Friday, April 12, 2013

Petunjuk~


Istikharah?

Solat istikharah.. herm..
aku bukan pengamal tegar solat ni  tp bukan bermaksud aku tak pernah bgantung pada istikharah dan tak pernah melakukannya dlm setiap kecelaruan membuat pilihan atau kecelaruan yg tak keruan.

Ada byk jer sebab kenapa manusia membuat istikharah.
Dan SEBAB paling utama ialah berkaitan dengan jodoh.
Dulu.. aku dah salah tafsir juga pasal method istikaharah ni. Aku dengar org selalu kaitkan dgn jodoh.. jadi ia taklah sgt penting utk dlm hidup aku. *aku mmg jahil agama dulu kalo bab solat sunat ni, nauzubillah*

Tapi Alhamdulillah,

Dengan pendedahan yg banyak, pencerahan minda melalui medium pembacaan. Aku faham sudah tujuan solat istikharah ni.

Solat Istikharah ialah salah satu cara kita meminta petunjuk kpd yg yg Maha Pembuka. Kita dah meletakakkan salah satu ikhtiar dlm gerak kerja kita ataupun dlm pemilihan kita kepada yg Mencipta kita.

inshaAllah.
Pengamal solat istikharah akan dipermudahkan urusan dlm membuat pilihan yang sukar.
Ingat ia bukan berkaitan dgn JODOH semata-mata.
Istikharah adalah harapan kita supaya diberi pilihan yg tbaik dalam setiap perkara yg mendatangi hidup kita.
J

Jawapan istikharah tak semestinya hadir dlm bentuk mimpi.
Ia boleh dtg dlm pelbagai bentuk..

Contoh,
Dlm pengalaman aku, selepas aku mlakukan istikharah aku minta pada Allah agar fikiran aku tak diganggu sgt dgn apa jua perkara yg aku istkharah tuh. Aku minta Allah jadikannya secara natural. Jawapan itu datang dlm keadaan yg aku tak sedar pun.

Kadang2 memang aku tak tipu petunjuk itu hadir dlm imej mimpi.
Tp pelik aku hanya akan berfikir pasal mimpi itu sesudah peristiwa itu berlaku. Dan aku akan tersenyum. Manisnya cara Allah. Allah biarkan aku lakukan dgn caraku dgn bimbinganNya. Alhamdulillah.

selain itu, penanda yg manis pernah mendatangi aku…
Setiap urusanku dipermudahkan. Alhamdulillah.
Memang ada kesukaran, tp kesukaran yg mendatang tu tak pernah menyusahkan. Herm…

Hati tenang.
walaupun padat dgn pelbagai isu. Multitasking event yg memenuhi pundakku. Tp urusan itu semua berlalu dgn mudah. Seolah-olah ada ‘tangan’ yg tolong mengalih semua kelelahan bekerja.
 subhanaAllah. Terimakasih Allah.

So, klonkusinya…
lakukanlah istikharah dlm apa jua isu.

terutama, sebagai pelajar ni… rajin2 lah wat…

tak kira waktu.

kalo tak sempat dlm sepertiga malam.

buatlah bila2 pun…

berdoa sungguh2 dgn hati yg penuh bertawakal.

diselit juga dgn solat sunat hajat , taubat dan tahajud.
kerana solat2 inilah pemantap setiap pilihan dlm hidup kita.

kalau tak dpt apa2 sign.
teruskan usaha. inshaAllah, Allah sgt rapat dgn kita. Dia pemimpin hati kita yg hebat kalau kita selalu ingat padaNya.

Dialah penjaga hati-hati kita. Jadi biarlah Dia yang mengetahui dlm setiap urusan kita dan setiap masalah kita..

Oleh itu..
JANGAN sesekali lupa neh… update status kita kat Allah setiap kali lepas solat…
walaupun sekadar nak bgtau :

“Saya penat, Ya Allah… hilangkanlah penat ini”
“Saya sedih Ya Allah… hilangkanlah sedih ini”
“saya gembira ya Allah… berikanlah kegembiraan ini kepada org sekelilingku jua…”

mintalah apa2 jua..
Allah Maha Pendengar dan Memahami.
Maha Kaya dan Maha Pemurah..

J

p/s: udah2 ler tu update status kat FB/Twitter utk tarik perhatian org.. Allah jeles tau.. tu pasal byk sgt cubaan yg mendatang sebab Dia nak tau siapa yg kita letakkan dlm hati kita bila ada masalah. Nauzubillah.. jgn minta Allah jeles dgn perbuatan kita kawan2..
bina gap setingginya drp status yg lagha kat FB/Twitter ataupun kat medan social mana2.
Allah tak suka kita mengadu-domba kpd org lain… minta aja padaNya…
J

pesanan wat diri sendiri jua~


waAllahualam...


:)




wassalam.




2 comments:

  1. biar betul hang ni...............
    istikharah tu banyak function la...
    aduhai...
    aku ada buku solat sunat kalo nak pinjam & baca...
    buku tu la aku bawa ke mana aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer.. aq tau.. istikharah tu utk multi purpose function... hurm.. ^^/

      Delete