Semester baru.
Semangat baru.
Senyuman baru.
Semua bercampur gaul menjadi satu perasa. Sudah tahun akhir. Sudah masuk
tahun ketiga aku di sini. UiTM Shah Alam. Pejam celik-pejam celik tak terasa.
Macam baharu sahaja melepasi fasa Minggu Destini Pelajar. Jumpa teman sebilik
yang suka dengar nasyid dan tengok ‘Lelaki Berlari’ a.k.a ‘Running Man’. Antara
dua minatnya ini hanya nasyid sahaja jadi ikutanku. Asal dengar nasyid
kadangkala teringat Ayu. Bekas teman sebilikku. Senyum. Lagi-lagi kalau lagu
itu berkisar sirah. Lagilah memori it uterus terbang seketika teringat.
Terima
kasih ajar saya dengar nasyid.
Pada tahun satu, sesat di fakulti pada hari pertama. Turun dari bas di
bus stop Seroja bersama Ayu. Sesat masuk bangunan yang tahapahapa. Aku pun rasa
cuak. Perut rasa semacam nak membuang segala benda je yang ada dalam perut.
‘brrrrrrrrrr’. Kaki mengikuti sahaja langkah si kawan itu. Sampai satu tahap
aku amik telefon dan dail nombor senior. Kak Amy. Terasa nak menangis. Bha!
Macam lawak… kan?
Sekarang masuk FSG dah tak sesat. J
Semua senario ini terpamer lagi sekali di hadapan aku. Cerita mereka
seakan sama dengan ku. Aku seakan-akan melihat pantulan diriku pada
gelagat-gelagat ‘freshie’. Sesat. Jalan berkumpulan. Rujuk HEA. Ke hulu dank e
hilir mencari kelas. Terimbau sekali kenangan itu semua di layar mata secara
tak semena-mena.
Tiba-tiba rasa diri ini senior. Tiba-tiba tergelak untuk diri sendiri
sebab teringat gelagat sendiri pada zaman dulu-dulu. Senyum.
Selain itu, perkara yg aku ingat ialah aku sertai kelab fotografi. Ini
kenangan dan pengalaman paling manis. Alhamdulillah. Dapat kamera dan
mempelajari sedikit mengenainya. Terima kasih ayah sebab memahami minat anakmu
ini meskipun kemahiran itu masih tumpul.
Lagi, Filza telefon aku secara tiba-tiba. Teringat lagi cuaca dan
suasana itu. Segar. Dia beritahu aku dia bakal jadi pelajar ‘fast track’ AS226.
Berita yang didengari seakan-akan mimpi sebab waktu aku telefonnya balik aku
dalam keadaan mamai. Gelak. Hahaha.
Semester 2, Filza betul-betul terpacak depan aku. Hari pertama aku
terserempak dengannya di FSG pun masih segar lagi dalam memori.
Semester satu dan semester dua dalam tahun pertama, aku mempelajari
tentang kekuatan diri dan memecah ‘ice’ dalam diriku. Meskipun masih mentah
dalam mempelajari tenang kekuatan diri. Aku dapat berita penempatan untuk kolej
tidak dapat diteruskan. Pengakhiran tahun satu adalah sangat menyedihkanku kala
itu. Sungguh aku tidak tipu. Gelak. Ha-ha.
Tahun dua apa yang paling kuat dalam
ingatan aku hanya 2. Aku berhijrah daripada zaman kuno aku kepada pembaharuan
yang lebih baik. Sejak sertai KEM LEAD. Alhamdulillah. Aku ingin berubah sebab
mencari kekuatan diri sendiri. Tahun 2 aku mula bergelar non-resident a.k.a NR.
Melalui perubahan ini aku memeluki kekuatan diri sendiri. Aku teruskan usaha
memecah dan mencairkan ‘ice’ dalam diriku.
Mencari rahmat Allah. Berazam bersabar. Berazam beristigfar.
Diri terlalu mendambakan kekuatan.
Alhamdulillah.
Sedikit sebanyak aku menempuhi Tahun 2 dengan baik. Satu-persatu
ditempuhi dengan doa denganNYA… Alhamdulillah.
Ha-ha.
Bila aku ‘post-mortem’ balik diari-diari aku yang lepas tentang
masa-masa aku dahulu. Aku gelak juga sebab menjadi budak-budak hingusan.
Menangis kerana takut lemah. Menangis kerana takut keseorangan. Menangis kerana
was-was dengan kemampuan diri. Itulah aku.
Tetapi.
ALLAH Maha Kaya. Sepanjang aku merasa diriku lemah. Aku tak pernah
dibiarkan sendirian. Setiap kesukaran yang aku rasai Dia sentiasa menemani.
Walaupun kala itu aku rasa aku ingin berpaling jauh daripada jalan yang sangat
‘sakit’. Allah tak pernah biarkan aku sendirian. Alhamdulillah. Terima kasih
Allah.
Ini pelajaran yang aku belajar dalam Tahun dua.
Senyum.
Tahun Akhir.
Cabaran sudah menanti.
Doa dan tawakal ku harap mampu diteruskan untuk mengiringi usaha.
inshaAllah.
Daripada Filza |
Gambar kat atas tu.
Semua manisan kan?
ha-ha..
Setiap kali aku dapat benda ni semua. Setiap kali itulah aku hilang kata-kata.
Coklat tu, cupcake, dan kek tu sampai pada aku kala aku nak something encourage me. senyum.
terima kasih. bagi aku benda sweet-sweet ni. i appreciate. always. senyum.
p/s: catatan post xde kait mengait dgn gmbr. aku mmg nak masuk gmbr ni dlm blog. cume tak pernah tertaip. ha-ha.
tajuk ko aku baca 10 kali baru dapat... :p
ReplyDeletekan??? unik sikit... hak2.. poyoo
Delete:3
Delete