrahim~

Ikan Nun

Alkisahnya, pada suatu hari Allah memerintahkan Nabi Sulaiman mencari rezeki keseluruh dunia yakni meliputi barat, timur, selatan dan utara.

Atas arahan tersebut itu... Nabi Sulaiman memerintah semua jelatanya memenuhi perintah Allah tersebut...

*seperti diketahui ramai, jelata Sulaiman meliputi seluruh makhluk manusia, haiwan dan alam ghaib >> subhanaAllah*

Apabila telah selesai pencarian tersebut...semua rezeki tersebut dihimpunkan...

Lepas tuh... arahan Allah datang lagi...
Allah memerintah kan agar semua rezeki itu diletakkan di tepi pantai...

Setelah selesai proses tersebut...
tiba-tiba muncul seekor ikan nun yg besarnya lebih besar drp ikan paus membaham semua rezeki tanpa sedikit pun yg tertinggal~

Semua yg melihat kejadian itu terperanjat...
lalu Allah berkata lagi kepada Nabi Sulaiman dimana ayatnya berbunyi seakan gini:

"Lihatlah...kalau Aku memerintahkan kamu yg memberi rezeki kepada makhluk-Ku nescaya kamu tidak mampu.."

lalu Nabi Sulaiman langsung bersujud dan mengakui kebesaran Allah dan memuji-Nya >>subhanaAllah~

wah... besar naaaa...


Semut

kali ini semut pula...

pada suatu hari, nabi Sulaiman telah berborak dgn seekor semut dan menanyakan rezeki yg diperolehi oleh semut tersebut.

N. Sulaiman : Ya semut, berapa butir beraskah yang kau makan dlm masa sebulan?

Semut : Hanya sebutir sahaja.

lalu, Nabi Sulaiman pun menyimpan semut tersebut dlm satu bekas dan meletakkan bersama-sama dengan sebutir beras utk semut tersebut...

selepas genap 1 bulan.. Nabi Sulaiman datang kepada semut tersebut dan terkejut lalu marah kerana semut itu menipunya.

N. Sulaiman : Ya semut... mengapakah kau menipu ku? kau kata kau makan 1 butir beras sebulan tetapi kenapa hanya separuh sahaja yg baru kau makan sekarang?

Semut : Benar. Memang aku perlukan sebulan hanya sebutir beras. Tetapi ketika itu aku yakin yg Allah berikan rezeki itu utkku.. tapi kali ini kau mengurungi ku didalam bekas ini aku khuatir kau akan lupa kepada ku dan terbiarlah aku mati kelaparan jika aku bergantung rezeki itu drp kau.. aku hanya memakan separuh hanya kerana ingin mnyambung nyawaku seandainya kau lupa.

N. Sulaiman terdiam mendengar hujah tersebut.... krn ia benar sama sekali. lalu nabi Sulaiman pun memohon ampun Allah atas kekhilafannya...

semut


melalui 2 cerita ini..
jelaslah bhw setiap rezeki yg kita perolehi utk kelangsungan hidup kita dianugerahkan oleh Allah... tiada siapa pun mampu memberi rezeki keatas sesuatu makhluk itu tanpa izin Allah..

Allah yg menjaga kita... Allah yg memberi nikmat kpd kita..
yakinlah kpd janji-Nya :)

>> subhanaAllah

>> pesanan utk diri sendiri jg catatan ni

p/s: maaf sekiranya tulisan ini banyak cacat drp cantiknya... :)



Saturday, August 4, 2012

Pengembala Kambing VS Sang Pendeta

assalamualaikum....
kawan2 dan strangers (kamo pun kawan saya juga)

p/s:
kisah ini mungkin byk cacatnya. mungkin byk lupanya.. sebab tidak mcatat semasa mendengar... tapi akan berusaha mnaip dgn baik...

ini kisah Pengembala Kambing VS Sang Pendeta...

kisah ini kisah tauladan yg dicerita menerusi para sahabat Rasulullah S.A.W dan diperturunkan kpd kita utk kita berpikir..

1st thg 1st.. kpd sesiapa yg tak clear Sang Pendeta tuh apa...
meh aku habaq mai... Sang Pendeta bermaksud Cendiakawan.. org yg mkaji kitab.. dan ilmunya banyak berbanding org kebanyakkan...

dijadikan kisah....


disuatu kampung pada zaman Rasulullah S.A.W.
ada seorg pendeta yg amat arif mengenai ilmu kitab...
diperkatakan tiada siapa pun mampu menanding beliau dlm sesi bersoal jawab secara ilmiah... bahkan dlm kalangan pendeta sendiri pun dia menjadi rujukan dlm menanyakan sesuatu perkara..

*hebat sungguh*

pada suatu hari...
ada seorg pengembala kambing dlm kawasan kampung tersebut tampil dan menemui beliau utk mencabar beliau mengadakan sesi soal jawab dgn dia dihadapan seluruh org kampung...

p/s: maaf tak egat sama ada sesi ini ada pertaruhan or tak~

sang pendeta setuju mnerima cabaran tersebut krn tak mahu dikatakan tidak mmpu menandingi cabaran si pengembala kambing tersebut.....

dlm cabaran tersebut... pengembala kambing yang menetapkan syarat2nya... dimana ia menginginkan sang pendeta menanyakan dia soalan dlm bahasa isyarat....

soalan tidak boleh disebut secara lisan...
jawapan juga akan dijawab oleh pengembala kambing dlm bahasa isyarat juga~
dan pendeta pun setuju....

sesi soal jawab itu diteruskan dihadapan khalayak....

soalan pertama:

sang pendeta mengisyaratkan soalannya dengan menunjukkan jari telunjuknya ke langit...
si pengembala kambing jawab dengan menunjuk 2 jarinya ke langit...

sang pendeta jerit "Betul!"

soalan kedua:

sang pendeta memberi isyarat soalannya dengan menunjukkan 2 jari ke langit..
si pengembala jawab dengan menunjukkan 4 jarinya ke bawah....

sang pendeta jerit "BETUL!"
*kali ni penduduk kampung sudah mula menganggumi si pengembala kambing dan sang pendeta berasa hairan...*

soalan ketiga diteruskan:

sang pendeta melakarkan satu bulatan di tanah dan menunjuk jarinya ke dalam bulatan itu...
si pengembala jawab dengan mengisyaratkan sekepal penumbuk kepada pendeta...

kali ni dgn rasa terkejut gila...
sang pendeta jerit "BETUL!!!"

seluruh penduduk kampung yg menyaksikan peristiwa itu pun bersorak utk pengembala kambing yg telah menjawab semua soalan itu dgn tepat....

utk penjelasan,
seorg penduduk kampung telah menanyakan setiap makna soalan sang pendeta tadi dan mengapa jawapan pengembala kambing semua tepat....

sang pendeta menjawab,

soalan isyarat pendeta bermaksud,
"Apakah satu iktikad utk semua muslim?"
pendeta menjelaskan jawapan pengembala kambing betul dengan menunjukkan 2 jari keatas dimana ia bermaksud 2 iktikad setiap muslim ada dua iaitu bersaksi bahawa Allah itu Esa dan Nabi Muhammad itu pesuruhNya (kalimah syahadat).

soalan isyarat kedua pendeta bermaksud,
"Berapa lama lagi jumlah hari bumi dijadikan?"
jawapan pengembala jawab betul dgn menunjukkan 4 jari ke bawah dimana ia bermaksud 2 hari langit (isyarat pendeta) dijadikan dan 4 hari lagi (isyarat pengembala kambing) baki bumi dijadikan...

soalan isyarat ketiga pendeta bermaksud,
"Bagaimanakah utk menguasai bumi?"
jawapan pengembala kambing betul lagi sekali dimana sekepal penumbuk bermaksud kekuatan...
muslim harus kuat utk menguasai bumi...

Allahuakbar...
begitu rupanya~

tapi lain pulak tanggapan pengembala kambing bagi mnafsirkan setiap persoalan yg diajukan oleh sang pendeta tersebut terhadapnya..

soalan pertama pengembala beranggapan sang pendeta inginkan seekor dr kambingnya...
dia pun tunjuk 2 jari ke langit sebab dia mampu bagi lebih dr seekor pun kalau pendeta mahu...

soalan kedua pengembala menafsirkan 2 jari tunjuk ke langit itu tanduk kambing...
maka spontan dia jawab 4 jari ke bawah sebab kambing ada 4 kaki...

huhuh.. time ni aku dah gelak dah duk dgr ustaz cerita...
p/s: suara ustaz ni macam Fahrin Ahmad...

soalan ketiga pengembala kambing jawab dgn isyarat sekepal penumbuk kerana ingat sang pendeta inginkan seluruh ternakan kambingnya dgn isyarat melukis bulatan dan tunjukkan seluruhnya dgn jarinya...
pengembala kambing kata... "mana boleh! nak kene tumbuk apa pendeta ni..."

hahha...
aku dah habis gelak........

kesimpulannya disini...
ustaz yg macam suara Fahrin Ahmad ni (tak pernah tgk mukanya... dgr suara jer) kata....

nabi pernah kata, apabila kita mendengar pendapat sesorang... jgn sesekali pandang darjat dan pangkatnya.. tetapi pandang lah setiap kata-kata dan pandangannya...

hal ini terbukti pada para sahabat di mana Saidina Umar selalu dikritik tetapi dia tetap mendengar pendapat setiap rakyat dengan sabar dan memperbaiki diri nya....

hal ini dipratikkan oleh para sahabat...
jadi.. ayuh kita jua menuruti nasihat Rasulullah ini... :)
insyaAllah...

p/s: maaf kalo banyak cacat dari cantiknya... akan menerima pendapat korg kalau ada mana kesalahan dlm catatan ini~

p/s:: aku selalu tak sabar mendengar semua crt Uztaz setiap crtnya best2... hehheh...
ada kisah pasal Nabi dan sejarah2 serta perihal crt yg menginsafkan~ hihihi... hari2 dgr beliau crt time terawih ni~


selamat beribadat dlm Ramadhan ke-16





Sunday, July 22, 2012

ukhwah krn Islam itu juga mbawa kita kpd kemanisan IMAN

assalamualaikum

hai kawan~ harap sihat hendakNYA (insyaAllah)

dlm dunia ni...
suma inginkan persaudaraan yg baik bukan?

ingin menikmati rahmat Allah dengan penuh rasa berkat...

sebab dlm ISLAM juga menjaga persaudaraan sesama muslim itu penting...
krn dgn bersaudara itulah kita dpt mnanam saham Akhirat sama ada utk syurga atau neraka...
dan nauzubillah kalu hidup ini kita duk sibuk tanam saham neraka..

dengan nama Allah,
minta dijauhkan...

di universiti...
jujur cakap kita akan diuji dgn kepelbagai masalah dan ragam manusia..
dimana.. ragam tersebut hanya ada 2...

baik dan jahat~

kalau kita terjumpa dgn saudara yg baik...
ucaplah Alhamdulillah...
krn itu hidayah Allah atas rahmatNYA utk memimpin kita, dan memjaga kita dlm mengurus kehidupan kita.... insyaAllah... org yg baik2 ni lidah mereka rajin menyebutkan pesanan.. rajin mnegur khilaf kita dgn ikhlas... mereka sering menjadi kawan kita yg memimpin kita krn jalanNYA.. insyaAllah...

dan jgn lah berniat ingin menjauhi mereka...
krn nnt kita akan tergolong dlm golongan yg rugi...
~nauzubillah kawan2~

apb. terjumpa kawan yg kurang baik...
ucapkanlah juga Alhamdulillah..
kerana, ini penanda Allah ingin menguji keikhlasan kita...
dan menguji kelemahan kita utk mempaiki ia menjadi lebih baik~

inilah masanya kita tanam saham Akhirat Syurga banyak...
saling berpesan2 kpd kebaikan... ini saranan Allah dlm memperbaiki cara kita bergaul secara Islamiyah..

islam itu kan indah...
ia selalu berpesan kpd hambanya..
supaya sentiasa mencari peluang memperbaiki diri sendiri dgn hanya melalui hubungan ukhwah yg baik~


jadi..
dlm alam Universiti ni...
berazamlah nak cari n menjalinkan hubungan ukhwah kerana Allah...
krn tak rugi.. bahkan kita akan merasa nikmatnya krn Allah..

subhanaAllah...
terima kasih Allah krn selalu kirimkan kepada diri yg kerdil ini kawan yg baik2...
insyaAllah~

dan sebenarnya,
dlm dunia ni...
ketika hidup masih bergelar pelajar..
takder pon istilah "budak jahat"
krn... dah nma pon perlajar.. kesalahannya lebih banyak drp perkara yg betul
apalah sgt ttg perkara betul yg diperkatakan dan diperlakukan melainkan jika ia sering mendapat teguran dan nasihat yg hikmah...

jadi istilah jahat itu takder melainkan istilah 'kurang baik'.....

ingat..
kehidupan ini adalah satu proses pembelajaran...
diri kita... hati kita ini...
perlu dididik supaya sentiasa mendengar, menerima dan mengaplikasikan perkara baik yg kita perolehi...
dan itu.. baru digelar pelajar...

hehehheh~

p/s: maaf jika penulisan ini byk cacatnya drp cantiknya~

^^/






penutup saya:

Al-’Asr


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Demi Masa! 
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - 
kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. [1-3]