Tuesday, May 20, 2014

#Kempen :: Sayangi Aurat



"Gatallah, kena serang dengan nyamuk"…
"Padan muka, siapa suruh pakai lengan pendek. Allah kan da suruh kita pakai lengan panjang. Kita kan perempuan."
Ayat ni macam pedas.
Ayat ni macam sentap.
Tapi ayat ni permulaan bagi segala pencarianku. Alhamdulillah.
Dah lama dah. Masa zaman sekolah lagi.
Ia umpama ‘babystep’ bagi aku mencari ‘turning point’ dalam pencarianku..
Aku tak tau macamana nak ucap terima kasih kepada empunya diri.. Jadi aku sentiasa akan mendoakannya hampir setiap hari sebab dia kata hadiah paling besar maknanya ialah doa. *senyum*
Aku sentiasa merasai kasih sayang dalam ukhwah tiapkali teringatnya.
Tak semena-mena bibir akan tersungging senyum.
JazakaAllahukhairan ya ukhti..
Uhibbuki fillah, insyaAllah.
p.s: Tiapkali bersua, aku sentiasa merakam nasihatnya. Aku dahagakan nasihat yang terpacul daripadanya. Dia kayu pengukur untuk aku. Meskipun kami berada dalam lingkaran yang sama. Sebahagian daripada hidupku, aku ikut nasihatnya.
Allah, saya rindu.
Moga Allah permudahkan urusanmu segalanya dalam minggu ni dan seterusnya. InsyaAllah. Alhamdulillah.
p.s (lagi sekali): Jangan tayang aurat kita², dan mereka².. Kalau terasa nak jumpa kita semua ni dalam syurga Allah. Jom kita tapis gambar medium sosial kita. Jom kita tapis cara kita bergambar. Jom kita tapis apa gambar yang kita kongsi. Jom dan jom kita jaga aurat kita, keluarga kita, dan kawan² kita. InsyaAllah, #kitaubah apa yang mampu kita buat. Walaupun manusia tak pandang tindakan kecil ni tapi Allah akan pandang kita dengan rahmatNya. InsyaAllah.
"Gambar yang mahal, aku nekad tak nak kongsi di laman yang murah. Aku nak kongsi dalam memoriku untuk ke laman syurga Allah. Amin". - Ary Kasya

Tuesday, May 13, 2014

Surat Jemputan

Assalamualaikum,

Akhwat...
Ukhti..

membentuk...
Ukhwah.

JazakaAllah...

Terima kasih terima saya sbg kawan..

Wlpn kadang² saya ni agak kurang sempurna..tapi kalian tetap sudi bergelak tawa, berserius sama serta melayan shj perangai keanak-anakkan ini..

Tadi murabbi kata..

"Allah dah bagi surat cinta kepada kita berserta surat jemputan untuk ke syurgaNya. Dalam jemputan itu kita diajak bersantap bersamaNya dan kekasihNya Rasulullah"

Tak sedar..

Kita selalu lupa, itulah 'hadiah' yang harus kita kejar daripada Tuhan kita.

Syurga Allah...

Hati nan kecil ini terasa sungguh..lalu terasa panas di bibir mata..

Allah Tuhan ku..

Aku rindu..

Tapi aku belum cukup sempurna..
Aku sudah dapat 'jemputan' itu...

Harap Kau kirimkan hati kami sahabat² yg solehah/soleh..

Amin ya Rabb..

Aku rindu..

Harap masih mampu terus berlari..insyaAllah

Dapat seorang ukhwah pun sudah mendamaikan hati kecil ini..sebab Allah kirimkannya sesuai dgn fitrah..

Alhamdulillah...

p/s: kepada yang berkenaan, saya guna gambar anda jangan marah naa... (senyum)
 — at Perkampungan Budaya Bukit Cerakah.


Monday, May 12, 2014

hujan itu,,




Apa yg ada dlm peristiwa hujan?

*senyum*

Lebih kurg pada bulan Jun tahun lepas ia berlaku..semua tidak dijangka sungguh..

Haha..

Ingat lagi, Ama balik kerja awal dan aku menunggu signal mesejnya utk jalan² kat PKNS. Aku baru habis taip thesis tu pasal ajak dia keluar. Lunas janji pergi beli barang kat PKNS kononnya.

*disebabkan ada sales kalau tak silap aku*

Aku seperti biasa biar lepaskan maghrib baru gerak.. tak nak apa² blaku kalau x sempat solat maghrib wat naya jer..

Tapi hari tu aku ckp, gerak sebelum maghrib boleh solat kat surau PKNS..

Aku seperti biasa.. blenggang.
Hanya bawa dompet dan telefon bimbit.

Tak payah bag kalau keluar.

Langit senja sangat gelap.
Kami kata antara satu sama lain semasa tggu bas kat bustop..

"Macam nak hujan je ni.."

Haha..

Lepas tu aku bls, “sempat kot sampai PKNS, bila² je ni bas nak sampai ni..”

Sambil tengok jam kat tangan..

7.10pm.

*lebih kurang*

Cuak juga sebab x bawa payung..

Teng..

Bus Saranas terpacul sebelum 730pm. Alhamdulillah..

Tapi sebaik sahaja naik bas..

Hujan turun serentak.
Maksudnya sepanjang perjalanan kurang daripada 10minit tu kami diiringi dengan hujan.

Makin lama makin kuat hujan menghempas badan bas.
Kami pandang satu sama lain tanpa dialog.

'Macam mana ni????'

"Aku ada bawa payung"

Ma jawab macam dengar jer bahasa hati aku…

"Selamat ke? Hujan lebat gila ni… ada angin pulak tuh..macam teruk je nanti ni.."

Erk..

Aku sambung, “Takpelah, redah je lah..”

Sampai kat PKNS..
Hujan memang bertambah lebat tambah pulak dengan angin..

Ama buka payung.

Zup..terbalik payung tuh..

Haha..
Payung kecik kongsi 2 orang.

Angin..
Lebat..

Basah juga.

Bahagian bawah semua basah..

Aku lenjan.

Boleh pulak kami gelak dalam keadaan macam tuh..

Ama gelak besar..

Huhu..

Lawak.!

Aduih..

Hehe..

*sweetnyaa*

Masa hujan lebat kali ni..

Peristiwa yang sama berlaku.
Hujan turun lebat secara tiba² masa naik bus Rapid..

Masa nak masuk Giant aku dah kata dengan Ma..

"Ma, langit gelap"

"Xpe. Macam lambat lagi jer ni.."

Aku pulak malas nak naik rumah yang diamnya kat tingkat 2.. malas. Jadi aku layan aja cakap Ma..

Hehe..

Lepas beli barang.

Tunggu bas.

Tup. Sebaik je naik bas.

Hujan mencurah²..
Langit terus kelam gelap seakan² kul 730pm..
Padahal masa tuh baru 530pm..

MasyaAllah..

Nyesal tak amik payung. Menyesal.!

*tapi sia² juga kalo guna payung pasal hujan lebat + angin kuat. Kalau redah mesti lenjan*

Lebat.
Dan makin lebat.

Aku risau..

Ama berterusan tanya “macamana ni..tak berani nak keluar.. boleh stay dlm bus tak?”

Disebabkan naik bas UiTM C..

Aku pun angguk..

"Boleh jer pusing lagi satu round..sebab hujan lebat macam ni kalau nak behenti pun amik masa setengah hingga satu jam"

Petir pulak sambung menyambung..

Lagilah aku cuak.

Ama lagi lah cuak.

Sampai dia ulang ayat nak duduk dalam bas lebih 3x..

Bas melepasi pintu belakang UiTM, Kolej Anggerik, Kolej Perindu, Kolej Seroja..

tgk luar bas..
depan bangunan canseleri banjir!

"Adik..tak nak turun kat DC.. mesti ramai orang"

"Kita tengok dulu..mana tau boleh turun..kalau tak kita ikut bas ni keluar UiTM balik..ye?"

"Ok, aku sanggup duduk dalam bas.."

Aku senyum..

'Allahu, berkatilah hujan lebat ini..lindungi kami. Amin.'

*senyum. Rakam memori ni kat internal disk*

Memang kami keluar balik UiTM.
Hujan memang lebat.

dan jalan menghala ke Pusat kesihatan pun banjir dan pintu belakang pun..

pemandu bas bersuara menanyakan tempat kami tinggal.

Pemandu bas sudi berhenti kat setiap blok di komersil. Alhamdulillah.

Terimakasih pakcik :)

Kami berhenti kat Barra.
Seperti aku jgka Ama akan gelak bila turun bas tu sebab kena hujan..

Haha..

Kami berhenti makan malam terus sebab lapar dek sejuk kat Deli Thai.

Nasi goreng daging cincang.

#awesome.

Alhamdulillah.

Comelnya kami.

#sayapenjualsenyum

Makanan tengahari kami
Dinner kami... 





hehehe... alhamdulillah~


note:
post asal adalah di Tumblr ku... klik << sini.



Sunday, April 20, 2014

Kehidupan Praktikal saya dah berlalu...

"bye bye TSL.... aku janji aku tak rindu kau.. "

p/s: hanya statement gurauan semata-mata *senyum*

Assalamualaikum
huhu... dah berlalu lebih kurang  8 hari sepeninggalan aku drp kilang TSL Glove Industries Sdn Bhd.

Alhamdulillah..

byk ilmu yg aku dpt drp orang yg aku kenali kat sini..

En. Zul
Pn. Wani (mesra dipanggil k. Wani)
Sugiarti (mesra dipanggil Arty)
Gobi..

Cik Syaza (mesra dipanggil k. Syaza)

Sorfina (mesra dipanggil Fina)
Farisz

akak-akak pejabat yang turut sudi memberi bantuan yang diperlukan..

pekerja bahagian Compaunding serta Water Treatment

dan secara tidak langsung bahagian Production

yang telah banyak berkongsi cara kerja dan pengalaman dengan cemerlang...

alhamdulillah atas pengongsian itu..
moga Allah berkati, insyaAllah..


secara keseluruhannya, cara kerja aku ialah menjadi pembantu makmal.
mempelajari  perihal ujikaji tentang getah mentah a.k.a raw latex yang kuat dengan bau amonia yang sangat menusuk deria bau kita..

penglibatan aku juga berkait dengan production line dimana aku dikehendaki memahami peranan pembantu makmal dalam memastikan getah celupan a.k.a latex dipping dan coagulant di bahagian production line berada dalam kondisi spefekasi kilang...

dan juga lain-lain parameter yang terdapat di online production...

aku memahami kerja-kerjaku dimana ia juga adalah rutin aku selama 12 minggu..

*senyum*

rutin ini dikenali sebagai daily line parameter...

selain itu aku juga mempelajari dan memahami rutin mingguan serta bulanan sebagai pembantu makmal..

rutin ini menghendaki aku berkomunikasi dan berinteraksi dengan bahagian-bahagian lain..

aku suka wat kerja-kerja itu..

sebab ia bermain dengan kimia dan mesin..
aplikasi daripada ilmu yang diambil dalam bidang pengajian ku iaitu Polimer Teknologi..

aku kenal fasa getah mentah yang digunakan di production line..
aku tau fungsi ilmu getah yang aku pelajari..

sedikit sebanyak aku nampak aplikasi sebenar yang aku pernah buat eksperimen di dalam Makmal Getah UiTM masa semester 2 yang lalu..

*maaf kalau salah sebut semester*

proses celupan sarung tangan dari acuan ke acuan membuatkan aku nampak benda itu memang boleh diaplikasikan..

ingat lagi dahulu masa dlm makmal kat UiTM aku buat celupan guna test tube sahaja sebagai acuan..
dimana ia menghasilkan bentuk kondom...
hahaha..

*memori*

 



begitulah rupa kondom tak semenggah aku..
hahhaa..


diaplikasikan menjadi... begini...

Kredit

banyak lagi kenangan yang tak terungkap di sini...

secara keseluruhannya...
aku memang mempelajari dan merasai sendiri alam pekerjaan..

walaupun hanya bergelar pelajar praktikal...
namun penat sebagai seorang pekerja itu sekurang-kurangnya aku merasainya juga...

dapat elaun daripada pihak kilang, menjadi lambang bayaran gaji kepadaku...

aku sendiri merasai aura ayah..

*tetibe*

aku tahu sudah macamana penat ayah bekerja sehari-harian...

alhamdulillah...

ayah ku sihat sehingga kini..

moga-moga Allah memberkati usia kedua ibubapaku..
amin 

*senyum*



aku pun belajar buat punch card kerja juga... 

*hehe*

nampak tu, 11 April?

itulah hari terakhir dan saat terakhir aku berada di TSL Glove Industries Sdn Bhd.

*senyum*


Kredit

"Terima kasih warga TSL Glove Industries Sdn Bhd atas segala tunjuk ajar untuk diri yang kerdil ini."

Kredit
 Selamat tinggal memori TSL...

*senyum*

Regards;
Student Practical

Nurziela Aryanti Yaacob


Saturday, March 29, 2014

kembali belajar..

assalamualaikum;

alhamdulillah kepada yang Pemberi Nikmat pada hari ini, Allah memberi keizinan lagi utk jari-jari ini menyentuh papan kekunci... *senyum*

KEMBALI BELAJAR..



Round Pertama;

dari Pulau Sebang > Simpang Ampat > Alor Gajah > Tampin > Tol Simpang Ampat > Tol Ayer Keroh > Durian Tunggal > Kg Menggong > Hutan Percha > Pulau Sebang.

Round Kedua;

dari Pulau Sebang > Alor Gajah > Masjid Tanah > Kg Brisu > Simpang Ampat > Pulau Sebang

Round Ketiga;

dari Pulau Sebang > Tampin > Pulau Sebang
*belajar masuk parking lot*

Round Keempat

dari Palong 12 > Pasir Besar > ***lepas tuh lost aku ikut area mana > Pulau Sebang...

alhamdulillah,

Selepas 2 tahun tak pegang stereng kereta, ayah berjaya meluangkan masa menemani aku belajar balik untuk pegang stereng...

ayah mmg uji aku lah kot, dia duk intip gerak geri aku tuh melalui jelingan jer...
***mentang-mentang pemandu darat senior lebih 20tahun++

=="

ayah kata aku da boleh kawal stereng cuma dekat selekoh ada kekok sikit nak tolak-balas stereng tuh... ayah kata lambat tapi kawalan minyak okey...takde teguran sangat...
***benefit kawal minyak motor hari-hari kot sebab ulang alik dr rumah>tempat kerja>rumah, hihi, alhamdulillah

urmm...

dugaan paling besar ialah masa round keempat;
uih, hanya Allah je tau tangan aku kebas macam mana... jauh tuh... 80km++
Dugaan silau mata sebab senja itu.. uihhh.... cabaran kot...
lagi pulak ayah duga aku dgn skill mengelak jalan yg berlubang...<< ujian stereng katanya..

sharing ayah pasal ilmu memandu yang paling aku ingat ialah

DEFENSE!

"Apa yang jadi, mata dengan telinga mesti peka. Kalau tak boleh berhenti. Jangan paksa kemampuan diri sebab kadangkala kita tak tau kalau percaturan kita itu salah, maka terlibatlah kita dengan kemalangan."
Ayah, 2014.
Ayah juga ajar cara hilang bosan. Almaklumlah, bawa kereta auto ni dugaan paling kritikal ialah mengantuk sebab kita pijak pedal minyak n kawalan stereng jer yang mana menyebabkan kemampuan peka kita lari/longgr...

JADI;

ayah pun ajar aku untuk bermonolog...
ayah kata masa memandu otak mesti bagi amaran/input/mesej kat otak sedar kita supaya kita sentiasa peka.

Contoh;
Cerita jer situasi jalan raya kat diri kita sendiri.
Motor ada kat depan dengan lebih muatan dan dia kemungkinan mudah hilang imbangan jadi aku harus hati-hati dengan utamakan laluan kepadanya.

kereta dihadapan kawalannya tidak menentu, sekejap ketengah dan ketepi. Jadi aku mesti beri laluan kepadanya supaya tidak hilang kawalan.

huhuhu..

nak dijadikan cerita, semalam masa bawa motor aku praktikkan ilmu monolog ni.. hihi..


Kalian,
Doakan keselamatan kami di jalan raya yer dan juga, doakan aku mampu bw sendiri kereta dengan baik. insyaAllah.

"Hati-hati dijalan raya, ingatlah orang yang tersayang" 







Monday, February 24, 2014

Kami Sesat... Dan ia adalah Hadiah

Indah Fitriani Hamidi...
tap...tap..tap..”
Jari mengetuk kekunci atas komputer riba << ‘hamik ko bahasa buku’...
Jujurnya, terlalu banyak cerita nak tulis sampai tak tau nak cerita pasal kawan yang sorang ni kat sini... tapi hati duk kata, aku mesti tulis ‘something’ sebab ini memang niat asal...
Kalau fasal Akmar, laju jer jari ni mengetuk taipan... sebab apa? <<< ‘Masih tak tau jawapan yang sahih..’
Kesesatan yang Kelakar”
Ok, jujur kata... sejak 24jam yang lalu aku memikir ayat ini, tapi draf cerita tak ada...
tap...tap..tap...”
Ketuk papan kekunci lagi..renung skrin..
Ok, izinkan aku cerita mengenainya secara general drp mata kaca aku yang ‘double’ ni..
Inda ni seorang yang clumsy, seriously kelakar bila dia clumsy.. kalau pergi shopping dengannya tak sah kalau tanya pendapat Ma atau akak... <<< aku tak termasuk dlm orang yang memberi pendapat kalau bab attire n gurl stuff ... sebab tak reti dan aku yakin dia amat maklum sifatku yang ini..
hahaha” << peace no war.. *senyum*
Next, Inda ni simply innocent... kalo orang kata A dia akan buat A dengan jujur.. tapi kalo dia terkeluar daripada sifat innocent.... dia agak kasar juga, bak kata dia dengan aku...  “aku heartless person”... huhu, sampai saat aku kenal setakat ni, dia punya heartless tuh suam-suam kuku jer...
tap..tap..tap...”
‘ek, betul ke dia ni macam ni.. harap-harap aku belum terlepas pandang’...
Seorang yang super buzy kalau kat uma sebab kalau ajak lepak, better dia yang ‘buzz’ kami dulu... susah gila.. mcam tunggu menteri punya jadual nak kosong~ takpe, tau dia wat family stuff.. aku ni kadang-kadang dah merajuk banyak kali pun masih buat derk jer... *erk kantoi*...
Takpe, tak kisah kantoi dengan korang..
Pernah ada tahap tu, kalau tahap aku tak nak cakap dengan budak sorang ni, orang yang perasan dengan sekilas pandang ialah Filza, sampai aku tak tau nak tala muka kat mana...adalah dalam dua tiga kali (atau lebih) kantoi depan Filza... *malu seh*

Ok, itu cerita kanak-kanak, dah jadi history..

Satu aku nak claim kat korang, dia kawan yang baik antara yang baik pernah aku kenal... << insyaAllah..

Ok back to the topic, “Kesesatan yang kelakar

Antara kenangan yang aku ingat setakat ni yang boleh dikaitkan dengan tajuk ini ialah bermula dengan mesej daripada kembarku sendiri... *maaf, ayat dah diedit supaya lebih sesuai*
“Tadi, keluar dengan Inda”
“Ok.. gi mana?” << Soalan ni shj ditanya, padahal dah kantoi mak report dengan aku..
Gi Melaka...”
“Oh... goood.. shopping?”
“Yerp, tapi sedih tadi kami sesat.. aku rasa Inda marah aku...”
“What?! Gi Melaka sesat.? Ok ini lawak...”
“Woih serius, salah masuk simpang tadi.. aku dengan konfiden suh jalan terus... tup-tup nak masuk Jasin...tak ke haru”
“Hak-hak...Then? Kene ke marah.. chop, dia keluar words yang tak sepatutnya tak?” << perut rasa digeletek gelak...
Tak.. tapi rasa bersalah.. ermm..”
ok, dia tak keluar words yang tak sepatutnya.. itu bukan marah... tgh tahan sabar... chill k..”
“k... tadi balik lambat waktu senja dan mendung...”
“takpe asalkan selamat balik”
Story ni, Inda tak pernah report balik kat aku... so aku diam jer lah... hik2.. Im definately sure, dia tak marah...


Second story happen; *aku rasa aku terlanjur minta kat Allah nak sesat sama-sama dengan budak ni...sebab aku nak tahu level emosi dia*

Lebih kurang sama macam situasi akak..
Tapi kali ini berempat.. inda-akmar-aku-akak...
Selepas balik Shopping juga, daripada DP dan MP, Melaka...
Situasi dah hampir senja, asar dah usai... target sampai Alor Gajah sebelum maghrib dan plan jalan balik ialah melalui Durian Tunggal...

Nak dijadikan cerita, kami sesat juga..
Inda cuak cari simpang, aku speechless kat belakang dan sedikit rasa malu sebab jadi orang Melaka dari azali tapi tak tau jalan Melaka. ‘shame on me’..

Kami yakin, kami tak jumpa jalan hala ke Durian Tunggal..
Kami yakin, kami terlepas simpang... tapi tak tau simpang mana satu..
Inda pusing balik... 2kali...
Tak jumpa!
Ok, mungkin ujian Allah, Allah tutup hijab kali ni sebab tak nampak sign board atau memang sah anak jati Melaka ni memang jahil bab jalan Melaka.
Dah termasuk mana-mana jalan industri, Ma bagi cadangan ikut lalu Masjid Tanah jer.. walaupun jauh tapi itu satu-satunya jalan yang Ma rasa selamat dengan pasti untuk balik..
So, inda terpaksa ikut AMJ... hamik ko! Jauh nooo...

Memang terasa jauh..
Tapi kami tak putus-putus make Inda calm je memandu...
Dan supaya tak rasa bersalah...

Tak putus-putus dia ulang ‘sorry’...

Hahha.. see, dia clumsy.. tapi aku still gelak... sebab dalam clumsy dia tuh... dia sangat innocent and honest...

Fon masing-masing dah berdering sebab dah nak masuk maghrib...parents masing-masing dah call.. dan almaklum sangat, aku sangat cuak dengan ayah aku.. grr... takut walaupun usia dah 21 masa tuh...

Aku agak memang betul kata orang-orang tua jangan berada kat luar waktu senja, syaitan punya waktu! Duk uma, duk diam-diam mengaji... *hihi*

Tapi ia pengalaman yang sweet gitu.. sampai Masjid Tanah ngam-ngam bang Maghrib...
Singgah jap untuk solat..

Then terus balik Tampin..

Nak jadikan cerita, that night... aku on WeChat..

Kami dah create group tau... namanya Wonderpets..
Aku saja lapor ayah tak marah, dan siap senyum-senyum lagi...

Tibe-tibe indah reply, dan suara dia serak macam baru lepas nagis..

Ho haru...
Ahahha..

Nampak.. kesesatan yang kelakar...
Allah bagi hadiah sebenarnya... dia sesatkan kami sebab satu sebab je,... supaya kami kenal sifat kami yang tak terungkap... apa penerimaan antara satu sama lain kalau salah seorang wat salah.. Allah nak tunjukkan tindakan kami jer... mungkin ini yang menyebabkan Inda terharu..

Hahha..
Inda Inda...

Kamo adalah hero untuk malam tuh. Thank for everything.
Alhamdulillah~

Ary Kasya
24022014 | 2336H


Monday, February 17, 2014

Cabaran mengenali sahabat~

Assalamualaikum...

Semua orang dalam dunia ini inginkan hubungan yang baik. Tidak kiralah sama ada dengan keluarga, sahabat, pasangan sendiri atau hubungan dengan rakan sejawat...

dan dalam mencari kriteria hubungan yang baik... seringkali aku teringat akan nasihat ini... :)

Satu cara yang terbaik untuk mengenali sahabat adalah dengan bermusafir bersamanya. Dalam permusafiran segala-galanya akan teruji. Warna sebenar seseorang akan terserlah semasa menghadapi jerih perit sebuah pengembaraan atau perjalanan. Ketika inilah baru diketahui sama ada kenalan kita itu seorang yang sabar atau pemarah, pemurah atau kedekut, bertolak ansur atau mementingkan diri sendiri dan sebagainya.

Semasa Sayidina Umar mendengar seorang lelaki memuji-muji seorang kenalannya, beliau bertanya: "Engkau pernah bermusafir dengannya?" Jawab lelaki itu: "tidak perah". Lantas Umar berkata: "Demi Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia, ssungguhnya kamu belum mengenalinya!"

Bermusafir adalah cara terbaik untuk kita saling mengenali antara sahabat. Segala kesukaran, cabaran,, masalah dan tekanan akan menzahirkan "wajah" sebenar seseorang.



Wednesday, February 5, 2014

blink blink.....

assalamualaikum~
sedikit contengan, izinkan~



"Somehow..... Someday... Somewhere...
They will leave us...
Make us empty... Make us lonely...
Make us miss them much............"

"Somehow..... Someday... Somewhere..."

petikan ini menggambarkan ketidakpastian..
tetapi ia tetap berlaku... dimana, macammana dan bila?

entah..
aku tidak tau...

boleh jadi ia kesunyian yg nyata bila kita merindui macam nak rak... tapi tiada sesiapa menyahut...

keseorangan disimpan rasa...

seseorang akan hilang...

bila?

masanya tidak ketahuan..
kerana ajal dan jodoh tidak pernah diberitahu...
yang pasti maut itu pasti menjengah...

dikala orang lain tersenyum.. kita mungkin suka mengintai senyumannya...
*barangkali ingin menyerapi sesuatu, semangat mungkin...*

dan dikala orang tersenyum, mungkin giliran kita pula yg memberi senyuman itu..
maksudnya kita puncanya..

dan dikala kita mampu membuat orang lain tersenyum tanpa hadir kita..
maksudnya, kita sudah mampu membuatkan mereka-mereka dan kita-kita selesa antara satu sama lain...

pecah karekter...
pecah emosi...

raut wajah mencerminkan segala ekpresi rasa...

harap dipenghujung nyawa kelak, dapat meninggalkan kenangan yg baik kepada kalian...
senyuman yang indah...

insyaAllah..

imam ghazali pesan;

"kala kita lahir, kita menangis dan orang keliling kita ketawa..
kala kita mati, harap orang menangis tetapi kita ketawa..."

moga ketemu di syurga Allah kelak..

*senyum*

:)


p/s: weih aku pinjam gambar ni jap...

***sekadar gambar hiasan...







Sunday, January 19, 2014

i Ended my Semester 5 session

assalamualaikum,

Alhamdulillah. masih sihat lagi hari ini. Moga-moga kalian jua begitu. InshaAllah.

18012014

alhamdulillah pada tarikh ini tepat pada pukul 1615H aku berjaya habiskan sesi Sem-5 aku dlm program Polymer Technology di UiTM SA. bergelut dgn waktu, kesabaran dan kesakitan (sakit bahu menaip di lappy saban hari..)

pada tarikh ini aku tamatkan sesi ku dgn paper Polymer Composites (PST634)
Allahu... agak tercabar otak aku nak meluahkan segala hafalanku sebab ada 5 soalan processing machine. Aku pun naik benak nak menghabis merapu sampai noktah terakhir sebab aku bukanlah hebat dlm bab menghafal. hehehehe.

Alhamdulillah.
terasa bebas dan merdeka.

15012014

alhamdulillah.
pada tarikh ini aku berjaya melepaskan beban penglibatan kehidupan aku dengan penulisan thesis!
ya Allah, rasa ringan beban di kepala dan bahu hanya mampu diungkapkan dengan rasa bersyukur. Maha Suci Allah ~ SSubhanaAllah... kerana sihat dan mampu menghabiskan fasa Final Year Project 2.0 aku dengan jaya.

Alhamdulillah jua kerana Allah mengizin kawan-kawan seangkatan aku menempuhinya...

cukuplah sekadar mencoret memori yg baik-baik sahaja sepanjang penglibatan aku dengan thesis kerana aku tidak mahu langsung merakam rasa pahit-pahit di sini kerana aku percaya setiap daripada kita akan melalui cabaran yang berbeza. jangan dicemburui kejayaan orang lain kerana Allah tidak pernah membiarkan kita berjaya tanpa izinNYA.

ya!
aku berjaya melalui fasa ini kerana izin Allah dan doa kalian yang tak pernah putus-putus.

Alhamdulillah.
izin Allah aku rasa diri disayangi. mashaAllah.
dengan doa kesejahteraan daripada kalian yang Allah perkenankan, aku merasai kekayaan.

terima kasih.

PM Dr. Siti Zaleha.
hahaha... alhamdulillah Dr. dalam tempoh yg singkat saya bekerja dengan Dr. saya tau apa itu term 'berdikari'.... terima kasih kerana bimbingan dan sesi membalas WhatApps saya tanpa jemu dan melayan kerenah saya untuk 'date' mendengar masalah saya...

alhamdulillah Allah izinkan...
Senyum.

mashaAllah.
terlalu banyak kenangan FYP yang amat mencabar daya tahan diri.

senyum.



Macam-macam rasa terakam dengan buku ini.
hard cover marroon itu menceritakan segalanya pada aku.

eksklusif tersimpan catatannya dalam memoriku. 

senyum
alhamdulillah~


akan datang

20012014

satu lagi fasa akan dilalui. 
iaitu Latihan Praktikal atau akronimnya L.I.

moga Allah menguatkan dan mempermudahkan urusanku dan rakan-rakan seperjuangan. 

alhamdulillah~






Monday, November 25, 2013

hari itu..

seindah mana pun senyumannya, ade garisan yang aku ingin tegur?

"kenapa tak natural langsung eh?"

dia tersenyum dengan gembira.
ulahnya aku intai...

diri ini rindu..

tapi dibiarkan kesenyapan diriku memerhatinya daripada jauh..
lalu sebaris doa aku ucapkan..

"Allah, kalau dia benar-benar gembira... berkatilah kegembiraannya, susulilah setiap tawanya bersama rahmatMu. al-Fatihah.."

moga kekuatan dan semangat diri mu lebih tinggi daripada diriku...

maaf andai senantiasa melukai hati.
maaf jika tiada sapaan mesra.
maaf sebab kadangkala diri ini terlupa.

la tahzan, Allah sentiasa ada.