Semua orang dalam dunia ini inginkan hubungan yang baik. Tidak kiralah sama ada dengan keluarga, sahabat, pasangan sendiri atau hubungan dengan rakan sejawat...
dan dalam mencari kriteria hubungan yang baik... seringkali aku teringat akan nasihat ini... :)
Satu cara yang terbaik untuk mengenali sahabat adalah dengan bermusafir bersamanya. Dalam permusafiran segala-galanya akan teruji. Warna sebenar seseorang akan terserlah semasa menghadapi jerih perit sebuah pengembaraan atau perjalanan. Ketika inilah baru diketahui sama ada kenalan kita itu seorang yang sabar atau pemarah, pemurah atau kedekut, bertolak ansur atau mementingkan diri sendiri dan sebagainya.
Semasa Sayidina Umar mendengar seorang lelaki memuji-muji seorang kenalannya, beliau bertanya: "Engkau pernah bermusafir dengannya?" Jawab lelaki itu: "tidak perah". Lantas Umar berkata: "Demi Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia, ssungguhnya kamu belum mengenalinya!"
Bermusafir adalah cara terbaik untuk kita saling mengenali antara sahabat. Segala kesukaran, cabaran,, masalah dan tekanan akan menzahirkan "wajah" sebenar seseorang.
Sumber: Cara terbaik mengenali sahabat~
No comments:
Post a Comment