Saturday, August 25, 2012

Raya yg suram~

assalamualaikum...


p/s: Allahuakbar... aku hidup hari ini krn Kau tahu... aku masih belum puas jadi BAIK~

Tuan Asmawi Tuan Umar wrote:
Ya Allah janganlah gantungkan kecintaan dunia di hati-hati kami...Aameen
اللـهـم لا تعلق الدنيا في قلوبنا ... آمين


raya yg suram...
terbukti pada kualiti foto yg aku amik..
aku slhkan cahaya..
aku salahkan angle...
aku salahkan jari...

tp...
sebenarnya aku salahkan diri sendiri~
aku tak mmpu pujuk hati ini jadi setabah gunung yg tegak berdiri atas pasaknya...

Allahuakbar...

hari2ku..
aku mhitung... aku takut utk mgetahui yg aku bakal jauh dr shelter yg mdamaikan..
aku takut aku tggalkan usrah tuh..
sesi semggu sekali yg pgil aku 'balik' supaya aku sentiasa letakkan diri aku serapat dgn Kau...

aku kenal siapa aku..
aku tidak kuat Ya Allah~

aku selesa andai org tegur aku ttg agamaku~
org yg selalu mnegur itulah yg mengingatkan bhw aku rapat dlm pelukan rahmatMu..
aku takut nak menjauhinya...
sebab aku kenal siapa aku yg sebenar~

Allah,
pmudahkan urusan hari depanku~
aku akn berusaha lakukan yg tbaik...
akn berusaha jd tbaik... krn aku menyakini Kasih Sayang-MU...


dr raya pertama..
aku gembira aku dikelilingi family..
walaupun tak cukup lagi 3<<< Along, Bang Long, Bunyamin...
tp ia blalu dgn baik... aku serap aura itu utk jd penampan 'ombak' dlm hati~

huhu.. gambar ni takder Bang Nuar


sepupu... serta bapa2 & mak2 sedara tidak berkunjung ke rumah sini...
mungkin sahaja tidak berpeluang kali ni... huhu<<< sejak tahun2 sudah... ini tahun raya yg rumah dirasai kosong tanpa kehadiran ulah sepupu...

raya2 sudah...
penatku disempitkan dgn urusan didapur<<< operasi kosongkan peti ais...

kali ini..
tak mampu rasanya nak habiskan isi peti ais tu....

terasa... raya ini sgt lengang..

hadapan rumah dimeriahkan dgn bunyi mercun yg beraneka macam... *apa yg seronok pun aku tak tau..*
tensen dgr mercun... sebab tak suka mereka main didepan rumah aku...
hairan juga... knp depan rumah aku dijadikan pilihan...
kalau polis dtg serbu... ttu rumah aku kene attack dulu... *hahahah<<< 'brrrrrrrrrrrrrrrr'*

p/s: apb suara aku dah tinggi... puas berlari budak2 tuh selamatkan diri...

polisi ayah..
biarkan aja.. jgn ditegur... nnt org pandang kita jahat...

*huh<<< mana mungkin aku mmpu sabar damai halaman rumah direnggut*

raya pertama berlalu..
dan diteruskan dgn urusan planning raya + pencarian rumah sewa (urusan yg paling aku benci pd cuti ni)

tagging by Ma<<< dia pon tak thn nk hadap raya kali ni.


cuti aku 'hidup' disebabkan planning raya jer...
*sebab tiap2 tahun gathering pon aku yg buat... hahahha*

raya ke-5...
aku tuntut 'hadiah' dr Mphing...
1) tak pernah peluk dia.. jadi aku minta the big hug from her..
2) tak pernah amik gmbr hanya dgn dia... jadi aku minta 1 dr dia...
3) tak pernah dpt kiss dr dia... tp aku minta 1 dr dia... (n dia bg aku kiss dia) hahhah~

p/s: ni suma gara2 mimpi yg aku dpt pd masa puasa lepas... ah! <<< oh... cukuplah akk jer tau.. tak payah bgtau suma org~

suma hadiah ni <<< aku jdkan 'tangkal' tak bertanda~

insyaAllah tahun depan jumpa lagi... :P



p/s: org yg paling kurg fotonya dlm simpanan aku tulah org aku selalu rindu~ and ada a few org yg gmbrnya paling kurg dlm folder aku... sebab aku mengingatinya dgn cara aku~

dah berlalu dah 5 Syawal utk tahun ni...

terimakasih Indah, akak, Jabar a.k.a Fikri, Mirul a.k.a Alfin...
kerana menjadikan raya ni happy utk aku~ huh~

atur raya kali ni..
spt biasa dimulakan dr Pulau Sebang rumah aku..g uma Dila..
then, drive (inda yg drive) ke tmn baiduri uma Cikgu Shikin..
drive lagi ke uma Cikgu laily kat Tmn Mutiara...
then.. pusing balik pulau Sebang ke uma Alfin sambung ke rumah Fikri kat tmn Clonlee....
penamat... spt biasa.. uma Inda kat Johol~ huhu~ *20+km dr  Tampin*....

terimakasihhhhhhhhhhhhhhhhh~

insyaAllah akan ada 2nd planning~
ats pmintaan korg... *org2 yg tak beraya sama* aku akn buat...

dr kiri: Inda, Akak, Alfin, Fikri


weh Filza...
ko guna ayat mcm tu lagi.. seyes aku akn merajuk lagi...
apalah, tak ptt sgguh suh aku 'bercakap' dgn kuih raya kalo dtg uma...
herm... jauh hati sgguh aku~

terima kasih
aida... temani baki2 hari 6 Syawal~
huh...




p/s: aku tak pandai menipu, jadi jgn suruh aku menipu~

last ayat...
penutup post..~

If you ever have time and find yourself in ease, then take advantage of prayer, to draw near to Allah; If you ever wish to speak ill a word of falsehood, then instead put in its place, a word of glorification; Because taking advantage of silence is better than speaking frequently, even if you are eloquent in speech.

Ibn Al-Mubarak (rahimahullah)

“Sesungguhnya Allah mencintai orang orang yang tidak menonjolkan diri, taqwa, & shalih. Apabila tidak hadir, mereka tak dicari cari. Apabila hadir mereka tak dikenali. Mereka bagaikan -lenteralentera petunjuk yang menerangi setiap kegelapan.”

(HR. Al Mundziri dalam At Targhib wat Tarhib, hasan)


wassalam~

7 Syawal 1433H




Sunday, August 12, 2012

Pupuklah Cemburu kpd perkara yg Allah suka~



Assalamualaikum...

hai kawan2.... harp Allah mberkati kesihatan kalian~

Kisah Benar... :)

perempuan mempunyai sikap cemburu yg sgt tinggi..


kadangkala tak bertempat dan buat org mnyampah dan silap2 Allah pun tak suka...


nak tau apa sikap cemburu yg Allah suka dan wat kita lagi kita lagi dekat dgnNya??


jawapan:

pupuklah cemburu dlm hati kamu mencemburui amalan org2 ahli ibadat...

nescaya kamu tdetik hati nak mcontohi dan mengamalkannya dlm kehidupan seharian kalian...



contoh..:

one day, sorang gadis biasa ni.. cube merasai cemburu kpd sorg gadis yg hijabnya sgt labuh yg hari2 dia jumpa dekat bstop..

dia tanya dirinya pada Allah... *dan berharap pertanyaannya Allah dgr*

"ya Allah.. cemburunya aku kpdnya.."
"ya Allah.. penuhilah hajat aku nak tutup auratku sempurna spt saudaraku ini..."

then..




ZUPPP..


satu aliran sgt murni mlalui hati si gadis itu..

lalu ia bgenang air mata..

lalu mnangis...




dia tertanya sendiri..
"ya Allah... knp aku berasa begini?"

pada suatu malam.

dia hadir satu tazkirah...


ayat ustaz ni.. wat dia rasa hiba lagi...

"bila rasa nak berinteraksi dgn Allah.. teruskan aja dialog itu.. Allah Mendengar... Dia tau isi hati setiap hambaNya.. dan ketahuilah.. apabila kamu berdoa/berinteraksi.. tiba2 rasa hati seperti ada tersentuh.. itu tandanya, Allah mbalas dialog kmo.."



Allahuakbar...


si gadis terpempan... dan bsyukur.. lalu berkata..


"maniskanlah imanku sampai aku mati... amin"

Monday, August 6, 2012

Ikan Nun & Sang Semut dgn Nabi Sulaiman A.S


Surah Taha
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. [Ayat : 132]

 Assalamualaikum WBT

hye kawan2 and pembaca yg berkunjung...
harap Allah memberkati hidup kalian dgn kesihatan yg baik... >>insyaAllah :)

ditampal diatas Ayat Surah Ta-Ha 132, dimana ia menceritakan mengenai rezeki...

Dikisahkan pada malam tadi oleh ustaz yg bersuara macam Fahrin Ahmad pada tazkirah selingan masa Solat Sunat Terawih...

p/s: seperti biasa akan cuba menulis sehabis baik ttg cerita ini :)

Bismillahirrahmannirrahim~

Ikan Nun

Alkisahnya, pada suatu hari Allah memerintahkan Nabi Sulaiman mencari rezeki keseluruh dunia yakni meliputi barat, timur, selatan dan utara.

Atas arahan tersebut itu... Nabi Sulaiman memerintah semua jelatanya memenuhi perintah Allah tersebut...

*seperti diketahui ramai, jelata Sulaiman meliputi seluruh makhluk manusia, haiwan dan alam ghaib >> subhanaAllah*

Apabila telah selesai pencarian tersebut...semua rezeki tersebut dihimpunkan...

Lepas tuh... arahan Allah datang lagi...
Allah memerintah kan agar semua rezeki itu diletakkan di tepi pantai...

Setelah selesai proses tersebut...
tiba-tiba muncul seekor ikan nun yg besarnya lebih besar drp ikan paus membaham semua rezeki tanpa sedikit pun yg tertinggal~

Semua yg melihat kejadian itu terperanjat...
lalu Allah berkata lagi kepada Nabi Sulaiman dimana ayatnya berbunyi seakan gini:

"Lihatlah...kalau Aku memerintahkan kamu yg memberi rezeki kepada makhluk-Ku nescaya kamu tidak mampu.."

lalu Nabi Sulaiman langsung bersujud dan mengakui kebesaran Allah dan memuji-Nya >>subhanaAllah~

wah... besar naaaa...


Semut

kali ini semut pula...

pada suatu hari, nabi Sulaiman telah berborak dgn seekor semut dan menanyakan rezeki yg diperolehi oleh semut tersebut.

N. Sulaiman : Ya semut, berapa butir beraskah yang kau makan dlm masa sebulan?

Semut : Hanya sebutir sahaja.

lalu, Nabi Sulaiman pun menyimpan semut tersebut dlm satu bekas dan meletakkan bersama-sama dengan sebutir beras utk semut tersebut...

selepas genap 1 bulan.. Nabi Sulaiman datang kepada semut tersebut dan terkejut lalu marah kerana semut itu menipunya.

N. Sulaiman : Ya semut... mengapakah kau menipu ku? kau kata kau makan 1 butir beras sebulan tetapi kenapa hanya separuh sahaja yg baru kau makan sekarang?

Semut : Benar. Memang aku perlukan sebulan hanya sebutir beras. Tetapi ketika itu aku yakin yg Allah berikan rezeki itu utkku.. tapi kali ini kau mengurungi ku didalam bekas ini aku khuatir kau akan lupa kepada ku dan terbiarlah aku mati kelaparan jika aku bergantung rezeki itu drp kau.. aku hanya memakan separuh hanya kerana ingin mnyambung nyawaku seandainya kau lupa.

N. Sulaiman terdiam mendengar hujah tersebut.... krn ia benar sama sekali. lalu nabi Sulaiman pun memohon ampun Allah atas kekhilafannya...

semut


melalui 2 cerita ini..
jelaslah bhw setiap rezeki yg kita perolehi utk kelangsungan hidup kita dianugerahkan oleh Allah... tiada siapa pun mampu memberi rezeki keatas sesuatu makhluk itu tanpa izin Allah..

Allah yg menjaga kita... Allah yg memberi nikmat kpd kita..
yakinlah kpd janji-Nya :)

>> subhanaAllah

>> pesanan utk diri sendiri jg catatan ni

p/s: maaf sekiranya tulisan ini banyak cacat drp cantiknya... :)



Saturday, August 4, 2012

Pengembala Kambing VS Sang Pendeta

assalamualaikum....
kawan2 dan strangers (kamo pun kawan saya juga)

p/s:
kisah ini mungkin byk cacatnya. mungkin byk lupanya.. sebab tidak mcatat semasa mendengar... tapi akan berusaha mnaip dgn baik...

ini kisah Pengembala Kambing VS Sang Pendeta...

kisah ini kisah tauladan yg dicerita menerusi para sahabat Rasulullah S.A.W dan diperturunkan kpd kita utk kita berpikir..

1st thg 1st.. kpd sesiapa yg tak clear Sang Pendeta tuh apa...
meh aku habaq mai... Sang Pendeta bermaksud Cendiakawan.. org yg mkaji kitab.. dan ilmunya banyak berbanding org kebanyakkan...

dijadikan kisah....


disuatu kampung pada zaman Rasulullah S.A.W.
ada seorg pendeta yg amat arif mengenai ilmu kitab...
diperkatakan tiada siapa pun mampu menanding beliau dlm sesi bersoal jawab secara ilmiah... bahkan dlm kalangan pendeta sendiri pun dia menjadi rujukan dlm menanyakan sesuatu perkara..

*hebat sungguh*

pada suatu hari...
ada seorg pengembala kambing dlm kawasan kampung tersebut tampil dan menemui beliau utk mencabar beliau mengadakan sesi soal jawab dgn dia dihadapan seluruh org kampung...

p/s: maaf tak egat sama ada sesi ini ada pertaruhan or tak~

sang pendeta setuju mnerima cabaran tersebut krn tak mahu dikatakan tidak mmpu menandingi cabaran si pengembala kambing tersebut.....

dlm cabaran tersebut... pengembala kambing yang menetapkan syarat2nya... dimana ia menginginkan sang pendeta menanyakan dia soalan dlm bahasa isyarat....

soalan tidak boleh disebut secara lisan...
jawapan juga akan dijawab oleh pengembala kambing dlm bahasa isyarat juga~
dan pendeta pun setuju....

sesi soal jawab itu diteruskan dihadapan khalayak....

soalan pertama:

sang pendeta mengisyaratkan soalannya dengan menunjukkan jari telunjuknya ke langit...
si pengembala kambing jawab dengan menunjuk 2 jarinya ke langit...

sang pendeta jerit "Betul!"

soalan kedua:

sang pendeta memberi isyarat soalannya dengan menunjukkan 2 jari ke langit..
si pengembala jawab dengan menunjukkan 4 jarinya ke bawah....

sang pendeta jerit "BETUL!"
*kali ni penduduk kampung sudah mula menganggumi si pengembala kambing dan sang pendeta berasa hairan...*

soalan ketiga diteruskan:

sang pendeta melakarkan satu bulatan di tanah dan menunjuk jarinya ke dalam bulatan itu...
si pengembala jawab dengan mengisyaratkan sekepal penumbuk kepada pendeta...

kali ni dgn rasa terkejut gila...
sang pendeta jerit "BETUL!!!"

seluruh penduduk kampung yg menyaksikan peristiwa itu pun bersorak utk pengembala kambing yg telah menjawab semua soalan itu dgn tepat....

utk penjelasan,
seorg penduduk kampung telah menanyakan setiap makna soalan sang pendeta tadi dan mengapa jawapan pengembala kambing semua tepat....

sang pendeta menjawab,

soalan isyarat pendeta bermaksud,
"Apakah satu iktikad utk semua muslim?"
pendeta menjelaskan jawapan pengembala kambing betul dengan menunjukkan 2 jari keatas dimana ia bermaksud 2 iktikad setiap muslim ada dua iaitu bersaksi bahawa Allah itu Esa dan Nabi Muhammad itu pesuruhNya (kalimah syahadat).

soalan isyarat kedua pendeta bermaksud,
"Berapa lama lagi jumlah hari bumi dijadikan?"
jawapan pengembala jawab betul dgn menunjukkan 4 jari ke bawah dimana ia bermaksud 2 hari langit (isyarat pendeta) dijadikan dan 4 hari lagi (isyarat pengembala kambing) baki bumi dijadikan...

soalan isyarat ketiga pendeta bermaksud,
"Bagaimanakah utk menguasai bumi?"
jawapan pengembala kambing betul lagi sekali dimana sekepal penumbuk bermaksud kekuatan...
muslim harus kuat utk menguasai bumi...

Allahuakbar...
begitu rupanya~

tapi lain pulak tanggapan pengembala kambing bagi mnafsirkan setiap persoalan yg diajukan oleh sang pendeta tersebut terhadapnya..

soalan pertama pengembala beranggapan sang pendeta inginkan seekor dr kambingnya...
dia pun tunjuk 2 jari ke langit sebab dia mampu bagi lebih dr seekor pun kalau pendeta mahu...

soalan kedua pengembala menafsirkan 2 jari tunjuk ke langit itu tanduk kambing...
maka spontan dia jawab 4 jari ke bawah sebab kambing ada 4 kaki...

huhuh.. time ni aku dah gelak dah duk dgr ustaz cerita...
p/s: suara ustaz ni macam Fahrin Ahmad...

soalan ketiga pengembala kambing jawab dgn isyarat sekepal penumbuk kerana ingat sang pendeta inginkan seluruh ternakan kambingnya dgn isyarat melukis bulatan dan tunjukkan seluruhnya dgn jarinya...
pengembala kambing kata... "mana boleh! nak kene tumbuk apa pendeta ni..."

hahha...
aku dah habis gelak........

kesimpulannya disini...
ustaz yg macam suara Fahrin Ahmad ni (tak pernah tgk mukanya... dgr suara jer) kata....

nabi pernah kata, apabila kita mendengar pendapat sesorang... jgn sesekali pandang darjat dan pangkatnya.. tetapi pandang lah setiap kata-kata dan pandangannya...

hal ini terbukti pada para sahabat di mana Saidina Umar selalu dikritik tetapi dia tetap mendengar pendapat setiap rakyat dengan sabar dan memperbaiki diri nya....

hal ini dipratikkan oleh para sahabat...
jadi.. ayuh kita jua menuruti nasihat Rasulullah ini... :)
insyaAllah...

p/s: maaf kalo banyak cacat dari cantiknya... akan menerima pendapat korg kalau ada mana kesalahan dlm catatan ini~

p/s:: aku selalu tak sabar mendengar semua crt Uztaz setiap crtnya best2... hehheh...
ada kisah pasal Nabi dan sejarah2 serta perihal crt yg menginsafkan~ hihihi... hari2 dgr beliau crt time terawih ni~


selamat beribadat dlm Ramadhan ke-16





Muhasabah diri~



SELAMAT MEMBACA. KAWAN! KOPIPES dr page Dato VC UiTM Uhu.



salam.. sahabat semua..

for those yg tengok result n whatever pun result korg...

TAHNIAH kerana result itu adalah usaha kalian berkat dorongan parents, lecturer dan kawan2..

buat renungan bersama.. =)

1. kenapa aku tak dapat DEKAN?

Allah tangguhkan dulu dekan kita kat dunia mungkin sbb nak bagi dekan di akhirat nanti.. =) Barangkali, mungkin dengan result DEKAN yang kita dapat ni kita semakin bongkak dan lupa nak sujud patuh sembahTuhan.. (nauzubillahminzalik) jadi, Allah masih nak kita ni jadi hamba yg patuh dan taat pd DIA sebab tu DIA tangguhkan dulu dekan kita.. n most important thing.. Allah nak kita dapatkan AD DEEN LIST dulu kot.. Baru DIA kasih DEAN LIST.. =)


2. Kenapa aku failed paper ni! =(

Pernah dengar kan? orang yang berjaya, mesti mengharungi kegagalan dulu, I've experienced it before. and trust me. Korang akan lebih apprecciate apa yg korang ada lepas ni.. lagi sungguh2! nak belajar n of course la kan.. nak struggle habisan tu dapatkan A+ for paper yg korang failed tu.. don't worry guys.. Bukankah Allah mengatur yg terbaik dalam hidup kita, so, from that, DIA tahu, hanya dengan merasa sakitnya kegagalan je yg mampu membuat kita bangkit kembali.. dan yang pastinya, Allah nak kita jadi orang yang BERJAYA! It's takes time..I know.. ambillah sebanyak manapun, masa kalian.. but trust me, hidup mesti diteruskan.. this is not the end of the world.. so, just keep on moving with all ur heart on the right path! Selak surah Al Baqarah ayat 216 dan 286...hadam dengan mata hati.. =)


3. Pointer aku rendah aku boleh dapat lebih ni.. =(

Lulus sume tapi pointer rendah.. inilah juga ada kaitannya dengan yg nbr dua.. Allah suruh kita belajar bersyukur.. Manusia,klo dapat sedikit nak banyak.. klo dpt 2.** nak 3**.. sedangkan usaha kita mmg usaha org yg dapat 2** pointer kan..kita renung balik, kita study last minute, 2 hari sebelum exam baru bukak.. past year pun baru nak jumpa.. sedangkan, nak keja nak bjaya bukan makan masa 2.3 hari jek... (dush! tepat kena muka saya sendiri) hurm.. apapun berlapang dada terima segalanya dan bersyukurlah dengan nikmat ujian yg Allah berikan.. Allah mengetahui apa yg terbaik untuk kita.. =)

laslty, jom kita muhasabah kembali.


yang dapat dekan- JANGAN LUPA TUHAN..

yang tak dapat dekan - JANGAN BURUK SANGKA PADA TUHAN

yang gagal paper - JANGAN SALAHKAN TUHAN..

yang pointer rendah - JANGAN ALPA DENGAN TUHAN...


Sahabat2 yg saya sayangi sekalian,

trust me!

Di atas sana Allah sedang mengatur yg terbaik untuk hamba2NYA...

Siapa HAMBA2NYA?

Cer tengok diri..

YES, KITALAH HAMBANYA...

Kita da berusaha, tugas menentukan bukan kita, jadi tak perlu kecewa andai takdir tak selalu berpihak pada kita, itulah resam kehidupan.. nak jadi HEBAT kena ada HENTAKAN KASIH SAYANG dari TUHAN..

Agar kelak da berjaya masih ingat tuk sujud penuh kehambaan pada DIA pemilik sekalian...


Lookin forward to second year school of law..


"Allahumma robbi yassir wala tu'assir.
Rabbi tammim bilkhoir.
Birokhmatikaya Arhamarrohimin."

bait2 ini buat diri, juga buat sahabat2 yg dikasihi kerana Allah sekalian..

salam jumaat~~

jom hayati kisah surah Al Kahfi~

dan yg penting.. sujud syukur atas apa saja result kita...



LAW IS HARD..
BUT GIVING UP IS NOT AN OPTION =)

Friday, August 3, 2012

alhamduLillah~ nikmat Allah Sem. 2

assalamualaikum...

hye kalian...
apa khabar.....? ~sihatlah hendakNya

sebelum bercerita... meh tgk ni~


#1


#2


Ad-Deen VS Dean List:

wahai kawan2 seperjuangan...
berilmulah kita dgn ilmu Allah yg benar..

berjuanglah atas nama Allah..
hindarkan keluh-kesah..
jauhkan ragu2...

pelihara iman..
pelihara hati..
kalau gagal usaha lagi..

sehingga kamu tak mampu menoleh lagi 
kepada prasangka hatimu terhadap kemampuan diri..

doa itu senjata..
restu itu berkat..
redha itu rahmat...

mintalah pada yg Khalik..
dgn sebenar-sebenar ikhlas..

pelihara hati..
pelihara iman...

menangislah jika kamu mahu...
tp jgn menangis sehingga kamu lupa keEsaan Allah...

jgn berputus asa sehingga lupa yg Rahmat Allah meliputi apa yg kita ada...

getir itu ujian..
ujian yg manis utk kesabaran..
mengajar tabah dlm hati..
membangun dgn teguh....

sebut nama Allah dgn sebenar-sebenarnya...
tanam hati dgn benih ikhlas...
usaha dgn yakin utk memeluki rahmat Allah..

yakin dgn janjiNya...
insyaAllah perjalanan kita serta urusan kita dipermudahkan~

Allahurabbi~
terimakasih atas 'keberadaaMu' disisiku...
mnemani payahku...
menemani tangisku..
mkabulkan doa kecilku..
melunasi apa hajatku..

ini kemanisan ku...
ini kemenanganku..

aku takkan memiliki apa yg aku rasa skrg kalau tak menempuhi Sem. 2..

alhamdulillah..
hebat atau tak hebat result ku..
ia dah tertulis..
aku menang atas rahmatNya..

allahurabbi...
alhmdulillah~

:)


akhir kalam...

spirit warrior (deep inside myself) said : Dont give up~


Surah Ta-ha
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.
Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu), kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi.
[ayat: 6,7]


~selamat beribadat dlm ramadhan ke-15~






Thursday, August 2, 2012

puisi..

assalamualaikum... harap kalian sihat hendakNYA.. insyaAllah~

puisi...

da lama tak mencoretkan ayat2 bunga..

dulu selalu jerp capai pen dan kertas bila bosan dan menulis tanpa sedar idea2 yg logik dan tak logik mengenai  ayat2 bunga tu..

sekarang jadi rindu pulak kat hobi nan satu tu....

mungkin tlalu sibuk mbaca ayat org.
sampai malas nak menulis...

atau mgkin sahaja...
apabila idea itu dtg..
waktunya tak sesuai lgsung...

idea tu..
selalu kunjung tibe time nak tidur...

aish... mane jer aku nak raba pen dan kertas kat sebelah bantal?

kat kolej je aku wat tabiat letak pen dan kertas kat sebelah bantal..

kat umah..
haram jadah pen dgn kertas nak menampakkan diri...

aku 'senyapkan' mereka... ontok2 dlm kotak or bag kuliah...
nnt buka semester j ru jumpa liq....
*moga2 dpt rayuan kolej kelak*

wah byk betul rugi idea2 'basah' tu aku tak catatnya dimana2..

rindu dgn tulisan puisi..........

takper...

mulai hari ni..
aku akn cube sehabis baik menulisnya kalo terlintas..



"ulah pemimpin itu senyap..
kerana dia kerap berpikir..
pemimpin selalu mencari mana cacatnya aturannya..
dia bukan melatah selalu..
melainkan menyemai sifat sabar dan amanah dlm dirinya..

ikhlas.
itu adalah sesuatu yg cuba dizahirkan sampai mati...


dan ketahuilah dgn benar..
sabar dan ikhlas itu identiti Islam yg sering diuji..."

~pena : Ary Kasya~


p/s: hehhe... yes... tpanggil jua idea dua hari lepas dimana ia tlintas apabila mlangkah kat kaki surau~


Monday, July 30, 2012

Alam tak berdinDing~


Assalamualaikum,
kawan2 dan readers...

sihat?
harap Allah anugerahkan kesihatan yg hebat wat kalian.. ~insyaAllah.

ok,
kali ini aku.. nak crt skit pasal pengalaman alam tak berdinding aku...
yakni alam mimpi ketika tidur...

Mengalami gangguan tidur atau dalam istilah medik ialah parasomnia..
uh.. aku tak boleh katakan yg aku ada parasomnia apabila menulis pengalaman ini..
cuma aku ingin menulis sendiri jurnal mengenainya.. krn aku acapkali mempunyai gangguan tidur yg ekstrem dlm satu2 masa tertentu..

means here, not always... 

dah masuk 2 tahun pon zaman aku mengigau bercakap/menjerit/gelak dlm tidur tiada..

tp..
mlm tadi..
sekitar pukul 1pagi..

tetiba,
aku dijemput masuk kedalam alam tak berdinding ini sekali lagi slps sekian lama..

astagfirullah...~

dasyat betul mimpi aku..
sehinggakan aku terasa penat yg melampau...
bergelut utk keluar mimpi itu..
shggakan tanpa sedar... apa yg aku ckp dlm mimpi itu terkeluar dlm butir percakapan yg jelas...

*setelah memastikan dgn abangku sahur tadi*

perkataan yg keluar dr mulut aku mlm tadi ialah..

"astagfirullahuazim"
"bismillah" ~ yg ni dia kata aku duk repeat byk kali...
"allahuakbar" ~ ni pun aku repeat diikuti bismillah~

serta.. *paling tak boleh blah!!*
aku baca full surah al-Fatihah... (astagfirullah)

korg bayangkan... betapa myeramkan mimpi aku...
aku takleh crtkan butir mimpi itu.. sbb aku tak bbrp nak jelas apa yg aku mimpi..
tp yg pasti... ia SERAM!!

aku bergelut mcm nak mati supaya dpt sentak roh aku pulang pada jasad ini...

buktinya..
bgn jer tsentak dr tidur itu..

aku banjir dgn peluh dan tekak aku haus kering giler..
perit trasa keronkong ni... shggakan aku lalukan air masa nak basahkan tekak tu..
aku rasa..... "Ya Allah.. perit!"

dr artikel catatan blog lain...
simptom sleep disoder (parasomnia) ni... dipengaruhi oleh faktor usia (selalunya kanak2 dan remaja-dewasa jer), stress, hormon, dan otot/jiwa yg penat, atau demam... dan bbrp lagi sebab yg aku mls nak senaraipanjangkan~

dan..
antara habit yg dihadapi oleh parasomnia ni... ialah:

~bercakap/gelak/menangis = mengigau (kalo mnangis/gelak, sumpah aku lari)
~berjalan (sleep walking)
~melagakan gigi dan,
~kaki gelisah
~ada byk gila juga contoh2 lain........

herm...
apalah yg menyebabkan aku terganggu ekh...
nak kata permainan syaitan.. tp syaitan dibelunggu waktu Ramadhan...

nak kata ia permainan tidur...
amboi...! dahsyat nar mimpi duk 'hadir' jadi permainan aku.. X_X

astagfirullahuazim....

moga aku tak didatangi lagi mimpi yg maha dasyat lagi..~penat..

Allah SWT berfirman, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengarkan” (Ar-Rum 23).


boleh baca lebih kat links bawah ni~

rujukan:


ok..
sekian!

"Selamat Beribadat dlm Ramadhan-11"

Saturday, July 28, 2012

reCent Malays Muvies 2012

assalamualaikum...
kawan2 dan readers..

Alhamdulillah..
berlalu sudah seminggu kita dlm bulan Ramadhan kali ini...
dan diharapkan dipanjangkan umur lagi utk menikmati bulan ini..

kawan2 and readers, sihat?
harap sihatlah! :)
kalo tak sihat.. moga Allah memberkati kamo and sihatkan kesihatan kamo seadanya... insyaAllah~

p/s: mukadimah mengenai kesihatan lagi.. mueheheh.. takper.. kita takkan rasa kaya kalau kita tak sihat. :)

herm...
lets break and throw away formal writing here... :P

disini...
aku nak habaq mai..
ttg a few muvies yg aku tonton kat lappy aku..

all about malay muvies..
*philang bosan yg cepat berbanding nak follow up drama korea satu-persatu*

antara drama muvies yg aku tgk spjg 7 bulan dlm 2012 ni ialah...

'Aku, Kau dan Dia', 
'Hanya Aku Cinta Kau Seorang (HACKS)',
'Cinta Si Tukang Kasut', 
'Baik Punya Budak',
'Nongkrong',
'Aku Ada, Kau Ada',
'3 Temujanji',

dan,

'Hooree! Hooree!'

antara senarai ni kan... yg aku duk colour BOLD tu jer aku se agak layan lah... dan lepas lah kredit tuk diangkat sbg muvie.

*pendapat aku ek.. jgn nak hentam aku 'kuat2'*

sebab paling utama yg aku kata ia ok... pasal aku suka plakon dia...
Remy Ishak (my 'kampung man'), SAM (look korean), Liyana Samsudin and Pierre Andre...
yg bg aku... lakonan dorg.. ok.. best.. n boleh layan...

lagi satu sebab..
sebab mereka ada dlm muvies ni jer penyebab utama aku nak tengok...

as i comment in previous post about muvies..
aku ni tak choosy bab2 tajuk n genre crt..
aku bantai layan any type of genre... selagi dorg boleh melepasi 'tahap boleh layan aku'..

p/s: my taste is not yours.. dont argue me bout this thg.. :P

Pierre andre..
lagi sekali dia wat watak 'cinta halimunan' dia....
aku se ni kali kedua...
dan dah brp dah crt dia yg boleh dicop klise.. *tapi still leh layan*
pengakhirannya leh agak.. dimana dia wat watak itu kronik klise..
macam berpenyakit... mati, kanser and sebagainya..utk mhidupkan tumpuan watak itu.. urgh...

tapi krdt Pierre.. i know u try to give a great lover muvies... so, happy to told u.. im enjoy it.. :P
*boleh dikatakan aku melayan jer suma crt Pierre..*

Remy...
u are great..
uhuhuhu... i love u..
*notg much i can comment... u can watch by urself his muvies...*

p/s: tu pon kalo korg minat mamat melayu and tak memilih bout genre muvie.. :P

Hoore! Hoore!

awesome juga.. terlayan jap..
tapi bila tgk kali ke-2... tido trus.. muhehehhe....

and crt yg aku agak nak kritik mengapek and lower moral values is... HACKS!!
hell story... cinta muda mudi.. and gaya pergaulan yg tak wajar dicontohi byk dipaparkan dlm slot muvie ni..

budaya tonjol2 kepala..
budaya mengeluarkan gelaran yg tak senonoh kat kekawan..
budaya pergaulan bebas..
salah guna social networking service.. (walaupun ia kenyataan.. kat luar sana dah ramai salah gunanya),
dan budaya memperkenalkan 'Cinta Plantonik'..

p/s: Cinta Plantonik = cinta antara lelaki dan perempuan tanpa keinginan seks..

i believe..
ramai remaja kat luar sana kata crt ini kool..
dgn adunan muzik latar yg best..
pembawaan crt yg kne dgn remaja skrg..

tp..
moral tarak..

apakah imej yg dibawa utk muvie ni??

about friendship? yes.. i admit.. its there.. but in wrong way which is bad example..
p/s: aku tak cop diri aku baik. nope... tp pendedahan org kita skrg.. herm.. bad..

this is not good utk remaja kita...
takder unsur yg boleh dicontohi..
tapi unsur lagi mgalak kan remaja... bergaul dgn tonjol2 kepala gitu tanpa rasa bersalah...

p/s: woii... kepala organ paling mulia tau... kalo korg benarkan kepala korg dibuat mcm tu.. maksudnya.. penghormatan korg thadap diri sendiri... ZERO..

p/s: again.. ia pendapat aku~

so.. crt ni... very bad to me...

next..
awatnya crt 'Baik Punya Budak' tu merapu??
merapu betul...

aku tak fhm... or aku tak fhm sebab phayatan aku out.. entah~
bg aku mcm crt mlepaskan batuk ditangga..

Nongkrong...
no komen...
aku bukak n tgk tanpa phayatan juga..



p/s: penghabisan komen..
ini adalah pendapat aku... taste manusia lain2...korg pun boleh mnilai sndr apa gred mutu crt ni..


last but not least..
selagi aku mmpu.. aku akn tgk muvies malay~
and.. maaf malas nk tampal poster dorg kat cni.. line mengong... very bad service..
boleh preview sendiri kat Google image k..


daa

selamat beribadat dlm Ramadhan ke-8







Tuesday, July 24, 2012

Pemberitahuan Gila!

assalamualaikum~

muahahhaha...........

gila?

tetiba jerp...
malam td sedih...
tetiba hari ni..

'GILA??'

adui,
korg ni jgn judge quickly...
relax... bersangka baik sudah~
macam tak biasa tajuk aku sometime takder kaitan pon dgn perihal yg sebenar....


herm..

ni,
nak habaq mai...
kalo korg duk sibuk belek page ni..
ttu korg pasan yg aku dah ada 3 page blogs..

so,
tujuan post ni adalah utk memaklumkan kat korg yg tak pasan..
yang sebenarnya, aku ada 2 pages blog lain..


hehe..
jemput2 lawat ye kawan2 and readers...

blog 1 :
herm.. tentulah FroggyWorld... main page yg korg duk baca ni...
yg tarikh lahirnya aku tak bbrp nk egat, kne buka older post~

blog 2 :
herm... 'dilahirkan' pada 1 July 2012 bertajuk mE.PhotograPhing
blog ni menceritakan hobi aku terhadap dunia photo~

blog 3 :
'dilahirkan' baru jer sat tadi... 1 jam yg lepas.. diAry HIJAU~
ni... HLF lah... apa lagi... herm~

boleh jer klik kat tab pages yg aku sediakan kat bwh image header tu.. so, korg tak yah susah2 nak cari nok... hehheh ^^/


kenapa?

herm...
sebab, setiap post menceritakan tema yg berbeza.. tapi ia lgsung tak lari drp kisah hidup aku..
aku tak mau kusutkan kepala aku menyelenggaranya... so mcm ni agak kemas... hehhe~

happy reading!

jgn lupa komen yer kalo rajin...............

daaa..


p/s: broadband service agak bad... so, nak update agak kemalasan tahap dewa~



Monday, July 23, 2012

>>>>sedih



i cant hide it...

cant pretend it..

deeply inside, im very sad~



i cant describe it in sentence~
only Allah know~

Allahurabbi~~~~~~

lagi sorg wat aku jatuh cinTA~

cinta itu abstrak~ ia boleh wat kita keliru n mereng....

assalamualaikum kawan and readers...

hai, jumpa lagi kita yer..

p/s: muahahahh~ rajin aku mnaip kat sini recently~ dasar takder kejer.......

ohhhhh... daebakk.. keje saya menganggur dan buat crt kat sini...

so... meh pinjam mata duk bacer apa jari aku mnaip tok korg tanpa tahap kesedaran yg tinggi yg penulis ini bukan lah penulis yg hebat...

*bwelk!! muntah hijau mencurah-curah*

ok...

4 hari aku bercinta dgn mamat ni..
*maaf Min-Ho*

4 hari aku jatuh cinta dgn egonya...
*maaf lagi sekali Min-Ho..

hahha..

merapu~

p/s: peduli apa... blog aku~

ok,
to be frank, i found new star tat make me admire n falling for love juzt in 4 days..
awesome! imiss him already~ huhuhu...

he is star... but i cant reli reach him and make as mine..
i even cant hold him in my dream
so.... with very uneasy feeling~ as always after i finish date with him...

i release him freely in my hardisk~
some fine day.. when i boring~ i will look for him and listen to his voice...

ha?
hardisk!

really crazy~

ok...
really frankly telling~ its is drama again~
hahahhahahahahha... *meh pakat gelak~

Hwang Tae Kyung and Ko Mi Nam...
are 2 important role in 'You're Beuautiful'.

im just finish watching it..

so romantic drama again... and i believe this story are really not up to date...
but who cares... muahahahha...
*suka hati aku... aku punya masa and aku punya mata lah yg nak tgk bila*

lets me show u'll some from Google images bout 'You're Beuatiful'
*thax Google*


#1
4 watak utama dlm drama 16 episod ni
Ko Mi Nam
Hwang Tae Hyung 
Shin Woo 
Jeremy


#2
Tae Kyung
*aku tak tau lah nape org salu suke hero ke-2.. tp aku suka jer hero pertama.. :P*
lebih suka dia wat rambut tak tutup mata sebelah~

p/s: malas nak stalker nama sebenar pelakon ni... *like always*



#3
Ko Mi Nam / Ko Mi Nyu
comel gurl ni...
ngeh2........

p/s: spt biasa.. spt mana crt korea yg lain...watak gurl akan pegang watak yg paling ampuh sekali... dimana hati dan perasaannya mesti diuji..dan ketabahannya di tahap maksima... 
herm, realiti world ada ker macam ni??


ok..
running of time..
oleh sebab broadband sgt bengong~
slow bangat...
aku terpaksa pendekkan crt dan meminta khidmat Mr. Google lagi dlm mempercepatkan story aku...
kalo korg lum tau lagi kesah ni... korg leh beli kat mana2 kedai CD bhampiran...
and kalo line internet korg laju mcm jet ultrasonic. dialu-alukan menonton di suju.com or youtube.com paling senang~

and...
kalo nak tau short info pasal drama ni..
korg leh lawat page kat Squidoo page ni (klik jer perkataan tu)

ok?

reli need to go to..
daaaaaaaaa~

wassalam~

and selamat berpuasa raMadhan ke-3









Sunday, July 22, 2012

ukhwah krn Islam itu juga mbawa kita kpd kemanisan IMAN

assalamualaikum

hai kawan~ harap sihat hendakNYA (insyaAllah)

dlm dunia ni...
suma inginkan persaudaraan yg baik bukan?

ingin menikmati rahmat Allah dengan penuh rasa berkat...

sebab dlm ISLAM juga menjaga persaudaraan sesama muslim itu penting...
krn dgn bersaudara itulah kita dpt mnanam saham Akhirat sama ada utk syurga atau neraka...
dan nauzubillah kalu hidup ini kita duk sibuk tanam saham neraka..

dengan nama Allah,
minta dijauhkan...

di universiti...
jujur cakap kita akan diuji dgn kepelbagai masalah dan ragam manusia..
dimana.. ragam tersebut hanya ada 2...

baik dan jahat~

kalau kita terjumpa dgn saudara yg baik...
ucaplah Alhamdulillah...
krn itu hidayah Allah atas rahmatNYA utk memimpin kita, dan memjaga kita dlm mengurus kehidupan kita.... insyaAllah... org yg baik2 ni lidah mereka rajin menyebutkan pesanan.. rajin mnegur khilaf kita dgn ikhlas... mereka sering menjadi kawan kita yg memimpin kita krn jalanNYA.. insyaAllah...

dan jgn lah berniat ingin menjauhi mereka...
krn nnt kita akan tergolong dlm golongan yg rugi...
~nauzubillah kawan2~

apb. terjumpa kawan yg kurang baik...
ucapkanlah juga Alhamdulillah..
kerana, ini penanda Allah ingin menguji keikhlasan kita...
dan menguji kelemahan kita utk mempaiki ia menjadi lebih baik~

inilah masanya kita tanam saham Akhirat Syurga banyak...
saling berpesan2 kpd kebaikan... ini saranan Allah dlm memperbaiki cara kita bergaul secara Islamiyah..

islam itu kan indah...
ia selalu berpesan kpd hambanya..
supaya sentiasa mencari peluang memperbaiki diri sendiri dgn hanya melalui hubungan ukhwah yg baik~


jadi..
dlm alam Universiti ni...
berazamlah nak cari n menjalinkan hubungan ukhwah kerana Allah...
krn tak rugi.. bahkan kita akan merasa nikmatnya krn Allah..

subhanaAllah...
terima kasih Allah krn selalu kirimkan kepada diri yg kerdil ini kawan yg baik2...
insyaAllah~

dan sebenarnya,
dlm dunia ni...
ketika hidup masih bergelar pelajar..
takder pon istilah "budak jahat"
krn... dah nma pon perlajar.. kesalahannya lebih banyak drp perkara yg betul
apalah sgt ttg perkara betul yg diperkatakan dan diperlakukan melainkan jika ia sering mendapat teguran dan nasihat yg hikmah...

jadi istilah jahat itu takder melainkan istilah 'kurang baik'.....

ingat..
kehidupan ini adalah satu proses pembelajaran...
diri kita... hati kita ini...
perlu dididik supaya sentiasa mendengar, menerima dan mengaplikasikan perkara baik yg kita perolehi...
dan itu.. baru digelar pelajar...

hehehheh~

p/s: maaf jika penulisan ini byk cacatnya drp cantiknya~

^^/






penutup saya:

Al-’Asr


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Demi Masa! 
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - 
kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. [1-3]






Wednesday, July 18, 2012

sedihhhhhhh~ gaggal..



assalamualaikum...

hai kawan2

saya tgh sedih ni..
amatttttt~!

knp permohonan kolej kali ini gagal?

ya Tuhan, Allah duga saya.. :(

cuba happy..

tapi,
cenggana?

pagi lagi ni...
takkan nak duk tido jer tuk ilangkan sedih ni..

*tak logik*

Ya Allah.. sabarkanlah hati ini...

bukankah saya diberi peluang ke-2...
iaitu saya berpeluang tok wat rayuan kolej kelak..

dari.
23 Jul-6 Ogos..

and result rayuan keluar pada 15 Ogos

jadi sabarlah wahai hati...

jom doa byk2...

insyaAllah ada rezeki nnt...

*moga2*

amin~


ni..
butiran aku aktif aku kat kolej...
kenapa aku tak layak??

kenapa??
nak berapa kupon ru leh layak...

kenapa?
apakah kelayakkan tok dpt kolej..

tak pernah siapa fhm sistem apa dorg guna...

omo....


ya Tuhan..

sabarkanlah hati ini~


*berusaha utk senyum*

Saturday, July 14, 2012

langit itu senyum..

assalamualaikum wbt

alhamdulillah... berakhir sudah semester 2 aku jadi pelajar degree Polimer kat UiTM Shah Alam...

terima kasih Allah kerana buat aku mmpu mnempuhinya....

^^/


paper last tadi Latex Tecnology....

harap ini 1st n last aku bkenalan dgn dia..

tak nak jumpa lagi dah..

sumpah aku benci....


hehheh..

apa pun..
aku harap apa yg tertulis kelak sumanya baik2 aja...

bukan utk aku jer..
tapi suma rakan seperjuangan yg amik final exam sem ni.

huhu..
rumah dah pggil..

aku nak balik..
daaaaaaaa...

moga ketemu lagi..
dan aku rajin mengupdate aktivitiku disini....

insyaAllah~

langit Dhuha...
aku amik semasa dlm perjalanan nak mik wudu' tuk solat sunat Dhuha...
nmpak tak awan ni senyum?
subhanaAllah.. ini lah kegembiraan aku.. dikala hati merindui dan sedih...
terima kasih Allah kerana mcipta langit yg cantik!! ^^
subhanaAllah~

Sunday, July 1, 2012

'perang'

saya akan berusaha sampai keringat terakhir utk mak dan ayah... and of coz utk diri sendiri.
assalamualaikum...
hai kawan2... hai reader....

harap sesihat jer hendakNya... amin...
*aku tau korg hebat...*

ye kawan2... study kerana Allah Ta'ala dan tiada peratara antaraNya.. 

ni adalah post aku yg terakhir sebelum aku berangkat ke medan perang esok..
utk final Semester 2... InsyaAllah~ 

minta doa dari kalian..
minta dihalalkan apa yg terkurang atau terlebih..
minta dimaafkan apa yg salah... (termarah/terbenci/terguris hati dan seangkatan dengannya)

aku hambaNya yg khilaf...
setiap hari aku merenung masa2 'semalam'.. dan sometime ia buat aku menangis...

aku hambaNya..
tak pernah lari drp mempunyai impian besar sama ada utk jgka masa pendek atau pjg...
salah satu impian tersebut adalah utk pecah rekod stady aku...
aku selalu berharap aku dpt result yg cemerlang... tbaik dan gemilang...
seringkali berusaha mperbaiki mana yg lemah...

tapi,
sometime...
hati ini goyah juga...

ada jer sedikit kesusahan...
aku mengeluh... susahnya subjek ni.. susahnya nak wat ni... susahnya itu dan ini..

ini lumrah dlm diari belajar aku...

tapi..
pantang sekali dalam hidup aku...
memenangkan keluhan aku tanpa sebab musabab yg berbaloi..
aku akan 'brainwash' otak aku... keluarkan aura negatif dan belajar dgn tekun...

dan Alhamdulillah...
Allah sudi bantu usaha aku..
ada juga perubahan dlm subjek yg lemah...

dan sebenarnya...
daripada kayu pengukur kejayaan...
kita sebenarnya... dah 'menang' dan berjaya belajar sesuatu...
dah lulus dah!! sebab syarat belajar ialah berjuang sampai habis...

belajar ni sama macam jihad...
jihad krn Allah...

belajar ni...
tak semestinya dapat dekan setiap sem...

tp sbnrnya... belajar ni satu progres dlm mcari ilmu...
kalo kita mampu memahami subjek itu sampai kita faham sehabis2nya..
itu maksudnya kita belajar..

*ada juga org dekan kata dengan aku.. dia kata dia dah bosan belajar*

kawan2,
ilmu ni milik Allah... kita jgn sesekali jadi hamba EXAM..
bila susah jer cari dia... bila tak exam lupa DIA...

jgn didik diri & hati kita mcm ni..
nnt iman rosak...

baka kata UAI: 
"sesiapa yg menganggap segulung ijazah itu penentu masa depan... sesungguhnya imannya dah rosak... kerana, rezeki kita BUKAN pada segulung ijazah tetapi rezeki kita telah ditentukan lagi sejak roh kita ditiupkan kedalam badan kita semenjak kita berada dalam rahim pada usia 40 hari"
SubhanaAllah...

kawan2..
mari kita berubah drp yg biasa kepada luar biasa..
jadi lah Allah itu satu2nya tempat bergantung harap...

ilmu ini milik Allah...
dekat diri padaNYA selalu...
bukan kadang2...
bukan jarang2...
tapi selalu.....

tak luak pon ilmu Allah itu kalu kita minta kat DIA..
bahkan Allah lagi suka...

dgn syarat!!! 
amalkan amar makruf nahi mungkar...
ikut segala garisan/panduan adab mnuntut ilmu dengan cara Islam... InsyaAllah..

p/s: saya sedang belajar lagi... dan sedang mperbaiki mutu hubungan saya dengan DIA... Alhamdulillah.. nikmatNya hanya hati sahaja yg tahu menitipkannya... Alhamdulillah....

Surah Saba’

BismillahirRahmanirRahim 
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain), atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaranKu)”. Sebenarnya tidak ada pada (Muhammad) yang menjadi sahabat kamu sebarang penyakit gila (sebagaimana yang dituduh); ia hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada kamu, sebelum kamu ditimpa azab yang berat (di akhirat).[46]

berjaga 24jam tanpa henti... kalau Allah tak kasi ilmu itu lekat... tak guna juga... kita akan masuk dlm gol. yg rugi sia2...

Allah
ya Allah ya Tuhanku yg SATU...
berkatilah usahaku ini...
berilah kejayaan yg besar terhadap 'peperanganku' ini seperti mana KAU memberi kejayaan kpd org yg soleh yg terdahulu...
masukkan kami dlm gol. yg beruntung... dan bukan golongan yg KAU butakan mata hatinya....

angkatlah doa kecil kami ini...
agar kami merasai nikmat dan kurniaanMU dengan penuh rasa syukur..

AMIN...



mak, ayah..
adik nak masuk dewan peperiksaan ni...
doakan kelancaran adik menjawab peperiksaan...
moga dipermudahkan segalanya...
adik sayang mak dan ayah.... sangat!




nota penaja: 
sometime org tanya... kenapa aku terlalu anak ayah???
i have no answer for this question... termenung lah banyak mana pon...
aku rasa jawapannya hanya satu.... 

aku nak banggakan mereka dahulu sebelum aku memnuhi kehendak org lain...
jadi izinkan aku jadi 'anak ayah dan mak' sepuas-puasnya!!! ~adik


Allah...
tiada kudrat aku nak melawan ketentuanMu...
moga apa yg tertulis mengenaiku di Luh Mahfuz adalah yg baik2 aja...
saya akan berusaha jadi yg terbaik dan pencintaMu...~insyaAllah..

selamat berjuang kawan2..
ingat! berjuang kerana Allah... insyaAllah, Allah akan bantu kita bila kita sentiasa ingat dia...

*senyum bila ada kesusahan... jadilah wanita yg hebat kerana Allah...*



sekian..
Assalamualaikum...


p/s: terima kasih kerana blokkan FB aku!! ~aku tau ko baca ni...