Assalamualaikum,
Erm, ni dah
habis minggu ke-3 utk semester kali ini iaitu semester ke-4.
Alhamdulillah
kepada Tuhan yg memberikan kesempatan kepada aku utk terus bernafas dan
melaksanakan peranan aku sbg anak, pelajar, dan kawan-kawan kpd komuniti yg terlibat
dalam diari harian aku.
Alhamdulillah
masih sihat walafiat.
Alhamdulillah
utk masa yg dipinjamkan kepadaku utk mengecapi segenap ruang dan waktu utk aku
mengenali diriku dan Penciptaku.
Terimakasih
atas segala anugerah ini Allah.
J
Mengukir
senyuman tanpa sebab amat mudah.
Mengukir
senyuman dalam kepayahan, adalah sesuatu kekuatan.
Mengukir
senyuman kepada insan yg memerlukan adalah sedekah.
Senyuman
adalah salah satu komunikasi yg hebat kawan-kawan.
Ia tak
perlu diterjemahkan.
Cukuplah
andai kita sendiri tahu kenapa kita tersenyum.
Senyumlah.
Walaupun ia
payah.
Senyumlah.
Walaupun
kala itu hati meronta payah.
Senyumlah.
Walaupun
seribu kekuatan dan dalih/helah terpaksa dilupuskan.
Senyumlah.
Kerana…
Senyuman dengan merasai rahmat Allah.
Senyuman dgn
menyakini Allah menemani.
Terasa diri
lebih dipelihara.
Allahu.
Hebatnya
Allah.
Terima
kasih Allah.
Akan
dilatih diri ini sentiasa mengucapkan ucapan ini.
p/s:
Terimakasih
Allah kerana menjagai insan-insan yg aku SAYANG dengan menganugerahkan kami kesihatan
dan nikmat kurniaanMU.
Jadikanlah
kami hambaMu yg sentiasa mentaatiMU.
Jadikanlah
kami hambaMU yg sentiasa mensyukuri nikmatMU.
Alhamdulillah~
No comments:
Post a Comment