Alhamdulillah. masih sihat lagi hari ini. Moga-moga kalian jua begitu. InshaAllah.
18012014
alhamdulillah pada tarikh ini tepat pada pukul 1615H aku berjaya habiskan sesi Sem-5 aku dlm program Polymer Technology di UiTM SA. bergelut dgn waktu, kesabaran dan kesakitan (sakit bahu menaip di lappy saban hari..)
pada tarikh ini aku tamatkan sesi ku dgn paper Polymer Composites (PST634)
Allahu... agak tercabar otak aku nak meluahkan segala hafalanku sebab ada 5 soalan processing machine. Aku pun naik benak nak menghabis merapu sampai noktah terakhir sebab aku bukanlah hebat dlm bab menghafal. hehehehe.
Alhamdulillah.
terasa bebas dan merdeka.
15012014
alhamdulillah.
pada tarikh ini aku berjaya melepaskan beban penglibatan kehidupan aku dengan penulisan thesis!
ya Allah, rasa ringan beban di kepala dan bahu hanya mampu diungkapkan dengan rasa bersyukur. Maha Suci Allah ~ SSubhanaAllah... kerana sihat dan mampu menghabiskan fasa Final Year Project 2.0 aku dengan jaya.
Alhamdulillah jua kerana Allah mengizin kawan-kawan seangkatan aku menempuhinya...
cukuplah sekadar mencoret memori yg baik-baik sahaja sepanjang penglibatan aku dengan thesis kerana aku tidak mahu langsung merakam rasa pahit-pahit di sini kerana aku percaya setiap daripada kita akan melalui cabaran yang berbeza. jangan dicemburui kejayaan orang lain kerana Allah tidak pernah membiarkan kita berjaya tanpa izinNYA.
ya!
aku berjaya melalui fasa ini kerana izin Allah dan doa kalian yang tak pernah putus-putus.
Alhamdulillah.
izin Allah aku rasa diri disayangi. mashaAllah.
dengan doa kesejahteraan daripada kalian yang Allah perkenankan, aku merasai kekayaan.
terima kasih.
PM Dr. Siti Zaleha.
hahaha... alhamdulillah Dr. dalam tempoh yg singkat saya bekerja dengan Dr. saya tau apa itu term 'berdikari'.... terima kasih kerana bimbingan dan sesi membalas WhatApps saya tanpa jemu dan melayan kerenah saya untuk 'date' mendengar masalah saya...
alhamdulillah Allah izinkan...
Senyum.
mashaAllah.
terlalu banyak kenangan FYP yang amat mencabar daya tahan diri.
senyum.
Macam-macam rasa terakam dengan buku ini.
hard cover marroon itu menceritakan segalanya pada aku.
eksklusif tersimpan catatannya dalam memoriku.
senyum.
alhamdulillah~
akan datang
20012014
satu lagi fasa akan dilalui.
iaitu Latihan Praktikal atau akronimnya L.I.
moga Allah menguatkan dan mempermudahkan urusanku dan rakan-rakan seperjuangan.
alhamdulillah~
No comments:
Post a Comment