Tuesday, August 19, 2014

#lenjan

Ni kali kedua aku buat benda yang aku suka dan aku menangis. 
Pertama, masa menaip cerpen aku yang kedua iaitu ‘Beku’. Setiap taipannya aku menangis dan menangis. Luar dan dalam aku menangis. Hati dan mata aku. Aku taip seolah-olah ia tidak akan dibaca oleh orang-orang yang aku rindu. 
Kedua, ketika edit video ‘Konvoi Raya 2014’, Aku menangis dan menangis. Daripada satu foto ke satu foto penuh rindu. Akhirnya, aku tewas dan akan masuk bilik dan peluk bantal ketat-ketat. Menangis tanpa bunyi, airmata yang hangat sangat melemahkan aku. Ya. Aku menangis sebab amat takut ia kali yang terakhir. Perjumpaan raya 2014 sangat besar bagi aku. 
Allahu, kiriman al-Fatihah untuk diri sendiri sebab terlalu lemah.
Kalau aku nak alihkan perhatian fokus aku, aku akan belek folder raya keluarga aku. Alamak! Pilihan yang salah. Rindu aku bertambah dengan pula kerenah anak buah yang banyak keletah menari-nari di layar mata. Akhirnya, perkara yang sama berulang iaitu masuk bilik dan peluk bantal kuat-kuat. Aku lagi bertambah lumpuh dan menangis. 
Akhirnya aku tidur. Tidur dalam keadaan mata yang pedih. Paksaan tidur. 
Allahu. 
Cepatlah siap. Aku tak sanggup. 
#day_3inmakingvideoraya2014
*******************************************************************************************
Semangat kamu amat kuat pada saya dalam bulan-bulan terakhir ni;
“Semangat kamu membuatkan saya terpaksa mem’beku’kan memori ini dalam bentuk tulisan. Terima kasih kerana menyuntik semangat yang semakin longgar. Moga Allah sediakan kelapangan waktu kita semua untuk bersua di salah satu hari dalam bulan Syawal untuk kali ini dan untuk Syawal pada tahun-tahun mendatang.. InsyaAllah, amin.”
Ary Kasya a.k.a ‘Adeq’
0114 | 04072014
Bagi menunjukkan ia adalah hadiah untuk semangat yang dipinjamkan kepada saya. Saya akan gigih membikinnya.

******************************************************************************************

#penjualSenyum
#eid2014

Sunday, August 17, 2014

Maksiat VS Dosa

Diri ini pernah mengangkat tangan dalam kelas suatu tika dahulu, "Ustazah, apa beza dosa dan maksiat?"

Ustazah jawab dengan lancar setelah beri satu pandangan yang menyakinkan itu soalan yang mudah baginya, "Maksiat itu apa jua jenayah yang manusia lakukan dengan sengaja ataupun tidak dengan melanggar segala perintah Allah."

Lemparan senyuman. Seakan-akan mempersoalkan kefahaman aku.

Lalu, penjelasannya bersambung, "Kita ni, sama ada lupa secara sengaja ataupun tidak meninggalkan solat tuh jenayah, meninggalkan puasa pada bulan Ramadhan itu jenayah dan apa lagi?"

"Merompak?," aku sahut secara spontan.

"Ya, merompak itu jenayah. Secara umumnya kita tahu merompak tu memang tak boleh sebab memberi kerugian kepada orang lain. Tetapi, yang saya nak tekankan ni, kita ni lupa dan kategorikan secara pisahan antara jenayah dan maksiat. Ia benda yang sama. Apa yang Allah tidak suka kita lakukan, larang sekeras-kerasnya sebenarnya menurut fitrah manusia. Manusia jua tidak suka jenayah/maksiat itu berlaku dalam kehidupan kita. Umumnya, kita nampak jenayah itu merompak, merogol, mencuri, menyamun, membunuh dan sebagainya. Tetapi, larangan Allah terhadap jangan tinggal solat, jangan tinggal puasa, jangan derhaka. Kita lupa sebab jatuhan hukumannya tak nampak berbanding dengan merompak, merogol dan membunuh?"

"Ho, patutlah hukum hudud itu ada?"

Ustazah senyum, "Hukum hudud itu hukum Allah. Segala maksiat yang Allah larang kita lakukan dah ada hukumannya di dunia mahupun di akhirat. Kenapa kita tak lakukan? Sebab ada pemerintah yang tak mengintirafkannya. Saya tanya kamu. Negara kita ni, negara Islam ataupun tidak?"
Dengan yakin aku jawab, "Negara Islam sebab dalam perlembagaan kata."

"Awak yakin? Macamana dengan pelaksanaan?"

Aku terdiam. Mulai meragui jawapan aku tadi. Namun ustazah membiarkan aku dalam persoalan itu. Ustazah seolah-olah yakin aku mampu memikirkannya. Ya. Aku tahu jawapan itu dan aku diam sendiri.

"Dosa pula adalah kesan jika kita melakukan maksiat ataupun jenayah."

"Maksiat hati dan mata pun jenayah ke ustazah?"

"Ya."

Jawapan ustazah yang pendek ni membuatkan aku mencari jawapan penuhnya sepanjang hidup aku selepas itu.

Maksiat hati tamsilnya boleh dilampirkan seperti memikirkan seseorang sehingga kita leka tanggungjawab kita kepada Allah dan agamanya. hati kita lalai memikirkan asyik masyuk tentang sesorang. Lagi-lagi kalau yang dah bercinta sebelum ijab. Allahu. 

Ia maksiat rakan-rakan. Dan Allah tak suka.

Peringatan ini dilampirkan untuk diriku sendiri dahulu.

Maksiat hati pula seperti menonton aurat orang yang ajnabi atau bukan mahram bagi kita. Kita senang-senang je melakukannya sebab kita tak pernah pun dapat surat saman daripada polis yang menyatakan RM300 kerana melihat aurat sipolan-sipolan pada hari dan waktu sekian-sekian. 
Hamboi, kalau tiapkali surat saman sampai. Aku rasa hidup aku akan sentiasa pandang tanah atau mendongak ke langit sebab tak mampu bayar saman nanti. Allahu, miskinnya aku. Allahu, ampunkan aku. 

Itu pasal dosa mata ni Allah denda melalui kurangkan nikmat beribadat kepadanya. Kalau kita punya kesukaan suka melihat sesuatu yang bukan hak kita hati kita akan hitam. Kita akan malas untuk beribadat.

Ustaz Kazim Elias pernah kata, "Jangan diendahkan setompok hitam kat muka kita tetap risaulah tompok hitam pada hati kita sebab Allah tak menilai pada rupa kita tetapi pada hati kita."
SubhanaAllah, pemurahnya Allah. Allah sangat mencintai hambaNya kawan-kawan.

Ayuh, menjadi hambaNya. Biiznillah.

Allahu.

Panjangnya refleksi al-Waqiah hari ni. Alhamdulillah. 
Al-Waqiah menceritakan perihal Hari Kebangkitan. Gerun serta menakutkan.

Moga-moga hati sentiasa ingat apa yang aku taip ini. 

Allahumma, Amin. 

***********

by Ary Kasya
17082014 | 2033H

Saturday, August 16, 2014

surat khabar dan sekole kopi

Tiap² hari gaduh dengan ayah tentang dua perkara dalam satu hari.
1. Kenyataan/Gambar dalam surat khabar.
Hahaha..
Anak dengan ayah sama je..
Suka baca hightlight je.. full kenyataan tak nak baca.. last² gaduh..
"Cuba baca full..ni main taram je isinya…hahaha"
Dua² salah…
Tapi teman gak baca surat khabar..
2. Berebut kopi.
"Buat penat je angkat tudung saji.. adeq habiskan yerrrrr"
Hahaha..
Berebut sekole kopi yg mak buat hampir setiap pagi..
Last² mak sampuk.. 
“Ha, tu yang malas tu..buat sekole berebut. Buat sejag tak habis.. suka hati lah.. malas nak layan….”
Buat sekole je mak..
Hahaha..
****************
Allahumma, limpahilah nikmat kepada kedua ibubapaku. Sayangilah mereka. Angkat darjat mereka. Masukkan mereka dalam syurgaMu. Amin.
p.s Bila buat kira-kira tentang usia mak n ayah. Aku selalu dihujani rindu.