Friday, April 26, 2013

sekadar melepaskan batuk ditangga...

makna melepaskkan batuk ditangga ialah membuat kerja tak sempurna.. a.k.a tak ikhlas langsung...

batuk tuh bkn hy batuk yg "koh-koh" tuh...
batuk ini adalah benda.. iaitu penceduk air yg diletakkan di tepi tgga utk mbasuh kaki sebelum masuk ke rumah...

org dulu2 kan hanya berkaki ayam sahaja..
jadi adab dulu kene basuh kaki.. supaya uma tak kotor...

kalo batuk tuh dilepaskan kat tgga...
nampak tidak sempurnanya kerja, dan pemalas orgnya...

hahahhaha

*mukadimah*

assalamualaikum reader...

//dgn kemalasan yg amat sangat.. otak tepu mbejati kepala...

okeh..
tujuan penulisan hari ini hanya sekadar nak meng'update' ruangan ini meskipun aku sampai skrg tak pernah habis update assignment aku dan sebagainya...

1 PINDAH RUMAH

dirancangkan akan berpidahnya kami 6 org drp ahli rumah yg sekarang ini ini kerumah baru... dan menang tanpa bertanding telah dilantik aku sebagai ketua rumah tak bertauliah dirumah baru ini..

*terasa terikut jejak langkah Fitrin pulak main pindah2 <<< event of life kami lebih kurang je... cume situasi yg mbezakan dan 'perasa' kami j yg memberikan 'keenakkan' yg berbeza... :P

sebab kene pindah??
rumah lama mmg selesa,..
tapi, sewanya kami tidak tahan...
as a student bajet utk rumah yg menjangkaui RM160 sebulan tmasuk api + air amat mahallah...
aku solute siapa kata tak mahal...

//dah tinggal kat shah alam.. harga tanah sekankang kera pun boleh cecah RM100++...

sebenarnya rumah yg bakal kami masuk ini hanyalah pertukaran dgn rumah sahabatku iaitu Filza..
Filza nak kuar sebab dah penat sgt cari penyewa baru... dia kne byr RM200++ kalo nak maintain tinggal kat uma ini... jadi aku pun amik kesempatan ini kata nak masuk terus rumah dia bulan depan.. (yakni bulan Mei)
*TERIMA KASIH Filza sudi tolong aku sejauh ini*

sebab nak pindah lagi ialah...
tak nak mbebani kepala dgn perihal FYP dan LI + rumah pada waktu serentak hujung sem nnt..

SAKIT wok!

*pengalaman mengajarku*

sejak peristiwa kene tipu dgn penyewa rumah pada kemasukkan sem 3..
aku rasa amat trauma nak cari rumah sendiri..

harap kemasukkan kat uma baru ini akan dipermudahkan..

p.s: barang2 utk pindah tak kemas lagi!!




2 Final Year Project (FYP)
jurnal utk FYP... secara jujurnya... mmg tangkap muat dan merapu sokmo...
aku tak taulah kenapa susah sgt nk cope dgn tajuk yg aku dpt ni...
masih blur2 lagi..
dan hanya tggal kurang drp 7 minggu nak 'berkejaran' buat paper proposal..
*aku mbayangkan kelelahan dan air mata!!)

"Allah Tuhanku,
jangan biarkan aku biarkan aku mengkhianati diriku sendiri... amin."

p.s: tak boleh komen ikut jiwa sgt pasal FYP ni.. nnt mempengaruhi output aku... nauzubillah!



3 Assignment/Report...
seperti mana aku dan Filza duk keluh...
kami tak pernah lekang drp kelelahan mbuat report lab dan bertapa di lab dlm minggu2 kami di Fakulti..

tp report kali ni mmg mcabar iman dan kekuatan..
blur semedang *wlpn dah pernah buat sem lepas ttg perihal yg sama*... knp blur?
mungkin kefahaman ttg metadologi eksperiment itu aku kurang... nak mbaca jurnal2 yg thampar kat Google... mmg selalu mendapat keluhan drpku... kerana kebanyakkannya bukanlah level kefahaman aku sendiri....

p.s: lain kali scan report yg siap sebelum htr.. supaya dpt jadi 'guide' utk masa akan dtg,,,


4 NOT core subject~
mmg PELIK...
tiapkali sem baru.. aku mesti lebih berminat mpelajari subject yg bukan fokus utama..
contoh pada sem1 aku amat minat dan fokus kat Organic Chemistry dan Calculus 1.... pada sem2 amat berminat melukis2 kat Solid Edge dan Physics... sem3 amat suka belajar Calculus 2.... herm... dan sem 4... (sekarang ni) amat suka wat Programming wlupn benda ni lg menensenkan berbanding subject2 yg lain...
mungkin im not student who love to read n memorizing a lot of fact.. so i prefer choose n focus to not core subject.. <<< ni assumption aku lah... ermph, alangkah bgsnya aku suka dan sayang core subject macam side sucbject ni~...

Allahu~

moga Allah permudahkan urusanku...


*************************************************************


ermph,

tgl 7 mggu je berbaki...
harap baki 7 minggu ini aku tidak bermalasan..
harap dlm 7 mggu ini aku lebih fokus dan kuat..

amin Ya Rabb....




"Semua kesusahan itu adalah kemanisan andai kita redha menempuhinya dgn merasai rahmat dan kasih sayang Allah yg tertumpah kat hari kita... kesusahan ini diberi utk kita bersyukur utk segala nikmat yg kita perolehi... jadi, perkara yg harus kita perbanyakkan ialah melahirkan rasa syukur..."   

"Alhamdulillah... terima kasih Allah~"




wassalam...!!

ayuh FIGHT!

inshaAllah~


Friday, April 12, 2013

Petunjuk~


Istikharah?

Solat istikharah.. herm..
aku bukan pengamal tegar solat ni  tp bukan bermaksud aku tak pernah bgantung pada istikharah dan tak pernah melakukannya dlm setiap kecelaruan membuat pilihan atau kecelaruan yg tak keruan.

Ada byk jer sebab kenapa manusia membuat istikharah.
Dan SEBAB paling utama ialah berkaitan dengan jodoh.
Dulu.. aku dah salah tafsir juga pasal method istikaharah ni. Aku dengar org selalu kaitkan dgn jodoh.. jadi ia taklah sgt penting utk dlm hidup aku. *aku mmg jahil agama dulu kalo bab solat sunat ni, nauzubillah*

Tapi Alhamdulillah,

Dengan pendedahan yg banyak, pencerahan minda melalui medium pembacaan. Aku faham sudah tujuan solat istikharah ni.

Solat Istikharah ialah salah satu cara kita meminta petunjuk kpd yg yg Maha Pembuka. Kita dah meletakakkan salah satu ikhtiar dlm gerak kerja kita ataupun dlm pemilihan kita kepada yg Mencipta kita.

inshaAllah.
Pengamal solat istikharah akan dipermudahkan urusan dlm membuat pilihan yang sukar.
Ingat ia bukan berkaitan dgn JODOH semata-mata.
Istikharah adalah harapan kita supaya diberi pilihan yg tbaik dalam setiap perkara yg mendatangi hidup kita.
J

Jawapan istikharah tak semestinya hadir dlm bentuk mimpi.
Ia boleh dtg dlm pelbagai bentuk..

Contoh,
Dlm pengalaman aku, selepas aku mlakukan istikharah aku minta pada Allah agar fikiran aku tak diganggu sgt dgn apa jua perkara yg aku istkharah tuh. Aku minta Allah jadikannya secara natural. Jawapan itu datang dlm keadaan yg aku tak sedar pun.

Kadang2 memang aku tak tipu petunjuk itu hadir dlm imej mimpi.
Tp pelik aku hanya akan berfikir pasal mimpi itu sesudah peristiwa itu berlaku. Dan aku akan tersenyum. Manisnya cara Allah. Allah biarkan aku lakukan dgn caraku dgn bimbinganNya. Alhamdulillah.

selain itu, penanda yg manis pernah mendatangi aku…
Setiap urusanku dipermudahkan. Alhamdulillah.
Memang ada kesukaran, tp kesukaran yg mendatang tu tak pernah menyusahkan. Herm…

Hati tenang.
walaupun padat dgn pelbagai isu. Multitasking event yg memenuhi pundakku. Tp urusan itu semua berlalu dgn mudah. Seolah-olah ada ‘tangan’ yg tolong mengalih semua kelelahan bekerja.
 subhanaAllah. Terimakasih Allah.

So, klonkusinya…
lakukanlah istikharah dlm apa jua isu.

terutama, sebagai pelajar ni… rajin2 lah wat…

tak kira waktu.

kalo tak sempat dlm sepertiga malam.

buatlah bila2 pun…

berdoa sungguh2 dgn hati yg penuh bertawakal.

diselit juga dgn solat sunat hajat , taubat dan tahajud.
kerana solat2 inilah pemantap setiap pilihan dlm hidup kita.

kalau tak dpt apa2 sign.
teruskan usaha. inshaAllah, Allah sgt rapat dgn kita. Dia pemimpin hati kita yg hebat kalau kita selalu ingat padaNya.

Dialah penjaga hati-hati kita. Jadi biarlah Dia yang mengetahui dlm setiap urusan kita dan setiap masalah kita..

Oleh itu..
JANGAN sesekali lupa neh… update status kita kat Allah setiap kali lepas solat…
walaupun sekadar nak bgtau :

“Saya penat, Ya Allah… hilangkanlah penat ini”
“Saya sedih Ya Allah… hilangkanlah sedih ini”
“saya gembira ya Allah… berikanlah kegembiraan ini kepada org sekelilingku jua…”

mintalah apa2 jua..
Allah Maha Pendengar dan Memahami.
Maha Kaya dan Maha Pemurah..

J

p/s: udah2 ler tu update status kat FB/Twitter utk tarik perhatian org.. Allah jeles tau.. tu pasal byk sgt cubaan yg mendatang sebab Dia nak tau siapa yg kita letakkan dlm hati kita bila ada masalah. Nauzubillah.. jgn minta Allah jeles dgn perbuatan kita kawan2..
bina gap setingginya drp status yg lagha kat FB/Twitter ataupun kat medan social mana2.
Allah tak suka kita mengadu-domba kpd org lain… minta aja padaNya…
J

pesanan wat diri sendiri jua~


waAllahualam...


:)




wassalam.