alhamdulillah kepada yang Pemberi Nikmat pada hari ini, Allah memberi keizinan lagi utk jari-jari ini menyentuh papan kekunci... *senyum*
KEMBALI BELAJAR..
Round Pertama;
dari Pulau Sebang > Simpang Ampat > Alor Gajah > Tampin > Tol Simpang Ampat > Tol Ayer Keroh > Durian Tunggal > Kg Menggong > Hutan Percha > Pulau Sebang.
Round Kedua;
dari Pulau Sebang > Alor Gajah > Masjid Tanah > Kg Brisu > Simpang Ampat > Pulau Sebang
Round Ketiga;
dari Pulau Sebang > Tampin > Pulau Sebang
*belajar masuk parking lot*
Round Keempat
dari Palong 12 > Pasir Besar > ***lepas tuh lost aku ikut area mana > Pulau Sebang...
alhamdulillah,
Selepas 2 tahun tak pegang stereng kereta, ayah berjaya meluangkan masa menemani aku belajar balik untuk pegang stereng...
ayah mmg uji aku lah kot, dia duk intip gerak geri aku tuh melalui jelingan jer...
***mentang-mentang pemandu darat senior lebih 20tahun++
=="
ayah kata aku da boleh kawal stereng cuma dekat selekoh ada kekok sikit nak tolak-balas stereng tuh... ayah kata lambat tapi kawalan minyak okey...takde teguran sangat...
***benefit kawal minyak motor hari-hari kot sebab ulang alik dr rumah>tempat kerja>rumah, hihi, alhamdulillah
urmm...
dugaan paling besar ialah masa round keempat;
uih, hanya Allah je tau tangan aku kebas macam mana... jauh tuh... 80km++
Dugaan silau mata sebab senja itu.. uihhh.... cabaran kot...
lagi pulak ayah duga aku dgn skill mengelak jalan yg berlubang...<< ujian stereng katanya..
sharing ayah pasal ilmu memandu yang paling aku ingat ialah
DEFENSE!
"Apa yang jadi, mata dengan telinga mesti peka. Kalau tak boleh berhenti. Jangan paksa kemampuan diri sebab kadangkala kita tak tau kalau percaturan kita itu salah, maka terlibatlah kita dengan kemalangan."Ayah juga ajar cara hilang bosan. Almaklumlah, bawa kereta auto ni dugaan paling kritikal ialah mengantuk sebab kita pijak pedal minyak n kawalan stereng jer yang mana menyebabkan kemampuan peka kita lari/longgr...
Ayah, 2014.
JADI;
ayah pun ajar aku untuk bermonolog...
ayah kata masa memandu otak mesti bagi amaran/input/mesej kat otak sedar kita supaya kita sentiasa peka.
Contoh;
Cerita jer situasi jalan raya kat diri kita sendiri.
Motor ada kat depan dengan lebih muatan dan dia kemungkinan mudah hilang imbangan jadi aku harus hati-hati dengan utamakan laluan kepadanya.
kereta dihadapan kawalannya tidak menentu, sekejap ketengah dan ketepi. Jadi aku mesti beri laluan kepadanya supaya tidak hilang kawalan.
huhuhu..
nak dijadikan cerita, semalam masa bawa motor aku praktikkan ilmu monolog ni.. hihi..
Kalian,
Doakan keselamatan kami di jalan raya yer dan juga, doakan aku mampu bw sendiri kereta dengan baik. insyaAllah.
"Hati-hati dijalan raya, ingatlah orang yang tersayang"