Saturday, July 27, 2013

kamera. candid. karekter.

Assalamualaikum.
Dear readers. senyum.

Dia memandangi aku dengan jelingan.
Fokus mataku masih pada kamera yang ditangan. Mengakali sesuatu. Memikir ‘angle shoot’.
“Hah! Adeq ko jangan nak snap gambar tah hapa-hapa yer. Please. Don’t candid me.”

Ha-ha.

Kepala: Memang aku nak candid kau pun.

“Suka hatilah pun nak candid. Bluek!”

“alah dia  ni………………”

Redha sajalah. Belajar redha, okay?
******
“Mama, nak candid. Jangan lari tau. Hek3.”

Snap!
Muka ternganga.
Tak sedia.

Gelak. Aku yang gelak.

“heishhhhh,” Ama mengeluh. Terkena lagilah tuh.

*****

“Kau ni tak gelak pegang kamera tak boleh ke? Ni mesti ada gambar aku tak senonoh dalam tuh kan? Heish..”

“Amiklah. Amiklah cepat.”

“Adeq nak gambar…”

Kehkeh..

Akal bekerja.

Aku balas “Jangan diminta aku ambilkan gambar. Tak pernah menjadi punya.”
Tangan skrol lagi ‘display picture’ kat skrin kamera. Cun. Puas hati.

*****

Santai.

“Mama, kenapa tak kasi aku snap candid. Sedih aku. Betul ke kau marah aku amik gambar kau?”
Dia jawab, “Bukan. Kau tuh snap gambar aku yang tah hape-hape je. Mana aku nak kasi. Kadang-kadang aku tengok gambar tuh ternganga lah. Mulut tak betul lah. Mata sepet and tah pape lagilah… buang jerlah”

“Sebab tuh jer? Tau tak aku merakam ‘natural beauty’ kau? Aku jarang tengok kau ‘face to face’. Kadang- kadang kalau ‘replay moments’ aku tak tengok gambar yang kasual dan cantik. Aku tengok gambar yang candid. Hanya dengan cara ni jer aku hargai semua memori tuh. Jadi kadang-kadang kalau tengok semua gambar tuh. Aku rasa kau ada kat sebelah aku buat semua kerja gila tuh. Bila jer lagi kau duduk sebelah aku nak buat semua ni? Tengok tuh. Gambar kau menganga besar. In natural way. In my own view. You look so happy and young. I love it. My rate 5/5. Thumbs up." Senyum.

Diam.
*****

#PecahKarekter.

Bukan senang ada masa nak tilik sikap semua org yang kita sayang.
Bukan semudah itu nak menilik sikap semua orang yang ada kat sekeliling kita. Mereka semua tiada masa langsung nak membiarkan diri mereka ditilik pun. Melainkan kita sendiri yang meluangkan masa memerhati kisah hidup mereka. Memahami dalam diam tanpa penambahan perasa dan tanpa nafsu yang membuak untuk jadi pengolah cerita mereka.

Diam. Memerhati.

Ini adalah sebaik-baik cara untuk menafsir sikap sesorang selain berdialog dan diskusi. Meskipun cara ini memakan masa. Meskipun cara ini memerlukan kesabaran tetapi tetap sajalah bersabar. Senyum.
Pecah karekter bukan aku gunakan kat Ama saja.

Kat Filza.

Kat Fitrin.

My own family member. Ayah, Mak, Along, Angah, Diba, Ahul, Akak and kerabat.

Dan kat sape-sape jer aku guna akan guna method pecah kareter ini. Candid!

Scene dialog diatas itu hanya contoh. Dimana aku maksudkan melalui pengamatan aku tentang karekter orang melalui gambar candid. Aku mencari karekter kamo semua melalui gambar. Siapa faham jiwa fotografer mungkin akan faham macamana sesuatu gambar itu berbicara.

p/s: MAMA kalau kau baca post ni, maaf yer aku guna nama kau. Tapi kalau kau ingat ayat-ayat itu pernah kau jerit kat aku. Cuma dialog aku yang aku explain kenapa aku suka amik gambar candid tuh aku reka kat sini. (touch up je sebahagian daripadanya aku pernah cakap dengan kau. Kalau kau ingat…….. #senyum)

Entah.

Bagi aku, aku amat mendukung kata-kata ahli-ahli ilmuan dahulu (maaf lupa sumber). Dimana dia kata,
“Kalau nak kenal sahabat kita. Bermalam dengannya lebih daripada 3 hari. Mengembaralah dengannya dan ujilah kesabaran dan kemarahannya terhadapmu kerana sikap manusia itu tidak mampu ditapisi apabila melebihi 3hari.”
Dalam 3 hari.

Apa kita perhati?

Habit dia seperti cara makan, tidur, mandi dan lain-lain.
Kegemarannya dan kepantangannya.
Kemarahannya
Kesabaranya.
Cara dia bercinta.
Dan ketakwaannya dalam beribadat kepada Penciptanya.

Apabila dapat pakej pemerhatian ini maka lengkaplah sesi ‘taaruf’ iaitu sesi pengenalan. Aku cakap begini bukan apa. Sebab aku dah bercampur dengan pelbagai karenah orang tapi sahabat sendiri amat jarang nak ada peluang dan apabila dapat sekali terasa macam dapat bonus. Hal ini kerana, kita boleh jer tidur kat sebelah ‘stranger’  lebih daripada 3 hari tapi itu belum pasti kita dapat mengenalinya. Belum pasti sesi taaruf itu berjaya. <<< make sure same gender ok?!

Kenapa sesi taaruf tak berjaya?

Mungkin sebab kita tidak berdialog. Kita hanya tidur sahaja disebelahnya dan enggan ambil tahu kisah hidupnya. Itu pasal gagal!

Poor on me. I have been through this awkward moment almost 1 years. Hihi. So I know how to give the cold shoulder to the person. Haish! Masa ni memang zaman EGO aku memang jahil sikit bab-bab ukhwah. So sad.

So, kawan-kawan.
Apabila pecah karekter dah berlaku kita kenal suiz hatinya. Apabila pecah karekter dah berlaku kita senang nak sentuh sisi kebaikkannya.
Senyum.

Kak Atiq pesan, “Kita mesti melihat setiap orang daripada sisi kebaikkannya baru jumpa suiz nak sentuh hati untuk mengajak kebaikkan kepadanya.”
Aku sambut nasihat ini.
inshaAllah~

#Syurga Allah itu mahal.
Sekian.


No comments:

Post a Comment