Ni kali kedua aku buat benda yang aku suka dan aku menangis.
Pertama, masa menaip cerpen aku yang kedua iaitu ‘Beku’. Setiap taipannya aku menangis dan menangis. Luar dan dalam aku menangis. Hati dan mata aku. Aku taip seolah-olah ia tidak akan dibaca oleh orang-orang yang aku rindu.
Kedua, ketika edit video ‘Konvoi Raya 2014’, Aku menangis dan menangis. Daripada satu foto ke satu foto penuh rindu. Akhirnya, aku tewas dan akan masuk bilik dan peluk bantal ketat-ketat. Menangis tanpa bunyi, airmata yang hangat sangat melemahkan aku. Ya. Aku menangis sebab amat takut ia kali yang terakhir. Perjumpaan raya 2014 sangat besar bagi aku.
Allahu, kiriman al-Fatihah untuk diri sendiri sebab terlalu lemah.
Kalau aku nak alihkan perhatian fokus aku, aku akan belek folder raya keluarga aku. Alamak! Pilihan yang salah. Rindu aku bertambah dengan pula kerenah anak buah yang banyak keletah menari-nari di layar mata. Akhirnya, perkara yang sama berulang iaitu masuk bilik dan peluk bantal kuat-kuat. Aku lagi bertambah lumpuh dan menangis.
Akhirnya aku tidur. Tidur dalam keadaan mata yang pedih. Paksaan tidur.
Allahu.
Cepatlah siap. Aku tak sanggup.
#day_3inmakingvideoraya2014
*******************************************************************************************
Semangat kamu amat kuat pada saya dalam bulan-bulan terakhir ni;
“Semangat kamu membuatkan saya terpaksa mem’beku’kan memori ini dalam bentuk tulisan. Terima kasih kerana menyuntik semangat yang semakin longgar. Moga Allah sediakan kelapangan waktu kita semua untuk bersua di salah satu hari dalam bulan Syawal untuk kali ini dan untuk Syawal pada tahun-tahun mendatang.. InsyaAllah, amin.”
Ary Kasya a.k.a ‘Adeq’
0114 | 04072014
Bagi menunjukkan ia adalah hadiah untuk semangat yang dipinjamkan kepada saya. Saya akan gigih membikinnya.
******************************************************************************************
#penjualSenyum
#eid2014
No comments:
Post a Comment