Monday, November 25, 2013

hari itu..

seindah mana pun senyumannya, ade garisan yang aku ingin tegur?

"kenapa tak natural langsung eh?"

dia tersenyum dengan gembira.
ulahnya aku intai...

diri ini rindu..

tapi dibiarkan kesenyapan diriku memerhatinya daripada jauh..
lalu sebaris doa aku ucapkan..

"Allah, kalau dia benar-benar gembira... berkatilah kegembiraannya, susulilah setiap tawanya bersama rahmatMu. al-Fatihah.."

moga kekuatan dan semangat diri mu lebih tinggi daripada diriku...

maaf andai senantiasa melukai hati.
maaf jika tiada sapaan mesra.
maaf sebab kadangkala diri ini terlupa.

la tahzan, Allah sentiasa ada.

Sunday, November 10, 2013

sahabat. terimakasih.

Assalam..

Dia...
tidak tahu apa yg dia lihat menerusi mataku.

memegang kejap kedua bahuku...
lelahku mengalir hilang...
hilang penat.

itu tangan sahabat.

dan saban waktu.

apabila sendirian...

terasa amat sunyi.
inginkan pelukan sahabat...
aku memeluki diriku.
mengusapi bahuku.

dimana ada bekas pegangan seorang sahabat...

"Allahu, aku rindu... rindu seorang sahabat yang pernah mbuat diri ketawa dan menangis"...

dia..

memegang kejap kedua belah pipiku.
mengusapinya seakan memujuki supaya jangan bhenti berehat...
supaya jangan menangis...

terasa, terasa sangat kasih sayang seorang sahabat...

dia..
sahabat aku...

aku memandangi matanya...
terasa ikhlas mebahangi dadaku...

dia sahabat...
dan sedang memujuki ku supaya kuat..

"Allahu, saya tak kuat.... tapi Kau sentiasa kirimkan pengecas kepada ku melalui tangan sahabat... sesungguhnya Kaulah Maha Pemujuk.... aku ketahui Engkau yang kirim semua ini.. alhamdulillah"

aku gosoki mataku...menahan airmata barangkali...
memandang wajahnya kembali...
sedikit terharu, dan tersentuh...
tidak pernah dlm hidupku dia begitu lembut dengan aku...
begitu lembut dalam memahami aku...

Dia sahabat aku...

sedang memujuki ku..
sedang meyelami beban aku dengan sentuhan itu...
aku malu, dan aku segan...

"Allah terima kasih..."

ini sahaja aku mampu ucap dalam dadaku...

aku memandangi lantai...
dan terasa tangannya membetulkan tudungku...

dia sahabat aku...
dan aku malu..
malu kerana terlalu sayangkannya...

sahabat.
moga Allah jagai kamo.
moga Allah tidak membebani kamo sgn sesuatu yg kamo tak mampu pikul...

sahabat, terima kasih...
sebab selalu ada tatkala aku lemah...

meskipun aku tahu...
aku tak pernah memberitahu sesuatu yg aku sayang kau...
tapi Allah sentiasa kirimkan kau pada aku tepat pada masanya..

semuanya dengan izin Allah.

terima kasih.
Alhamdulillah..

demi Allah...
aku tak mahu kau merasai dan mengintai apa yg aku rasa...

"Allahu, peliharalah dia...."

dia sahabat...
sedang menyuapi aku....
mengisi kekosongan perut ku...

demi Allah...
aku berdoa semoga suapan mu kpd aku ikhlas...
aku berdoa agar Allah permudahkan kehidupan mu...

itu sahabat...
yg merasai laparku...

alhamdulillah..

terima kasih Allah...

Dia sahabat..

setiap apa yg dia rasa aku ingin rasa...
susah dan sedihnya...

sahabat yg selalu aku risau dan merasai sedihnya...

doaku... aku doakan dia kuat dlm menolaki dirinya utk jadi sesorang khalifah Allah yg hebat...
doaku... aku doakan dia jadi solehah yg dicemburui bidadari langit...
doaku... aku doakan suatu hari nanti aku boleh pinjam kekuatan jiwanya...
doaku... aku mahu memelukinya dan menyerapi segala sedihnya dan risaunya...

Allah... jagailah dia..

dia sahabat yg memerlukan perhatian..
tetapi aku tahu kadangkala aku tlalu ego dalam ingin memahaminya..

lalu aku berdiam... menjauh..
menanamkan sesuatu yang mgkin suatu hari nanti aku, dia,... tidak saling bergantung....

dia sahabat.
tidak saling bergantung?
kejam sungguh doaku..

tapi aku tau apa niatku..

aku tak mahu diri ini.. melukainya....

Allahu, peliharanya...

terima kasih..

moga kalian,
akan menjadi jiran ku di syurga,
amin..


Ary Kasya.
1817H
10112013

FYP in Progress, inshaAllah~

Assalamualaikum,

harap sihat semua. InshaAllah. #senyum.

Alhamdulillah, kini sudah berakhir minggu ketujuh untuk semester ini kat UiTM...
#erk.
laju, cepatnya masa berlalu......

hurm...
pendekkan cerita. *ayuh*

Pada minggu keenam yang lepas, material aku untuk FYP dah sampai.
NOTE : FYP = Final Year Project.

Kesemua material, silicon nitride, stearic acid, dan poly-vinyl butyral dah selamat sampai di bilik En. Anuar dan aku dipanggil untuk meliha dan amik terus barang-barang itu.

pergi melaporkan terus kepada 'supervisor' untuk makluman tindakan kerana kuantiti yg sampai kepada aku hanya sedikit. bukan sepertimana yg telah di'oder'....maka, jadinya Formulation aku ditukar.

*maka, kena wat writing chap1-chap3 semula*

sad.

tapi berusaha untuk sabar. kerana masa da suntuk tgl kurang drp 4 minggu untuk FYP presentation..

kami pun redha. *aku n k.zira*

bersetuju untuk fighting.
inshaAllah.


janji Allah sgt pasti. dan inshaAllah semua akan baik-baik sahaja. buktinya 2:286. #senyum.

makaantara tragedi dan laporan drp makmal proses material... izinkan gambar bercerita... 

Ni tulisan supervisor aku... bukti yg formulation aku mesti diubah.... ermmmm..

Selepas penat bekerja... ini penawar segala penat...
susu = utk neutral balik sifat kimia yg dihidu secara x sengaja... but still, aku punya deria rasa akan tumpul 1 malam...
al-Quran = suka mencari ayat motivasi drp Allah. subhanaAllah. byknya hadiah motivasi dia... al-Mursalat, 7.... antara yang menjadi penolak segala kelemahan aku tatkala penat...


"sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu tetap berlaku."
al-Mursalat, 77 | 7


susunan formulation... :)

Partner saya. yg tolong angkat dan cuci mesin. 

formulation tgh blend... tggu nak angkat je ni... #erk.. 

mesin yg kami guna. 


parameter mesin

dapatlah hasil 5 bungkus... alhamdulillah..
ni bukan kerepek... tetapi hasil drp mesin ni... ni baru 1/4 punya keje... lepas ni kene wat proses yg seterusnya...
-crusher
-hot press
-testing

ho... aku dah gila... ini dah macam ape jeh... :)
hak3... 
minta tolong, doakan kelangsungan FYP kami berjalan dengan baik. Habis pada waktu yg ditetapkan. dan penulisan repot kami akan baik-baik sahaja... 


"doakan kami tidak menangis.
doakan kami sihat.
doakan kami tidak mengalah.
doakan kami kuat semangat.
doakan kami baik-baik sahaja."

terima kasih.

terima kasih kerana membaca post kali ini...

alhamdulillah.

Pesanan: jgn sesekali lupa Allah. inshaAllah wa biiznillah.





Friday, October 25, 2013

Get A Resume - Internships

Assalamualaikum...

lama rasanya tak menaip diruangan ini.

"Wo hen mang.." = "Aku sangat sibuk.."

Alhamdulillah.

setelah bergelut dengan rasa tah hapa-hapa... aku masih jua mampu dan diberi peluang untuk bernafas hari ini. alhamdulillah.

kawan, hari ini hari Jumaat. Jangan lupa jadi pemuda al-Kahfi ya. inshaAllah.

ok. alhamdulillah sekali lagi sebelum memulakan taipan berkaitan tajuk entry.

*senyum*


inshaAllah, proses sekarang tengah update alamat dan nama kompeni-kompeni yang berkaitan dengan industri polimer kat area Melaka. Berbekal ilmu yang baru ditahap permulaan dalam bidang ini Polimer Getah dan Plastik ni... inshaAllah akan mula mencari 'tapak' dalam bidang pekerjaan kelak.

YA ALLAH, bantulah aku, kami, serta mereka dalam melaksanakan urusan kami untuk menjadi khalifahMu. Amin.

banyak juga kompeni yang aku jumpai di tanah air Melaka. Lebih daripada 10. MashaAllah. 

dahulu aku pikir sikit sahaja yang ada di Melaka. tetapi ramai juga yang mempelopori industri ni di Melaka. 

Antara nama namanya ialah:


banyakkan?

Allahuakbar.. 
gemuruh sungguh rasa sebab ini adalah 'first step' aku nak mengorak langkah sebagai pekerja. memasuki alam pekerjaan.

Allah... 

terasa macam baru semalam terdengar motivasi ayah, motivasi ayah yang menceritakan harapannya kepada diriku. dan rasanya harapan itu juga sama seperti diajukan/diperdengarkan kepada anak-anaknya.

harapan ayah yang ingin menjadikan anaknya sebagai insan yang berbakti kepada agama, keluarga, bangsa dan negara. ya, ayah pernah memperkatakan juga (paling utama), semoga kami menjadi anak yang berguna.

ayah seringkali kata, tugasnya hampir habis kepada anak-anaknya. tempoh dia membesar dan menyara kami semakin tamat. *saat ayah memperkatakan ayat ini, sumpah hati aku bergeleng dan bergenang air mata.. sebab aku takut nak ke hadapan sendiri*

ayah, ayah seorang yang hebat bagi adek. sungguh, ayah adalah hero adek sedari dulu. 

*senyum*

tidak kurang juga, teringat harapan mak. mak sentiasa ingin kami, adik-beradik, sentiasa jadi yang terbaik untuk diri sendiri. ya, mak pernah memperkatakannya. terima kasih mak.. 

sebelum melangkah ke fasa permohonan ini, persiapan psikologi diserapi daripada kawan-kawan sekelas yang mana daripada penerapan diploma sudi bercerita tips di alam industri. 

terima kasih Siti, Ilya, Tini dan Farah.

cerita-cerita kalian memberi motivasi dan pencerahan macam mana untuk diri ini visualkan alam yang bakal kami masuki. sedikit sebanyak, cerita-cerita itu telah menambah jua rasa gemuruh dan takut tersalah pilih kompeni yang sesuai dengan diri ini.

moga Allah bantu. amin.
moga Allah permudahkan dalam urusanku memilih yang terbaik untuk diriku dan orang-rang sekelilingku. moga kami turut dan patuh melaksanakan perintahNya. 

Allah...






Sunday, September 22, 2013

LDK 7 : Kenegaraan

Appreciation.

Penghargaan.

Belajar untuk menghargai memerlukan masa. Mungkin seumur hidup ini diperlukan untuk memahami konsep menghargai.

Menghargai dengan ikhlas.

Ilmu ikhlas sampai mati perlu sentiasa diulangkaji.

Tadi ada Latihan Dalam Kumpulan, LDK Kemahiran Insaniah a.k.a K.I di FSG.
Hari ini punya LDK agak menarik sebab dapat kumpulan yang dinamik dan fasilitator yang matang dan memahami apa yang diajar dalam penyampaiannya.

Alhamdulillah.

Terima kasih Pn. Junaidah Jamal, HSE Consultant a.k.a Alumni UiTM SA, FSG.

Apa yang nak diceritakan tentang hari ini ialah bengkel yang dijalani oleh kami hari menyuntik satu kesedaran mengenai perihal penghargaan.

Alhamdulillah. Terima kasih Allah.

PALACE
'PALACE' direka sebagai negara baru dengan 'wang suntikkan' sebanyak RM1j. Inspirasi nama 'PALACE' adalah atas negara PALESTIN. Negara ini merupakan impian kami. *aku berharap ia menjadi kenyataan*

Unsur dakwah.

Alhamdulillah...

'PALACE' adalah negara yang berkonsepkan ISLAMIK. Dimana MASJID dijadikan pusat tumpuan ramai. Banyak urusan dilakukan disana. Antaranya, pusat ekonomi dan perdagangan, pusat ilmu dan pusat dakwah. Konsep ini adalah ingin mengembalikan fungsi masjid. Masjid bukanlah sekadar tempat tumpuan untuk beribadat secara rohaniah semata-mata tetapi masjid adalah tempat dimana semua perkara tertumpu. Bukan sebagai kemegahan dan simbolik negar tetapi itulah, kita semakin lupa fungsi utama masjid. kan?

'PALACE' mempunyai hasil bumi yang melimpah ruah kerana dek rahmat Tuhan. Seoptimum mana seharusnya sebagai cendiakawan yang cerdik pandai adalah pengerak dan pemangkin bagi membentukkan sebuah negara yang dinamik dan dihormati serta bermaruah.

Penyampaian dan perkongsian yang santai tetapi apabila disebut Palestin, hati tersentuh tiba-tiba. :(

Aku suka ayat 'PALACE adalah inspirasi PALESTIN'.

Moga Allah redha dengan pembentangan kami. Moga hati kami sentiasa ingat untuk berjihad bersama mereka. Biiznillah.

 


Terimakasih kerana memberi respon positif tentang diri ini.

KAWAN-KAWAN.

Tadi 'ice-breaking' kat bengkel... for '1st impression..' they tell me a little thing bout me. thanks.

SEBELAH kiri: LDK K.I Kenegaraan
SEBELAH kanan : Program SAHABAT SURAU.

Alhamdulilah.

moga diri ini istiqomah dalam mengekalkan ciri-ciri positif ini. inshaAllah.

Friday, September 20, 2013

Awal Tahun Akhir

Semester baru.

Semangat baru.

Senyuman baru.

Semua bercampur gaul menjadi satu perasa. Sudah tahun akhir. Sudah masuk tahun ketiga aku di sini. UiTM Shah Alam. Pejam celik-pejam celik tak terasa. Macam baharu sahaja melepasi fasa Minggu Destini Pelajar. Jumpa teman sebilik yang suka dengar nasyid dan tengok ‘Lelaki Berlari’ a.k.a ‘Running Man’. Antara dua minatnya ini hanya nasyid sahaja jadi ikutanku. Asal dengar nasyid kadangkala teringat Ayu. Bekas teman sebilikku. Senyum. Lagi-lagi kalau lagu itu berkisar sirah. Lagilah memori it uterus terbang seketika teringat

Terima kasih ajar saya dengar nasyid.

Pada tahun satu, sesat di fakulti pada hari pertama. Turun dari bas di bus stop Seroja bersama Ayu. Sesat masuk bangunan yang tahapahapa. Aku pun rasa cuak. Perut rasa semacam nak membuang segala benda je yang ada dalam perut. ‘brrrrrrrrrr’. Kaki mengikuti sahaja langkah si kawan itu. Sampai satu tahap aku amik telefon dan dail nombor senior. Kak Amy. Terasa nak menangis. Bha! Macam lawakkan?

Sekarang masuk FSG dah tak sesat. J

Semua senario ini terpamer lagi sekali di hadapan aku. Cerita mereka seakan sama dengan ku. Aku seakan-akan melihat pantulan diriku pada gelagat-gelagatfreshie’. Sesat. Jalan berkumpulan. Rujuk HEA. Ke hulu dank e hilir mencari kelas. Terimbau sekali kenangan itu semua di layar mata secara tak semena-mena.
Tiba-tiba rasa diri ini senior. Tiba-tiba tergelak untuk diri sendiri sebab teringat gelagat sendiri pada zaman dulu-dulu. Senyum.

Selain itu, perkara yg aku ingat ialah aku sertai kelab fotografi. Ini kenangan dan pengalaman paling manis. Alhamdulillah. Dapat kamera dan mempelajari sedikit mengenainya. Terima kasih ayah sebab memahami minat anakmu ini meskipun kemahiran itu masih tumpul.

Lagi, Filza telefon aku secara tiba-tiba. Teringat lagi cuaca dan suasana itu. Segar. Dia beritahu aku dia bakal jadi pelajar ‘fast track’ AS226. Berita yang didengari seakan-akan mimpi sebab waktu aku telefonnya balik aku dalam keadaan mamai. Gelak. Hahaha.

Semester 2, Filza betul-betul terpacak depan aku. Hari pertama aku terserempak dengannya di FSG pun masih segar lagi dalam memori.

Semester satu dan semester dua dalam tahun pertama, aku mempelajari tentang kekuatan diri dan memecah ‘ice’ dalam diriku. Meskipun masih mentah dalam mempelajari tenang kekuatan diri. Aku dapat berita penempatan untuk kolej tidak dapat diteruskan. Pengakhiran tahun satu adalah sangat menyedihkanku kala itu. Sungguh aku tidak tipu. Gelak. Ha-ha.

Tahun dua apa yang paling kuat dalam ingatan aku hanya 2. Aku berhijrah daripada zaman kuno aku kepada pembaharuan yang lebih baik. Sejak sertai KEM LEAD. Alhamdulillah. Aku ingin berubah sebab mencari kekuatan diri sendiri. Tahun 2 aku mula bergelar non-resident a.k.a NR. Melalui perubahan ini aku memeluki kekuatan diri sendiri. Aku teruskan usaha memecah dan mencairkan ‘ice’ dalam diriku.

Mencari rahmat Allah. Berazam bersabar. Berazam beristigfar.

Diri terlalu mendambakan kekuatan.

Alhamdulillah.

Sedikit sebanyak aku menempuhi Tahun 2 dengan baik. Satu-persatu ditempuhi dengan doa denganNYA… Alhamdulillah.

Ha-ha.

Bila aku ‘post-mortem’ balik diari-diari aku yang lepas tentang masa-masa aku dahulu. Aku gelak juga sebab menjadi budak-budak hingusan. Menangis kerana takut lemah. Menangis kerana takut keseorangan. Menangis kerana was-was dengan kemampuan diri. Itulah aku.

Tetapi.

ALLAH Maha Kaya. Sepanjang aku merasa diriku lemah. Aku tak pernah dibiarkan sendirian. Setiap kesukaran yang aku rasai Dia sentiasa menemani. Walaupun kala itu aku rasa aku ingin berpaling jauh daripada jalan yang sangat ‘sakit’. Allah tak pernah biarkan aku sendirian. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.
Ini pelajaran yang aku belajar dalam Tahun dua.

Senyum.

Tahun Akhir.

Cabaran sudah menanti.

Doa dan tawakal ku harap mampu diteruskan untuk mengiringi usaha.

inshaAllah.



Daripada Filza

Gambar kat atas tu.

Semua manisan kan?

ha-ha..

Setiap kali aku dapat benda ni semua. Setiap kali itulah aku hilang kata-kata.

Coklat tu, cupcake, dan kek tu sampai pada aku kala aku nak something encourage me. senyum.

terima kasih. bagi aku benda sweet-sweet ni. i appreciate. always. senyum.

p/s: catatan post xde kait mengait dgn gmbr. aku mmg nak masuk gmbr ni dlm blog. cume tak pernah tertaip. ha-ha.