Sunday, April 20, 2014

Kehidupan Praktikal saya dah berlalu...

"bye bye TSL.... aku janji aku tak rindu kau.. "

p/s: hanya statement gurauan semata-mata *senyum*

Assalamualaikum
huhu... dah berlalu lebih kurang  8 hari sepeninggalan aku drp kilang TSL Glove Industries Sdn Bhd.

Alhamdulillah..

byk ilmu yg aku dpt drp orang yg aku kenali kat sini..

En. Zul
Pn. Wani (mesra dipanggil k. Wani)
Sugiarti (mesra dipanggil Arty)
Gobi..

Cik Syaza (mesra dipanggil k. Syaza)

Sorfina (mesra dipanggil Fina)
Farisz

akak-akak pejabat yang turut sudi memberi bantuan yang diperlukan..

pekerja bahagian Compaunding serta Water Treatment

dan secara tidak langsung bahagian Production

yang telah banyak berkongsi cara kerja dan pengalaman dengan cemerlang...

alhamdulillah atas pengongsian itu..
moga Allah berkati, insyaAllah..


secara keseluruhannya, cara kerja aku ialah menjadi pembantu makmal.
mempelajari  perihal ujikaji tentang getah mentah a.k.a raw latex yang kuat dengan bau amonia yang sangat menusuk deria bau kita..

penglibatan aku juga berkait dengan production line dimana aku dikehendaki memahami peranan pembantu makmal dalam memastikan getah celupan a.k.a latex dipping dan coagulant di bahagian production line berada dalam kondisi spefekasi kilang...

dan juga lain-lain parameter yang terdapat di online production...

aku memahami kerja-kerjaku dimana ia juga adalah rutin aku selama 12 minggu..

*senyum*

rutin ini dikenali sebagai daily line parameter...

selain itu aku juga mempelajari dan memahami rutin mingguan serta bulanan sebagai pembantu makmal..

rutin ini menghendaki aku berkomunikasi dan berinteraksi dengan bahagian-bahagian lain..

aku suka wat kerja-kerja itu..

sebab ia bermain dengan kimia dan mesin..
aplikasi daripada ilmu yang diambil dalam bidang pengajian ku iaitu Polimer Teknologi..

aku kenal fasa getah mentah yang digunakan di production line..
aku tau fungsi ilmu getah yang aku pelajari..

sedikit sebanyak aku nampak aplikasi sebenar yang aku pernah buat eksperimen di dalam Makmal Getah UiTM masa semester 2 yang lalu..

*maaf kalau salah sebut semester*

proses celupan sarung tangan dari acuan ke acuan membuatkan aku nampak benda itu memang boleh diaplikasikan..

ingat lagi dahulu masa dlm makmal kat UiTM aku buat celupan guna test tube sahaja sebagai acuan..
dimana ia menghasilkan bentuk kondom...
hahaha..

*memori*

 



begitulah rupa kondom tak semenggah aku..
hahhaa..


diaplikasikan menjadi... begini...

Kredit

banyak lagi kenangan yang tak terungkap di sini...

secara keseluruhannya...
aku memang mempelajari dan merasai sendiri alam pekerjaan..

walaupun hanya bergelar pelajar praktikal...
namun penat sebagai seorang pekerja itu sekurang-kurangnya aku merasainya juga...

dapat elaun daripada pihak kilang, menjadi lambang bayaran gaji kepadaku...

aku sendiri merasai aura ayah..

*tetibe*

aku tahu sudah macamana penat ayah bekerja sehari-harian...

alhamdulillah...

ayah ku sihat sehingga kini..

moga-moga Allah memberkati usia kedua ibubapaku..
amin 

*senyum*



aku pun belajar buat punch card kerja juga... 

*hehe*

nampak tu, 11 April?

itulah hari terakhir dan saat terakhir aku berada di TSL Glove Industries Sdn Bhd.

*senyum*


Kredit

"Terima kasih warga TSL Glove Industries Sdn Bhd atas segala tunjuk ajar untuk diri yang kerdil ini."

Kredit
 Selamat tinggal memori TSL...

*senyum*

Regards;
Student Practical

Nurziela Aryanti Yaacob