Assalamualaikum
kalian.
Macamana puasa
hari ini?
Harap mampu
diteruskan. InshaAllah sampai ke akhir.
Alhamdulillah,
hari ini dah hari ke -20 kita berpuasa. Dah masuk fasa 10 malam terakhir. 10
malam terakhir ini kita digalakkan merebut malam lailatulqadar. Malam ini adalah
ganjaran yang terbaik kerana dijanjikan pahala seumpama 1000bulan. Besar betul
ganjaran ini kawan-kawan. Marilah kita sama-sama merebutnya lantas menjadi
ummah yang beruntung. InshaAllah.
Alhamdulillah
ini adalah Ramadhan yang ke-2 ku menyambutnya dalam kesederhanaan bersama
keluarga. Kalau dahulu Ramadhanku agak meriah dengan makanan yang beraneka di
atas meja. Air yang berjenis-jenis sampai kembung perut dan rasa agak sendat
selepas berbuka tetapi sejak 2 tahun ini kami berbuka dengan apa yang ada
sahaja bersama dengan keluarga. Bagiku cukuplah Ramadhanku tanpa pembaziran.
Aku tidak mahu membazir kerana terlalu ramai saudara seiktikad denganku tidak
mampu berpuasa dengan senikmatku. Ada sahaja dalam kalangan mereka yang tidak
cukup makan pakai. Hidangan untuk berbuka dan bersahur hanya seteguk air.
Sekadar air
kawan-kawan.
Kita?
Kita ini
dilimpahi nikmat.
Kadangkala membazir
dan semua lauk dibiarkan terbuang. Adakah puasa kita hanya memikirkan nikmat
makanan sahaja kawan-kawan?
Kadangkala puasa
kita ini hanya menjadi sesuatu yang dibudayakan. Puasa itu hanya diisikan
dengan lapar dan dahaga. Pengisian jadual harian penuh dengan tidur dan
aktiviti yang lagha. Beginikah kita mengisi Ramadhan kita? Hanya dengan penat dan keluhan.
“Aku penat.”“Aku lapar.”“Aku haus.”“Aku mengantuk.”
Sepanjang hari
ini sahaja yang kita luahkan. Kita tidak langsung memikir kebesaran Ramadhan. Kita
langsung tidak muhasabah diri kita. Kita langsung tidak meletakkan situasi kita
kepada nasib yang kurang bernasib baik. Kita hanya tahan LAPAR & DAHAGA dan
ini adalah perkara yang sia-sia dan merugikan, wahai kawan-kawanku.
Dimanakah kita
letakkan makna Ramadhan?
Dimanakah
kita letak kemampuan diri untuk mengejar nikmat Ramadhan?
Adakah hanya
di bazar-bazar dan senarai makanan?
Adakah hanya
di katil?
Adakah hanya
dengan kerja perihal dunia semata-semata?
Adakah hanya
dengan keluhan dan demi keluhan?
Mana kesedaran
kita?
Mana?
Pernah tak
kita cari?
Pernah tak
cuba cari makna pengisian Ramadhan?
Pernah tak
kita cuba kawan-kawan?
Tanyalah diri
kita sendiri kawan-kawan kerana hanya diri kita sahaja tahu siapa diri kita.
Jangan dijadikan
Ramadhan ini hanya sesuatu ‘benda’ yang datang dan pergi sahaja kawana-kawan.
Di Syria,
Mesir, Gaza dan merata-rata lagi saudara kita ada yang menyambutnya dengan
bersahur dan berbuka dengan darah dan mayat.
Kita?
Makanan?
Ini sajakah?
Mana doa
kita untuk mereka?
Mana sifat
perjuangan kita untuk Allah?
Mana?
*semua pertanyaan
ini dituju khas untuk diri aku sendiri*
Disana,
para ibu menyiapkan kelengkapan senjata untuk anak-anak mereka untuk berjihad. Kita
kat sini?
Kita lemah
bukan?
Sedar tak?
Kerana terasa
diri masih terbatas aku merasa sedih.
Aku harap
aku hanya mampu memperbaiki diri aku untuk lebih baik. Mengajak kebaikkan dan
melaksanakan kebaikkan. Sebab aku sedar aku alpa.
Nasihatku,
jangan diisi Ramadhan dengan lapar dan dahaga sahaja. Ini masa kita muhasabah
untuk menjadi hambaNYA.
Nasihatku,
carilah makna Ramadhan dalam diri kita.
Nasihatku,
berpuasa dalam bulan Ramadhan bukan budaya masyarakat ia adalah satu rahmat
Allah. Kejarlah ia kerana Ramadhan dah makin laju memacukan lariannya.
Masih belum
terlambat. Masih belum terlambat mencari kemanisannya. InshaAllah.
JANGAN JADIKAN
RAMADHAN BUDAYA kerana dah terlalu banyak perihal Islam di Malaysia yang
dibudayakan.
JANGAN
JADIKAN RAMADHAN HANYA SEMATA-MATA UNTUK MERAIKAN AIDILFITRI kerana ia bukan
target utama RASULLUALLAH dan para sahabat.
RAMADHAN
DAH SEMAKIN LAJU MEMACUKAN LARIAN.
ADAKAH KITA
SEDAR?
“jangan dikejar perihal dunia terlalu banyak, kita dah lama leka.jangan dikejar nafsu terlalu rakus, kita da lama kalah.jangan dikejarkan lailatuQAMDAR kerana lailatuQADAR sedang menunggu. tetaplah pada bonus-bonus RAMADHAN.kejarlah nikmatnya kali ini.
inshaAllah”~ Ary Kasya.
p/s:
nasihat utk diri sendiri.
#ubah
AYUH #UBAH #RAMADHAN #INSAFKU…
AYUH #UBAH #RAMADHAN #INSAFKU…